Thursday 21 November 2019

Trip: Yogjakarta



Assalamualaikum, post pemulaan untuk tahun 2019, miza sendiri ingat blog ni dah suspend sebab dah lama sangat tak update. Okay straight to the point, awal tahun hari tu company tempat miza kerja ada buat company trip pergi Yogja selama 3 hari 2 malam.

Disebabkan macam rush sikit masa booking tiket so miza and partner yang membantu just book airasia go sebab senang book tiket flight and hotel sekali so tak payah fikir nak stay mana. Tapi kalau korang rajin dan banyak masa boleh la go thru mana mana website search hotel yang korang berkenan.

Kalau Jakarta terkenal dengan macet (jem), yogja apa kurangnya ada tempat yang macet tapi ada tempat yang tak terlalu padat dengan kenderaan. Untuk pengetahuan korang, walaupun korang ada yang dah tahu, pemandu Indonesia dengan horn berpisah tiada, tapi yang bestnya walaupun bunyi horn tu mengila bunyinya, takda sorang pemandu pun yang marah, cuba kalau Malaysia, habis kena jeling je kalau asyik kena horn.

So kitaorang booking tiket flight pagi dalam 9.25 pagi, so sampai di Yogja masih pagi dan waktu semasa diYogja hanya lambat 1 jam dari Malaysia so tak payah susah susah nak congak dalam kepala. Tapi kalau smart watch dia akan auto change time once korang dah ada internet. Masa diYogja kitaorang gunakan khidmat Mas Den Yana +62817261513 so far dia terbaik, korang boleh plan sendiri atau mintak Mas Den plan untuk korang and korang boleh choose mana satu yang korang nak.

Macam miza, miza plan sendiri dan mintak Mas Den yang arrange masa, so senang semua tempat yang kita nak pergi, dapat pergi. So far korang nak rent apa van ke kereta ke, Mas Den ada, depend pada berapa pax korang berjalan masa tu, so decide mengikut keselesaan masing masing.

Sampai sampai je dekat Yogja, makan dekat satu kedai tu tapi lupa nama kedai tu apa, so far memang sedap, sangat rekomen daging dengan ayam penyet dia sumpah sedap. Lepas makan-makan kitaorang teruskan perjalanan ke Candi Borobudur, macam miza minat untuk tengok tempat peninggalan sejarah have a story and something to appreciate what people dulu dulu buat untuk mencapai kesenangan dan kemakmuran yang dimiliki sekarang. Pergh patriotik sangat.


restoran sambal ijo

 Dekat candi ni korang boleh pilih nak datang pagi atau petang sebab dekat candi ni korang boleh tengok sunset atau sunrise, pilih mana satu, cuma miza pilih nak tengok sunrise dekat Merapi. Tapi korang kena tengok la sebab harga untuk tempat tempat semua tu berbeza. 


seni bina yang masih cantik
                         
Pesanan miza dekat sini banyak orang nak dapatkan gambar dan view yang cantik susah sikit, sebab asyik ada je yang lalu lalang. Tapi semua senibina ni korang tak boleh pijak atau berdiri atasnya, akan ada pengawai yang akan tegur kalau nampak, so pandai pandai la ye.


Malam lepas penat mendaki Candi Borobudur tu, bagi perempuan tempat wajib adalah shopping dan mana lagi kalau bukan malioboro. Tapi macam miza yang tak minat sangat membeli, cuma beli 2 pasang kali dan tshirt and dah settle. 

Esoknya tempat yang ditunggu-tunggu iaitu Gua Jomblang. Gua jomblang ni special sikit sebab hanya ada 2 di Indonesia yang mana bila matahari betul-betul tegak dekat tengah tengah gua, cahaya yang masuk melalui lubang gua tu memang cantik sebab tegak. Kalau kebetulan korang pergi time tu hujan ke memang takkan nampak cahaya tu masuk menegak dalam gua.


