Tuesday 24 September 2013

Jodoh Ditangan Tuhan 2.0

[kredit]
                                         


Assalamualaikum..
tetiba macam sayu je bagi salam, ntah perasaan je lebih ni biasalah dengan cuaca sejuk dalam opis ni. Kemain sejuk, ha miza dah tukar kerja. Dah tak kerja kat tol dah sekarang kerja kerani cabuk je. Perasaan dia bila tukar kerja sayu je.

#eh lari tajuk ni.

Hari ni dah lebih 3 tahun arwah naz tinggalkan miza, ayat sekimatik sangat. Sedih dia tak payah cakap sampai sekarang miza masih tak percaya betul ke dia dah takda? Betul ke dia dah lama tinggalkan miza? Mesti korang ingat miza tak nak move on kan. Orang kata bila kita lalui baru kita sedar yang apa nak buat kebih susah dari berkata kata.

T.T

So apa yang orang selalu kata tu betul, dulu masa jenab cari miza sebab pakwe dia excident, aku sedap gigi je cakap, ala nab benda dah nak jadi redhalah, banyakkan sedekahkan al-fatihah dekat arwah, now look at me, aku dah macam orang lost. Alhamdulilah now jenab dah bahagia disamping suami dan 2 anak dia, tahniah nab. Miza tahu walaupun jenab dah kawen dan bahagia, kadang kadang teringat tu mesti ada walaupun sekejap.

Walaupun orang kata 4 bulan tu sekejap, tapi kenangan yang miza dapat masa arwah masih ada macam dah 4 tahun kenal. Semuanya masih segar dalam ingatan ni, kadang kadang jeles tengok orang lain bahagia, tapi tak pelah belum rezeki miza nak bahagia macam orang lain, maybe tugas sekarang bahagiakan ma ngan ayah je.
Dalam buku sebelum aku bernikah tu banyak mengajar miza, so aku suggest korang beli jugak terbaiklah, dia tak menghalang cinta tapi memberikan kita satu cara menyalurkan cinta tu dengan betul dan tidak keterlaluan. Ayat yang masih miza pegang sampai sekarang "kalau benar cinta ia membawa kesyurga, apa yang membawa ke neraka bukan cinta namanya".

macam tu lah sikit ayat dia :D. So sampai sekarang miza pegang.
Teringat ayat mas kawan miza bagi dekat group whatapps, suka sangat kalau dapat kongsi.

[kredit]
Rezeki ada dimana-mana.

jika tiada rezeki anak,
mungkin diberikan rezeki mertua yang baik.
maka kita lebih bahagia dari mendapat anak yang liar.

jika tiada rezeki wang ringgit,
mungkin diberikan rezeki kesihatan.
maka kita lebih bahagia dari kerisauan menjaga harta dunia.

jika tiada rezeki kereta mewah,
mungkin diberikan kenderaan  yang jarang menimbulkan masalah .
maka kita lebih bahagia dari membayar kerosakkan yang mahal.

jika tiada rezeki rumah yang besar.
mungkin diberikan rezeki makanan yang tidak pernah putus.
maka kita lebih bahagia dari si gelandangan.

jika tiada rezeki pasangan yang cantik,
mungkin diberikan rezeki pasangan yang baik dan pandai menguruskkan rumahtangga.
maka kita lebih bahagia kerana hidup berteman dan terjaga semuanya.

jika tiada rezeki jodoh,
mungkin diberikan rezeki umur ibubapa yang panjang.
maka kita lebih bahagia dapat berbakti sepenuhnya kepada orang tua.

jika tiada rezeki hari ini,
mungkin ada rezeki esok yang lebih baik esok hari.
maka kita lebih bahagia kerana rezeki yang tidak dijangka.

bersabar, bersyukur, berusaha, berdoa, bertawakal.
Hanya Dia Allah Yang Maha Adil.

