Thursday 28 June 2012

My Nazrin

Assalamualaikum semua.
sedar tak sedar dah nak bertemu ramadhan rupanya kita ni.
dan bila time2 cenggini la miza akan teringat arwah nazrin sebab masa ramadhan last years 
arwah operation kat England.

korang tahu tak apa yang curios sangat miza nak tahu sal arwah ni.
::
::
::
::
::
::
::
::
::
::
::
::
::
::
::
::
::
::
::
::
::

::
::
::
::
::
::
::
::
:: 
::
::
::
::
:: okeh2 miza cerita 
::
::
::
::
::
::
::
::
::
::
::
::
::
::
::
::
::
::
::
::
::
::
::
::
::
::

miza teringin ngat nak tahu arwah ni jenis orang yang cem mana.
arwah suka warna apa?
arwah suka kuih apa time raya?
arwah suka lauk apa masa raya?
banyak la lagi *padahal tak tahu dah nak tanya apa

untung orang yang still ada orang yang tersayang.so hargai sebelum 
diaorang tinggalkan korang untuk jangka masa yang lama or takkan jumpa langsung lepas tu.


Monday 25 June 2012

Mimpi betul ke mainan tidur part II

Assalamualaikum semua.
ingat tak miza ada cerita pasal mimpi miza kena patuk ular tu.
oke sekarang ni miza dah banyak tanya pendapat semua yang miza percaya.
like my mum and imam muda amiril kat tuiter .

ma miza cakap kalau kita mimpi ni maybe kita banyak dosa.wa sumpah sentap ngan ma.


tapi ada betul jugak miza ni banyak dosa tapi tak perasan buat dosa.
bila miza tanya kat IM amiril ustaz tu cakap "buat solat istikhoroh"
miza tertanya2 bukan ke istikhoroh kalau kita dalam dilemma ke.

ustaz amiril cakap "tak semestinya buat solat tu mintak petunjuk kenapa mimpi kena patuk ular.
o baru miza tahu bukan sebab dilemma je kena buat solat istikhoroh tu.
terima kasih ustaz atas ilmu tu.

banyak lagi yang miza kena belajar.cuma sekarang kena kuat je
takot perkara yang paling kita takot betul-betul terjadi.
nauzubillahiminzalik.


Sunday 24 June 2012

Selamat Pengantin Baru Eliyana dan Khair

Assalamualaikum semua
oke hari ni kawan miza masa sekolah dulu kawen subhanaAllah seronoknya 
dapat kawen diusia muda hehe.
dah jodoh dia tapi yang sweet suami dia boeyfriend dia masa sekolah dulu
aigo lamanya diorang bertahan.

hari ni 24 miza akan ingat sebab miza pon suka ngan nombor 24 hehe.tak pernah terbayang 
akan pergi kenduri naik bas.orang lain naik kereta miza nan kawan2 naik bas.
dari klang ke pelabuhan klang and then naik g telok gong pulak.
seb baik tak tertinggal bas biasa la pes time 
nak dijadikan cerita kitaorang start gerak dari klang kol 12 and sampai rumah
pengantin dalam kol 2.singgah solat dulu sebelum makan kenduri sebab takot terbabas hehe
em sampai2 je pengantin dah ada tinggal nak berarak je hehe

nak dijadikan cerita time balik kena tunggu bas tapi rupanya bas yang tunggu kita orang.hehe
em meroyan kitaorang kejar bas tu and soklan best driver bas tu
"dik napa lari" kitaorang pulak takot kena tinggal tu pasal la lari
haha dah besar pon berlari cam apa ntah nan terjerit lagi haha

memang ingat sampai bila2 la kenangan tu.
ni ada gambarnya pengantin ko memang cantik

ni je member yang dapat hadir


geng g kenduri naik bas

sama cantik sama padan

sepoting gila pengantin lelaki ni


Wednesday 13 June 2012

Jodoh Ditangan Tuhan

Assalamualaikum semua.
                       semua orang membina impian untuk hidup bersama selama-lamanya bersama-sama dengan 
orang yang mereka cintai begitu juga dengan miza.
sekuat mana cinta kita kepada manusia jangan kita lupa tanpa restu Allah 
kita pasti tidak akan bersama walaupon seketika.


siapa yang nak bercinta dan terkandas dipertengahan jalan semua orang takot untuk 
membayangkan tapi tu lah realiti yang harus kita telan selagi bernama manusia dan kita akan selalu diuji.
buat jodohku,terima kasih kerana menerima kekurangan diri ni menjadi kekuatanmu.sudah tertulis kamu adalah jodohku semoga hanya kematian yang memisahkan kita InsyaAllah.

tak siapa mengharapkan dirinya berjodoh dengan suami orang tapi siapa kita untuk menidakkan semua itu.
seperti yang selalu yang kita dengar jodoh ajal maut semua ditangan TUHAN.

selagi kita mampu berdoa dan berserah semoga siapa yang kita inginkan akan berjodoh dengan kita.

jika benar kita mencintainya kerana ALLAH maka tidak ada istilah berat untuk melepaskan 
walaupun hati ni pedih untuk melakukannya.
ingatlah janji ALLAH setiap manusia yang dihidupkan didunia telah ditetapkan jodohnya
cepat atau lambat terpulang kepada kita untuk menerimanya.



bercinta belom tentu berjodoh tapi bila berjodoh sudah pasti bercinta.
jangan digadaikan cinta hanya kerana orang yang kita sayang.
kerana belum tentu orang yang kita sayang akan mencintai diri kita sebagaimana
kita mencintai dirinya.

Monday 11 June 2012

Kasih Nenek



Assalamualaikum semua 
dah lama miza tak update cerita kat sini biar tak da orang nak baca pon.

2 hari lepas miza balik kampung ayah kat negeri sembilan sebab miza dah lama tak tengok nenek ada la dalam setahun busy ngat blajar sampai dah lama tak jumpa nenek.

miza terkejut bila miza balik rupanya nenek dah sakit tulang peha dia tergerak sikit nan tulang bontot pon teralih so jadi susah sikit la nenek nak gerak2 kena mintak tolong cucu2 and anak2 dia.

bila miza pandang nenek miza mesti teringat nenek miza atau lagi best panggil mok belah klate sana.
mok miza belah ma pon sakit jugak mok baru lepas baik strok masa balik buat umrah tak salah miza so sekarang dia jadi susah la sikit nak jalan2.

nasib baik la nenek miza duk nan mak ngah mok miza pulak duk nan mak dik kira ada la orang nak jaga.
cuba bayangkan kalau sakit lepas tu sensorang macam mana la kan.sebab tu miza kalau buleh nak sangat tolong nenek nan mok kalau miza ada tapi mana yang mampu je.

biasala ma miza cakap bila dah tua2 ni nak perhatian anak nan cucu2 bukan nak marah mana pon lagipon mok miza selalu kena duk sensorang kalau hari sekolah yela sepupu mia sekolah miza g kolej balik dah petang.bila miza teman mok baru miza rasa sunyi nya bila duk sensorang

and kawan miza baru kehilangan nenek dia semalam semoga nenek ditempatkan bersama2 dengan orang yang beriman amin.

Al-fatihah buat mereka yang pergi mendahului kita ingat lah mereka selalu mengharapkan doa2 kita sebagai bekalan tambahan disana