Satu yang bestnya tempat ni, nak turun kebawah masih lagi menggunakan tali dan kudrat manusia. Takda mesin-mesin yang tolong turunkan korang kebawah tu. Setahu miza dorang akan servis alatan yang dorang guna 6 bulan sekali untuk tujuan keselamatan dan dalam satu hari hanya dalam lebih kurang 50 hingga 70 orang saja yang dapat turun. Boleh refer Goa Jomblang untuk lebih jelas.


So berhajatlah ke Jogja ni, tak rugi pun, sebab dekat negara kita takda tempat tempat macam ni.


Tiket Entry
Candi Borobudur - 20 USD
Tiket Goa Jomblang - 1 Juta Rupiah

Saturday 3 January 2015

Ke Singapore ala-ala Backpacker

Assalamualaikum..
Lamo bonar tak update pape kat sini, adatla time kering ideanya memang idokla nak menjenguknya. Okay dah berminggu balik tapi baru hari ni nak update yela mana tahu ada yang nak ke Kota Singa tapi kengkonon ala ala backpacker, so tak payah mengarut panjang sini dekat sikit nak cerita pengalaman pertama bergelar backpacker.

Okay kalau bercakap pasal kota singa siapa yang tak tahu perbedaan mata wang dia dengan negara kita yang tercinta ni, so kalau korang nak kesana aku nasihatkan banyakkanlah menyimpan duit yela senang time nak tukar nanti. Elakkan tukar duit dekat sana sebab kalau kita tukar duit kita disana korang macam rugi sikitla.


Tempat first dan jadi wajibul ngunnah kena singgah mana lagi kalau bukan Universal Studio Singapore (USS) tak ke Singapore la kalau tak bergambor dekat gelob tu kan, yela tu je kira land mark Singapore paling famous after Merlion a.k.a kepala singa yang terpancut pancut airnya tu. Kalau korang dari Changi Airport nak terus kesana senang je, memula korang kena naik tren ke Tanah Merah after that turun naik tren ke Outarm Park, sampai Outarm Park turun naik tren ke Harbour Front lepas tu barulah korang boleh naik bus ke Sentosa atau RW8 tambang kesana murah je 2SGD dan tambang tu macam untuk pergi balik so kalau balik korang tak payah bayarlah, mudah kan.


 Dah sampai sana mana lagi kalau bukan nak try test roller coaster deme, tapi tak de rezeki kata oang roller coaster tu tak bukak, so dengan hampa jalan kaki lah ke tempat Firaun, so before uolls nak masuk aku nasihatkan segala beg bagai tak boleh masuk dalam teater game dorang sebab apa aku tak tahu tapi yang pasti beg tak boleh bawak. Disebabkan tak dapat masuk sebab rasa macam tak seronok kalau masuk sensorng so bergambar je mampu. 




Tapi korang jangan risau dekat tempat Firaun tu je tak boleh bawak beg korang kena mintak orang lain jaga or keep dalam loker yang disediakan. Game lain beg boleh bawak masuk tak yah risau. So lepas tak jadi nak masuk Firaun kitaorang pergi main game Transformers yang dikatakan gempak. So betulla bila orang kata bebaris dia mak datuk panjang dan berliku liku naik jemu dah menunggu turn nak naik benda alah tu, tapi aku cakap korang pengalaman dia memang best 5 bintang aku bagi kat game tu. Memang terbaik..

So cerita pepanjang pun tak guna kalau korang dah start masuk apa lagi korang jalan, main sampai putus kaki korang yela dah alang-alang bayor mahal manfaatkan tapi jangan risau kalau korang nak keluar and masuk balik, korang just bagitahu kat tempat keluar tu yang korang nak masuk balik so dorang akan cop tangan korang untuk pengesahan la gamaknya.. hehehe


Bercerita pasal Singapore takut susah carik masjid la, takut tak jumpa makanan halal la, korang jangan risau dalam USS ada tempat solat kalau korang amik map dia, dia akan tunjukkan gambar orang tengah rukuk kat map jela tapi hehe, jangan korang pergi carik sign gambar orang rukuk sudah.