Wednesday 11 September 2013

Off day








Assalamualaikum,  

haiiiiiii

Hari ni miza off so first time keluar lepas dapat kerja, bukan apa malas nak berjalan penat baik duduk umah claim tidur lagi best. hari ni keluar pun sebab esok dapat cuti ganti public. Yela public pun kena kerja. maunya tak tumbang.

Hari ni lewat sikit keluar pergi jenjalan sebab mama miza sekolah so kena tunggu mama balik sekolah dulu.*nampak tak mithalinya anak* haha.

Lepas je sampai Kl sentral terus call si aliff, ala budak yang praktikal sama dengan miza dekat ssm. Bila miza cakap miza dekat kl sentral suara dia macam terkejut, tapi MACAM jela. haha, jangan marah liff gurau kasar sikit je. So berjalan lah dari ktm ke lobi. Penat uolls jauh. Rindu nak kumpul dengan aliff, zul, akin ngan min. Rindu sangat sangat moment kita. :)

So jumpalah jugak si aliff dengan si zul tu. Ya Allah rindu sangat zaman praktikal. Ha zaman praktikal kau macam dah lama sangat tinggalkan zaman tu. hehe. Ayat bagi derama sikit. Dapat borak kejap je dengan dorang, yela orang kerja opis ni kau mana boleh kacau lelama marah boss. Nak tergelak rasa bila si zul cerita pasal praktikal student department dia, sabar jela zul. Yang lawak macam budak tu plak buli zul, mana sifat zul yang suka membuli tu, hilang dah ke bila terpandang wajah budak praktikal. Ayat miza sekeyma nenek. Jangan marah zul :)

Oh aliff dah ada juwita hati lupa nak bagi dah bagitahu juliet juliet dia, nasib ada si zul bocorkan rahsia aliff, kalau tak tahu yang dia dengan Oh Lala. hehe. Thank zul *celet jari sikit* Tahniah aliff so bila dah ada si juwita hati dont setress setress oke hidup kena banyak chillex baru hidup ni feeling. Cakap pasal juwita hati aliff ada ke patut si zul suka jadi anak ikan, ish ish geleng kepala aku dengan si zul. Sabar jela aku ngan zul sorang.

Ha first time jumpa balik budak berdua tu, terkujat miza yela dua dua dah besar, eh bukan besar tu tapi BESAR cantik kau. Body builder katanya. haha Semoga berjayalah ey membina badan jangan membina perut pulak, jaga jaga ada yang dah nak gelebeh, haha :)

nah amik semoga berjaya uolls.
Lepas je jumpa budak berdua tu, miza pergi times square main theme park saja release tension kerja. Tapi tak release sangatlah kan sebab kali ni main tak ramai orang so makin menakutkan. Masa main DNA mixer habaq hang scary dari dulu terasa dia pusing makin laju nak tercampak rasanya, dengan pakai baju licin tak tahulah bajutu menampakkan badan yang buruk ni. haha

Masa main roller coaster best memang best, tapi part nak tutup menghadang tu ada je masalah, adatlah orang pungkuq besaq ni, susah nau nak tutup bagi rapat sampai suruh kembar tolakkan sama sebab tak ketat, kalau staff situ yang rapatkan malu mak nox, nampak sangat pungkuq mak lebaq plus besaq, mana nak sorok muka ni.
ni pun tak streamix sangat macam kat genting.
Main dua kali perut dah sebu, tekak dah loya. Oih biar lah tak main dah bukan apa takut terjeluak muntah baik angkat kaki balikla oi. Muntah oi jangan di buat orang muntah dalam bas pun dah malu ni kan muntah kat public area macam tu. Kus semangat namanya. 

Nasib baik Puan Mama tak marah sebab balik lambat.
Mesti korang pelik kenapa miza mix kan penggunaan ganti diri tu bukan apa ada my sista cakap miza tu macam tak kena je, baik sempoi je aku kau. So aku mix kan aje, kalau pelik pergi lantok le, asal korang selesa baca.
p/s . rindu arwah naz sesangat. Oke cau cincau soy air tahu.