Assalamualaikum, post pemulaan untuk tahun 2019, miza sendiri ingat blog ni dah suspend sebab dah lama sangat tak update. Okay straight to the point, awal tahun hari tu company tempat miza kerja ada buat company trip pergi Yogja selama 3 hari 2 malam.
Disebabkan macam rush sikit masa booking tiket so miza and partner yang membantu just book airasia go sebab senang book tiket flight and hotel sekali so tak payah fikir nak stay mana. Tapi kalau korang rajin dan banyak masa boleh la go thru mana mana website search hotel yang korang berkenan.
Kalau Jakarta terkenal dengan macet (jem), yogja apa kurangnya ada tempat yang macet tapi ada tempat yang tak terlalu padat dengan kenderaan. Untuk pengetahuan korang, walaupun korang ada yang dah tahu, pemandu Indonesia dengan horn berpisah tiada, tapi yang bestnya walaupun bunyi horn tu mengila bunyinya, takda sorang pemandu pun yang marah, cuba kalau Malaysia, habis kena jeling je kalau asyik kena horn.
So kitaorang booking tiket flight pagi dalam 9.25 pagi, so sampai di Yogja masih pagi dan waktu semasa diYogja hanya lambat 1 jam dari Malaysia so tak payah susah susah nak congak dalam kepala. Tapi kalau smart watch dia akan auto change time once korang dah ada internet. Masa diYogja kitaorang gunakan khidmat Mas Den Yana +62817261513 so far dia terbaik, korang boleh plan sendiri atau mintak Mas Den plan untuk korang and korang boleh choose mana satu yang korang nak.
Macam miza, miza plan sendiri dan mintak Mas Den yang arrange masa, so senang semua tempat yang kita nak pergi, dapat pergi. So far korang nak rent apa van ke kereta ke, Mas Den ada, depend pada berapa pax korang berjalan masa tu, so decide mengikut keselesaan masing masing.
Sampai sampai je dekat Yogja, makan dekat satu kedai tu tapi lupa nama kedai tu apa, so far memang sedap, sangat rekomen daging dengan ayam penyet dia sumpah sedap. Lepas makan-makan kitaorang teruskan perjalanan ke Candi Borobudur, macam miza minat untuk tengok tempat peninggalan sejarah have a story and something to appreciate what people dulu dulu buat untuk mencapai kesenangan dan kemakmuran yang dimiliki sekarang. Pergh patriotik sangat.
restoran sambal ijo |
Dekat candi ni korang boleh pilih nak datang pagi atau petang sebab dekat candi ni korang boleh tengok sunset atau sunrise, pilih mana satu, cuma miza pilih nak tengok sunrise dekat Merapi. Tapi korang kena tengok la sebab harga untuk tempat tempat semua tu berbeza.
seni bina yang masih cantik |
Pesanan miza dekat sini banyak orang nak dapatkan gambar dan view yang cantik susah sikit, sebab asyik ada je yang lalu lalang. Tapi semua senibina ni korang tak boleh pijak atau berdiri atasnya, akan ada pengawai yang akan tegur kalau nampak, so pandai pandai la ye.
Malam lepas penat mendaki Candi Borobudur tu, bagi perempuan tempat wajib adalah shopping dan mana lagi kalau bukan malioboro. Tapi macam miza yang tak minat sangat membeli, cuma beli 2 pasang kali dan tshirt and dah settle.
Esoknya tempat yang ditunggu-tunggu iaitu Gua Jomblang. Gua jomblang ni special sikit sebab hanya ada 2 di Indonesia yang mana bila matahari betul-betul tegak dekat tengah tengah gua, cahaya yang masuk melalui lubang gua tu memang cantik sebab tegak. Kalau kebetulan korang pergi time tu hujan ke memang takkan nampak cahaya tu masuk menegak dalam gua.
Satu yang bestnya tempat ni, nak turun kebawah masih lagi menggunakan tali dan kudrat manusia. Takda mesin-mesin yang tolong turunkan korang kebawah tu. Setahu miza dorang akan servis alatan yang dorang guna 6 bulan sekali untuk tujuan keselamatan dan dalam satu hari hanya dalam lebih kurang 50 hingga 70 orang saja yang dapat turun. Boleh refer Goa Jomblang untuk lebih jelas.
So berhajatlah ke Jogja ni, tak rugi pun, sebab dekat negara kita takda tempat tempat macam ni.
Tiket Entry
Candi Borobudur - 20 USD
Tiket Goa Jomblang - 1 Juta Rupiah