Dah puas jenjalan nak makan kan jangan risau kat dalam USS memang ada tapi adatla mahal sikit la compare dengan kat luar, so kalau kat luar USS ada Mcd, warung apa benda ntah lupa dah namanya so jangan risau memang ada makanan halal.

Lepas makan jom carik tempat nak stay satu or dua malam kat sana betul tak? So yang nak mudah kita hostel or hotel bajet aku suggest korang stay dekat Bugis la, sebab Bugis ada masjid cantik, senang nak solat bukan, makanan halal banyak dan tak silap aku Bugis ni kira majority dia Islam. Kitorang stay Footprints backpacker hostel, hostel ni kira famous jugakla sebab masa kitorang nak katil dua dapat dengan foreigner langsung tak nampak orang melayu, pakcik kat airport kata orang malaysia suka lepak Geylang.


                                     

Rate satu malam kira murah la dalam 22SGD, deposite 20SGD or passport korang, jangan risau deposit akan dipulangkan bila korang check out. Sarapan bagi dorang provide tapi roti bakar sendiri dengan jem, coco crunch dengan honey star, air teh and coffee. Korang boleh start makan dari pukul 7:30 sampai 10:30, lepas makan buat macam rumah sendiri korang kena basuh pinggang mangkuk, cawan sudu bagai sebab akan ada orang lain akan guna balik pingan mangkuk korang. Jangan risau air mati boleh tadah terus dari paip dekat singki, terjamin kebersihannya so jimat tak yah sesusah beli mineral water.

Reception dia lelaki korang jangan risau Zul boleh cakap melayu tapi sayang zul jela boleh yang lain semua orang luar so korang kena speaking sikit la, masa aku nak check out dapat perempuan filiphina rasanya sebab dia memang tak pandai langsung cakap melayu, so terbelit habis lidah nak speaking.


Kitorang stay satu malam je sebab plan nak try la merasa tidur kat airport lagipun flight pagi malas nak bergasak dengan orang nak pergi kerja baik stay terus dekat Changi Airport dekat terminal satu. Lepas check out solat dulu dekat masjid apa ntah namanya terlupa, tapi keselesaan masjid dia memang tip top. So gerak pergi chinatown mencari ole-ole untuk office mate, sana key chain memang murah boleh dapat 30 dalam 10SGD, peminat key chain maybe syurga lah bagi korang, aku ni peminat magnet fridge so makan cost sikit la, satu magnet dalam 3SGD sampai 5 SGD depend pada bentuk and corakla. 

Selain chinatown banyak tempat lagi boleh cari, dekat Bugis Street, Little India memang murah habis la. Lepas jenjalan Chinatown dengan Bugis Streeet kitorang gerak terus g Marina Bay nak menengok Si Singa dengan kapal atas bangunan tu, apa ke benda ntah namanya. So pengangkutan paling efisen adalah MRT, MRT dorang memang terbaik dengan laju, selesa tempat menunggu pun selesa sebab dalam bangunan so korang takkan berpeluh tunggu tren macam dekat Malaysia. 

So untuk mudahkan korang bergerak aku suggestkan korang beli kad Singapore Tourist Card warna merah, Satu hari cost card tu dalam 20SGD kalau 2 hari dalam 26 SGD, tinggal touch je, cuma dia ada expired date je jangan risau korang boleh naik semua MRT yang tak boleh naik Monorail dengan ada bus yang tak boleh guna card tu, so untuk tak menyusahkan korang dikemudian hari, aku galakkan korang tanya akak kat MRT tu bus mana boleh naik bus mana tak boleh naik. Ha sebelum aku terlupa kalau korang nak beli kad tu senang korang pergi terminal dua carik MRT stesen untuk ke tanah merah tapi jangan turun dekat situ korang kena ke seberang sebab kaunter beli kad ni tak sama dengan kaunter beli tiket MRT.



Korang jangan risau nanti bila korang beli card tu dia akan bagi sekali map tren tu, so senang la korang nak rancang perjalanan korang kat sana nanti, dan tren dorang memang akan berenti dekat tempat senang nak cari. Signboard pun banyak dan korang takkan sesat punya kalau korang pandai baca map.

time to back home

Harap entry kali ni membantu lah korang yang nak ke Singapore tak kisahlah pergi sendiri atau berkeluarga, penat berjalan memang wajib dan paling penting korang enjoy cuti korang, jangan jadikan percutian korang ni bosan sudah..
  





