Monday 28 April 2014

Perempuan tanpa rahim


Assalamualaikum.

Entry kali ni macam sedih sikit, yela cuba korang pergi tanya mana-mana perempuan yang ada kat dunia ni, siapa yang taknak carry baby in your tummy right. Miza rasa perasaan masa tu Ya Allah indah sangat, yela ada nyawa lain yang tumpang dalam perut kita, MasyaAllah hebatkan kuasa Dia.

Tapi jom seminit kita pikir, masa akan datang kita tak tahu apa yang jadi pada diri dan hidup kita betul tak? Cuba korang imaging tetiba Allah tarik nikmat yang satu tu, subhanaAllah beratnya ujian yang Dia berikan, hilang nikmat sebagai wanita yang Allah kurniakan but everything happen always come with a good reasons, so depend macam mana korang rasakan hikmahnya.

Female reproductive system lateral nolabel.png
[wikipedia]
1: tiub Fallopio, 2: pundi kencing, 3: tulang pubis, 4: titik g, 5: kelentit, 6: salur kencing, 7: faraj, 8: ovari, 9: kolon sigmoid, 10: rahim, 11: forniks, 12: serviks, 13: rektum, 14: dubur
LatinUterus (Bahasa Yunani: Hystera)
Ruj. Graysubject #268 1258
ArteriArteri ovariarteri rahim
VenaVena rahim
LimfaBadan dan serviks ke nodus lomfa ilium dalam, fundus ke nodus limda para-aortatambah nodus limfa inguinal supersifial
PeloporSalur Müllerian

Bukan apa miza jadi terpikir bila baca dekat fesbuk, kawan ma miza punya kawan accident and anak yang dalam kandungannya terkeluar sebab hentakkan yang kuat, anak yang terkeluar ni anak kedua bagi pasangan hebat ni, yang pertama sudah menunggu ayah dan bondanya dipintu surga kerana meninggal dalam perut masa 8 bulan. Bayangkan boleh meroyan kalau tak kuat oi, hebatkan meraka, dan perkara yang paling menyedihkan dan miza doakan agar mereka tetap kuat.

Disebabkan hentakan yang terlalu kuat tu rahim si ibu terkoyak dan terpaksa dibuang dalam keadaan si ibu masih lagi kritikal dan di ayah baru sahaja sedar dari koma. Ya Allah berat benar dugaan mereka, kalau miza dalam 'kasut' meraka apalah yang miza akan lakukan.

Apa-apa pun yang terjadi semoga mereka tabah, dan korang boleh buat sumbangan pada meraka, 

Mohd Firdaus Bin Abd Latif
Maybank :1130 1530 7780
Bank Islam : 12038025657290

Raba'atul Adawiyah Binti Ahmad@Yunus
Bnak Islam : 1307020757056

Pesan Rasulullah SAW 'sesungguhnya Allah akan menolong hambaNya selagimana hambaNya itu menolong hamba yang lain'.

Wednesday 23 April 2014

Promote Bank Rakyat Pembiayaan peribadi-i



Assalamualaikum.

Hari ni takda apa yang nak dikongsikan cuma nak tolonh kawan miza promote pinjaman bank, yelah orang kerja bank. Kawan miza dapat bahagian Marketing and uolls know how hard to make other people believe or know you if you quite and silence. Ni salah satu cara jugakla nak tolong promotekan dia.

Yela sampai bila nak tunggu customer datang bergolek, kita kena usaha sikit betul tak? So kalau korang berminat nak buat loan for buy house, land, car or for your grand wedding in your life, don't hesitate to cantact my friend akin. 

Tapi sebelum apa-apa miza cakap awal awal kawan miza ni dekat branch Banting, so mana mana yang dekat tu boleh la contact dia directly senangkan. :)




so korang apa lagi tunggu cecepat call, tapi kawan miza namanya sakinah yang jannah tu miza tak kenal, hehe.

Friday 18 April 2014

Dugaan Alam Pekerjaan

                                                       
[kredit]
                                                          Assalamualaikum,
Bercerita alam pekerjaan, kita takkan lepas dari melakukan kesalahan dalam bekerja. Andai dapat diundurkan masa miza nak stay zaman belajar, sebab zaman belajar ni memang deabakkkk seronok sebab kita selalu belajar something new.



Oke zaman berkerja yang tak bestnya satu hal, kita akan buat same routine everyday if bad maybe it will take a month or a year. Sangat sangat tak membantu. Miza tak tahu lah sebenarnya miza ni nak bekerja sebagai apa dan untuk apa, sebab buat masa ni lepas habis belajar miza dah bekerja kat dua tempat berbeza. Pengalaman memanglah kita takkan tahu kalau kita tak laluinya.

