Thursday 25 August 2011

sedekah

Rasulullah s.a.w. Bersabda yang bermaksud: “Tidak akan dikurangi harta dengan sebab bersedekah, Allah tidak menambah keampunan seseorang hamba melainkan seseorang itu ditambahkan dengan kemuliaan. Tidaklah seseorang itu merendah diri kerana mengharapkan keredhaan Allah melainkan akan diangkatkan darjatnya.” H.R. Muslim
sedekah ni bukan semua orang mampu buat..kalau korang xpercaya cuba tengok kat tepi2 jln..dekat area2 bank..berapa ramai yang nak keluarkan wang walaupun seposen untuk disedekah kan..semua takut wang mereka akan berkurang..sy masih ingat lagi pesan ma kat sy..'angah kalau nak sedekah kena ikhlas..'sy pon tanya ma..'kalau ikhlas seringgit..seringgit la kita sedekah'..ma mampu tersenyum dan mengangguk..dan ma pesan lagi..jangan takut bersedekah sebab bukan semua duit yang kita dapat tu duit kita..jangan risau kalau kita bersedekah tuhan xpernah kurangkan rezeki kita..malah tuhan tambah kan lagi sebab kita bersyukur dengan nikmat kesenangan yang tuhan bagi..
cara bersedekah pun ada banyak cara..
Sabda Rasulullah s.a.w. yang maksudnya: “Hendaklah setiap orang Islam itu bersedekah , jika ia tidak dapat berbuat demikian , maka hendaklah ia berusaha sendiri yang dapat memberi faedah kepada dirinya sendiri dan dengan yang demikian ia dapat bersedekah, jika ia tidak sanggup, maka hendaklah ia menolong orang yang susah yang memerlukan bantuan, jika sekiranya ia dapat berbuat demikian, maka hendakah ia menyuruh orang lain mengerjakan kebaikan, jika ia tidak dapat berbuat demikian juga, maka hendaklah menahan dirinya daripada melakukan kejahatan, kerana yang demikian itu adalah dianggap sedekah.” H.R. Ahmad
oleh itu jangan la takut bersedekah..kerana itulah nikmat bagi mereka yang kurang berkemampuaan..ditambah pula hari raya yang bakal menjelang hiburkanlah hati mereka..agar kita sama2 dapat menikmati hari raya ini dengan penuh keberkatan..