Wednesday 13 August 2014

August 2014



Assalamualaikum, 
Alhamdulilah genap dah usia 22 tahun 12 haribulan 8 hari tu, apa yang boleh dipanjatkan hanya kesyukuran tak terhingga sebab masih bernafas dan paling penting masih Islam. So miza apa yang ko dapat selama perjalanan hidup ko dah ke usia 22 ni, mesti banyakkan, harap ko belajar dari semua kesilapan dan kelalian ko. Please don't repeat the same mistake, you know you always read this sentence right angah,  "janganlah kamu melakukan kesalahan yang sama setiap kali, kena ia unpama jatuh didalam lubang yang sama dan tidak mengambil iktibar dari kejadian sebelumnya.

[kredit]
Hidup sebagai Islam kalau tak diuji bukan namanya Islam, semua yang berlaku ada hikmahnya cuma ko miza sebagai manusia susah nak tengok semua tu, sebab banyak lagi dosa dan kesalahan yang ko tak minta ampun dari Allah, ko nak tunggu berapa lama lagi untuk bertaubat, apa yang ko tunggu, ha! nak Allah kabulkan semua doa ko, baru ko nak bersyukur dan bertaubat, kalau semua tu tak sempat dalam hayat ko macam mana. 

"Allah often removes someone from your life for a reason. Think before you chase after them"

Please remember this when you down, please I'm begging you miza. I think this birthday present really make me down, nak cerita rasa macam memalukan diri sendiri, tapi bila biarkan boleh murung aku dibuatnya. Tapi I need to be strong sebab kalau jatuh meratap bertepuk setan nengok aku sedih tahap tak ingat diri. Ingat tak semua yang dihajatkan tercapai, cuma perlukan sedikit masa dan dorongan dari orang sekeliling.


Oke enough your sad story, nak dijadikan cerita baru,eh cerita lagi  8 haribulan 8 haritu genap 4 tahun arwah tinggalkan aku and family dia kalau ikut kalendar Islam la, oke nampak semua nak jatuh tergolek kat bulan 8, tapi tak pe bulan 8 this year special sangat and i will remember that, hehe. Terasa macam semalam baru arwah pergi, eh tapi dah berapa kali dah aku baca ayat ni dalam entry dulu pun ada rasanya ayat 'terasa macam semalam' tu kalau boleh muntah berdarah muntahnya baca ayat tu hehehe.


'How can I move on when your fingerprints are still on my heart and your voice still resonates down to my toes and your smile lives in my eyes and every time my mind wonders it goes directly to you'


Setiap apa yang berlaku bersebab dan sehebat mana perancangan kita mungkin bukan  yang terbaik untuk kita, kerana hanya Dia sahaja yang tahu apa yang diperlukan oleh setiap hambanya. Semoga apa jua ujian dan dugaan kita mampu hadapi dengan besar hati dan redha tanpa mempertikaikan mengapa ini berlaku dan mengapa itu tak berlaku.

[please]


Wednesday 6 August 2014

Pertemuan Tertangguh




Assalamulaikum.

Dah lama rasanya tak berkongsi cerita dengan anak cucu kat sini, tapi tu lah dengan takda ideanya, dengan sibuknya, dengan macam-macam lagilah alasannya. hehehe...
Okeh kali ni nak cerita dengan korang pasal punyalah lama miza rancang nak ke kota singa tu tapi ada je yang menghalang. Memula dulu nak pergi kewangan jadi penghalang, sekarang dah cukup ma sendiri pulak macam nak tak nak je bagi pergi singapore tu alasannya cukup mudah dan miza yakin semua orang tahu, yela singaporekan pakai dolar, matawang lagi tinggilah, makanan halal susah nak carikla, Tapi bila dipikirkan balik nak menjawab bonda sendiri peant ma mengandungakn aku berdua dalam perut.