[KREDIT]

Kadang kadang miza rasa aku ni tak cukup bersyukur Allah dah bagi pekerjaan, sebab apa ce korang tengok orang lain kemain payoh nak ke dapat kerja, ko boleh nak main tukar tukar kerja. Tapi bukan apa bekerja dalam bidang commercial vehicle ni bukan senang oi bukan senang. Bercakap tentang bukan senang miza teringat ayat abg nuar yang dah lama kerja dengan orang cina ni, "bagi cina yang susah tu duit" sebab tu diorang suka buat kerja susah.

Miza kerja kat sini baru 6 bulan tapi dah macam macam kesalahan yang dah miza buat, jadi macam terpikir, "betul ke keputusan aku kerja kat sini', "betul ke rezeki aku kat sini' and kalau betul rezeki aku kat sini, semua aku tabah menghadapi hari mendatang dengan semua salah silap aku nanti.

Bekerja kat dalam bidang ni korang kena supper alert dengan supper sensitive dengan semua maklumat maklumat yela korang bekerja dengan orang bank and duit tu bukan reringgit tapi reribu sebab tu korang kena extra berhati hati. So miza dah banyak kali buat mistake and terasa macam 'wei nak berenti macam tak best je kat sini, asik buat salah je'.

Nangis bawah meja tsk tsk.

So sapa yang dah bekerja mesti paham perasaan macam ni, tu belum campur yang lambat bayar gaji tapi suruh buat kerja macam bayar banyak je, macam kawan miza berapa kali dah tukar kerja sebab lambat bayar gaji, officemate tak suka, boss buat pe'el tapi Alhamdulilah rezeki dia murah, senang je kalau dia mintak kerja, maybe sabab pengalaman bekerja dia lama dan banyak bidang dia dah kerja.

Dugaan ni takkan lari walau jauh mana pun korang lari, tapi semua tu depends macam mana korang face the problem, dan ayat ayat orang berjaya, just follow the best ways to be best, not create new ways to be the best.

[kredit]

Friday 4 April 2014

7 April Hari Memperingati MH370



Assalamualaikum.
Alhamdulilah sampai jugak kat hari Alkahfi ni, tak pernah lagi sambil menaip cerita kat belog ni sambil layan alkahfi. Rare sangat #eh. puji diri sendiri nampak. Jangan riak ngah oi, riak tu ibarat membakar pahala seperti terbakarnya daun daun, hanguss semuanya.

Tersembur.

Oke sebenarmya nak cerita pasal 7 haribulan 4 ni sebenarnya kenapa, yela tetiba sesuka hati aku je bubuh hari memperingati MH370 yang hilang tu. Bukan apa semalam sebelum tidur miza terbaca pasal 7 haribulan ni adalah hari terakhir pencarian pesawat MH370 sebab black box akan terpadam dengan sendiri pada 7 haribulan, kira macam black box boleh simpan rekod tu dalam 3 minggu tak salah. Sorry kalau fakta ni salah tapi tu yang diperkatakan.

Kepada semua ahli keluarga yang terlibat dalam kehilangan MH370, miza turut bersimpati dengan kehilangan ahli keluarga tercinta. Ya bukan mudah untuk kuat, tapi ingat kekuatan itu yang membuatkan kita ingat. Tak semua diuji dengan dugaan yang sama, banyakkan berdoa. Beruntunglah mereka yang diuji hebat oleh Allah, kerana Allah begitu rindukan rintah dan tangisan kalian.

Tadah tangan.
[kredit]
Pada miza nak memperingati kejadian MH370 ni tak salah, yang menjadikan ianya salah di sisi ISLAM bila terlalu meratapi pemergian andai benar mereka telah meninggal dunia. So buat masa ni belum ada bukti kukuh yang mengatakan kesemua krew dan penumpang betul betul meninggal jadi tak boleh nak sedekahkan Al-Fatihah atas niat untuk arwah atau kematian, mungkin Allah simpan mereka untuk beri satu lagi nikmat yang tak dijangka jangka. Ingat semua kejadian yang berlaku semua ada hikmahnya yang tersendiri, cuma bagaimana kita nak terima hikmah tu yang berbeza.

So miza decide untuk jadikan 7 April sebagai hari memperingati kejadian MH370 yang hilang seperti mana kita selalu memperingati kejadian tsunami yang melanda negara kita pada tahun 2006.

Semoga pengharapan kita kepada Allah tidak pernah surut.
Amin

[kredit]