[kota singa]
Tapi sebelum niat kitorang terhalang nak ke sana, balik raya dari kelantan esoknya terus ke PKNS berkobar bak hang nak g buat pasport sampai seharian kitaorang kat sana, ramai tak payah cakap macam lipas cari sampah musim panas ni. Dengan pendatang asing lagi, renew passport belum tambah tolak dengan masalah adik miza yang belum cukup umur, padahlah lahir hujung bulan, lepas tu settle bila ayah aku yang supporting tu dah la bagi green light  pergi singapore bertiga je, datang lagi imigrasin sebab adik aku yang belum cukup umur tu, memang berganda sayangnya dekat ayah. Satu masalah settle tetiba dah sampai giliran kembar boleh plak abg kaunter handsome tu cakap ic tak nampak gambar la dik, tak lepas ni nak buat passport, aih satu masalah kena pergi buat ic plak sebab nak settle hari tu jugak punya pasal ayah bawak kitorang pergi buat kat Klang.
[kredit]
Nampak sangat perjalan nak kesana tu memula dah tak cantik, ada je halangan dan masalah yang kena semua last minit. Yang lawak punya lah excited nak pergi negara seberang sampai semua benda dah beli kengkonon prepair awal, last last terbengkalai lagi trip kali ni. So sekarang tengah memerah otak nak kemana kita alang alang dah ada passport. Ha tetiba taip pasal passport teringat ma tanya kenapa tak buat passport terhad, yang ke singapore saja takda ke?. Okeh apa motif ma tanya macam tu. Deep tu deep.

Pada bundaku sabar ya anakmu sedang mengumpul wang untuk membawa kita sekeluarga berjalan, doakan moga dipermudahkan urusan simpan menyimpan ni.

Plan asal nak kesana mudah je miza nak carik abg kamarul a.k.a abg yang pernah menjadi orang tengah antara miza dengan arwah nazrin, miza cuma nakkan kepastian kalau betul dah takda tolonglah tunjukkan walapun batu nisan dia, dalam hati ni banyak kali dah nak ke Bukit Merah cari pusara arwah, tapi kena ingat bukan satu je pusara dekat situ, berlambak lambak dengan nak carik satu nama je boleh jadi bodoh alam miza, yela baca nama dekat batu nisan punya pasal, lagi satu miza nak jumpa dengan family arwah yela dulu perjumpaan tu tak menjadi saat akhir, tipu kalau miza cakap tak menyesal tak dapat jumpa parent dia, tapi miza selalu pikir, agaknya bukan sekarang masa yang sesuai untuk berjumpa, andai ada jodoh dan usia masih panjang Insha Allah, Allah temukan kita dengan cara yang lebih baik.

Miza taknak parent dia fikir hubungan yang dulu putus macam tu je bila arwah pergi, miza nak hubungan tu diteruskan, miza nak parent dia nampak usaha miza nak jejaki dorang walaupun miza sendiri tak mampu nak ke Cape Town carik dorang, maybe cukup di kranji untuk jumpa Omar. Andai satu hari nanti pertemuan yang sentiasa diharapkan menjadi, miza cuma nak mintak sekeping je gambar arwah naz untuk jadi simpanan dan tatapan miza bila miza rindu. Cukup sebab arwah pernah ada dalam hidup miza walaupun untuk beberapa bulan.







Monday 9 June 2014

Putus kawan kerana cinta berbaloi kah?

[kredit]
Assalamualaikum.
Hari ni miza rasa hari sedihla jugak dengan cuaca mendung makin sayu plak hati ni, yela korang pernah imagine tak yang satu hari nanti korang akan putus dengan pasangan korang dengan cara baik, and nak tamatkan hubungan ni dengan berkawan. Tetiba bekas pasangan korang dah jumpa orang lain, and pasangan sekarang dia selalu salah sangka. Yela dah putus kenapa nak contact lagi, but sorry eh aku kenal dia dulu sebelum ko, kenapa ko nak kecoh sangat ni.

oke sedih gila. *nangis

Tak semua ex datang balik untuk suatu hubungan, korang boleh paham tak perasaan tu. Memang kadang kadang miza ada contact ex miza ni tapi kat twitter je bukan lelebih, twitter orang boleh baca, bukan nak apa pun, tegur sebab dulu aku pernah kenal ko. Tapi dalam situasi ni maybe miza ni menyibuk sikit sebab selalu tengok status dia, tapi miza tak boleh elak nak tengok status dia, nak je miza jerit dengan pasangan dia sekarang, miza tak nak pun pakwe dia tu, miza bukan sedesperate tu nak balik pakwe  miza yang tu, banyak lagi lelaki.

Tak tahu hujung pangkal datang sound lepas tu boleh dia kata hubungan bodoh, hei ko dah besar asal sampai cakap macam tu, mana semua yang ko pertahankan dulu, sampai ko sanggup maki maki aku, panggil aku perempuan gatal yang sanggup jilat ludah balik, prempuan jalang, mana pergi semua yang ko pertahankan. Mana pergi harga diri ko sampai sanggup maki perempuan lain hanya sebab lelaki. So miza nak sangat tengok sampai mana hubungan dorang. Harap harap hingga ke syurga.

*nangis bawah bantal
[kredit]
Perasaan tu terbawak bawak sampai hari ni, tak matang langsung perangai unfollow miza kat twitter, tak tahu lah sapa yang unfollow, tapi mungkin tu cara yang terbaik, putuskan semua perhubungan yang ada bagi mengelakkan semua ni berlaku lagi sekali and perang tercetus untuk kali ke berapa pun tak tahu lah. Korang rasa berbaloi ke putus hubungan sebab cinta, yela cinta datang dan pergi, kawan memang datang dan pergi tapi tetap dalam ingatan sebab kita pernah berkawan. Tapi kalau ko rasa cinta ko lebih bermakna takpelah biar kawan ko undur diri biar ko bahagia kawan.

Sedih gila babi wei kawan kot, lama dah miza kenal dia, tapi takpelah dia dah buat keputusan dia, so miza just follow the flow, semoga kau bahagia kawan.


Friday 23 May 2014

Menjadi yang Ke-2




Assalamualaikum,  dulu miza pernah tengok cerita korea pasal dia bunuh diri hanya disebabkan dia jadi penulis majalah kedua dan bukan yang pertama. First reaction miza, what the heck just only you been second writer don't mean the life is end.So miza rasa typical sangat wanita dalam cerita tu, tapi we not on her shoes right, so kita tak tahu macam mana perasaan menjadi yang kedua.

[kredit]

Now miza dah bekerja, ye dulu maybe tak terasa sebab kerja toll dan jarang duduk dalam office untuk jumpa manger atau boss, seronok sebab duduk lane kutip duit dan paling tak best bila duit short and korang terpaksa hulur duit sendiri untuk cover yang tak cukup tu, peratus untuk tak suka cara bekerja orang lain pun kurang, yela korang buat kerja yang sama dengan orang lain everyday.

But now bila dah kerja dalam office, and now i know feeling be the second, first sekali korang akak rasa betul ke korang kerja sini, kenapa terasa macam buat kerja kuli je and kenapa suka sangat suruh buat kerja ko dan ko dapat nama, yang aku dapat tilte pemalas, and thank you cause make realize that.

Benda kedua bila meeting department ko tapi ko tak dipanggil, yang dipanggil yang kononya manager department lain atau lebih dikenali sebagai kaki kipas, what the hell man, ko dah ada keluarga still nak jadi kaki kipas ke, asal susah sangat ke kipas kat kaki kau tu nak mati. Oke memang hangin sebab apa function aku duduk terconggok kat sini, sekadar jurutaip pejabat sahaja kah?

Miza still manusia mulut still macam hapa, tapi my mom selalu pesan "ingat ngah boss tak panggil ko sebab ko baru lagi, tak tahu sangat hal office" and i can accept that reason. Dan bila dah selalu sangat jadi depan mata sendiri, miza amik inisiatif untuk sedapkan hati sendiri, maybe im not good enough to attend the meeting. Yeah i know im still newbie in this industry.

Ceh industry macam retis statement.

So perasaan nak berenti tu melonjak lonjak, berusaha jugak nak carik kerja lain sampai dapat, argh tolong la Ya Allah permudahkan segalanya, kadang kadang penat jugak nak jaga hati sendiri, sampai bila nak buat buta je. So ada reason jugak jadi orang kedua ni, hanya orang yang sentiasa menjadi yang kedua je tahu perasaan menjadi orang kedua. Disebabkan staff kat office ni berapa kerat je, so perasaan tu lagi senang ko dapat, sebab bilik boss belah bahu kiri, bilik meeting belah bahu kanan, staff depan mata, boss kalau boleh nak hari hari meeting dengan orang kuat dia.

[kredit]

Kepada meraka yang diluar sana tahu rasa macam mana menjadi yang kedua, semua kalian tabah. Allah takkan uji kita kalau kita tak mampu. Walaupun ayat tu dah macam common sangat tapi still boleh digunakan time terasa sangat dengan situasi macam tu.

Monday 28 April 2014

Perempuan tanpa rahim


Assalamualaikum.

Entry kali ni macam sedih sikit, yela cuba korang pergi tanya mana-mana perempuan yang ada kat dunia ni, siapa yang taknak carry baby in your tummy right. Miza rasa perasaan masa tu Ya Allah indah sangat, yela ada nyawa lain yang tumpang dalam perut kita, MasyaAllah hebatkan kuasa Dia.

Tapi jom seminit kita pikir, masa akan datang kita tak tahu apa yang jadi pada diri dan hidup kita betul tak? Cuba korang imaging tetiba Allah tarik nikmat yang satu tu, subhanaAllah beratnya ujian yang Dia berikan, hilang nikmat sebagai wanita yang Allah kurniakan but everything happen always come with a good reasons, so depend macam mana korang rasakan hikmahnya.

Female reproductive system lateral nolabel.png
[wikipedia]
1: tiub Fallopio, 2: pundi kencing, 3: tulang pubis, 4: titik g, 5: kelentit, 6: salur kencing, 7: faraj, 8: ovari, 9: kolon sigmoid, 10: rahim, 11: forniks, 12: serviks, 13: rektum, 14: dubur
LatinUterus (Bahasa Yunani: Hystera)
Ruj. Graysubject #268 1258
ArteriArteri ovariarteri rahim
VenaVena rahim
LimfaBadan dan serviks ke nodus lomfa ilium dalam, fundus ke nodus limda para-aortatambah nodus limfa inguinal supersifial
PeloporSalur Müllerian

Bukan apa miza jadi terpikir bila baca dekat fesbuk, kawan ma miza punya kawan accident and anak yang dalam kandungannya terkeluar sebab hentakkan yang kuat, anak yang terkeluar ni anak kedua bagi pasangan hebat ni, yang pertama sudah menunggu ayah dan bondanya dipintu surga kerana meninggal dalam perut masa 8 bulan. Bayangkan boleh meroyan kalau tak kuat oi, hebatkan meraka, dan perkara yang paling menyedihkan dan miza doakan agar mereka tetap kuat.

Disebabkan hentakan yang terlalu kuat tu rahim si ibu terkoyak dan terpaksa dibuang dalam keadaan si ibu masih lagi kritikal dan di ayah baru sahaja sedar dari koma. Ya Allah berat benar dugaan mereka, kalau miza dalam 'kasut' meraka apalah yang miza akan lakukan.

Apa-apa pun yang terjadi semoga mereka tabah, dan korang boleh buat sumbangan pada meraka, 

Mohd Firdaus Bin Abd Latif
Maybank :1130 1530 7780
Bank Islam : 12038025657290

Raba'atul Adawiyah Binti Ahmad@Yunus
Bnak Islam : 1307020757056

Pesan Rasulullah SAW 'sesungguhnya Allah akan menolong hambaNya selagimana hambaNya itu menolong hamba yang lain'.