Tuesday 31 January 2012

Hargai Darah Setitis


Hai semua hari ni biru nak cerita pasal derma darah..Sebenarnya biru sendiri baru dua kali derma darah seronok sangat sampai setiap kali nampak poster macam ni mesti nak derma darah tu..kat poster tulis sejuta rasa..


Orang tanya "tak sakit ke" jawapan biru senang je "cara ni yang dapat biru sedekah nak harapkan duit bukan selalu biru ni berduit..hehe..lagi pon selagi orang tu sihat guna darah kita bukan ke kita ni dapat pahala free ke..pada biru la pada korang biru tak tw la..


Tapi yang pasti bila derma darah ni kita akan dapat darah yang fresh ganti darah yang dah kita derma tadi..so far biru baru dua kali kembar biru baru sekali dan kiteorang jeles sangat bila orang tu dah banyak kali dapat derma darah..


So apa kata lepas ni korang try la derma darah best sangat!! 

Sunday 29 January 2012

Ustaz Azhar Idrus dan Ustaz Don Daniyal

Hari ni seronok la family biru sebab dyorang dapat pergi dengar ceramah Ustaz Azhar Idrus kat Masjid kat Shah Alam..Jeles betul tak sangka la ma biru minat sampai sanggup pergi ey kenapa la pergi masa biru kat kelantan..Balik ni nak protes la..
ni la ustaz azhar yang sempoi tu

memang pujaan ramai la ustaz don ni


Tak sangka impak Ustaz tu dahsyat sampai remaja macam biru pon tertarik dengan ceramah dy yang friendly tu..lagi pon minat ustaz Azhar yang suke bergambar memang sempoi la ustaz ni..ayat dy jawab dan tegur remaja pon best je..macam kena dengan jiwa anak2 muda ni..kat fesbuk tu tak payah cakap la dan satu lagi ustaz yang biru minat jugak sapa lagi kalau bukan Ustaz Don Daniyal yang hensem tu..hehe..

Anyway semoga ramai lagi ustaz2 sebegini yang lahir bagi membimbing remaja dan masyarakat dengan pendekatan islam yang cantik tu..

Friday 20 January 2012

Dugaan Meninggikan Martabat

Apabila dalam kehidupan anda tidak ada satu masalah pun muncul, maka ketika itu sebenarnya ada garis pemisah antara anda dengan Yang Maha Pencipta.






Hendaklah berasa bimbang apabila menyedari perjalanan hidup anda tiada langsung dugaan. Hanya gelak ketawa dan senang hati. Hanya senyuman dan tiada tangisan. Lengkap segala-segalanya dan tiada yang kurang. Maka, itu tanda Allah telah membiarkan anda. Juga mungkin tanda Allah tidak redha kepada anda.


Cukuplah jika ada ketikanya kaki anda terhantuk bucu pintu atau tangan anda terluka terkena tajamnya pisau, lalu anda berasa sakit. Sebutlah segera Astaghfirullah dan kemudian Alhamdulilah. Senyumlah dalam kesakitan itu keran Allah memberi pahala di atas setiap kesakitan anda dan Allah cuci dosa anda. Bersyukurlah kerana itu tanda Allah sayangkan anda sedang menaikan martabat anda di sisi-Nya.


Hati orang mukmin sentiasa lembut. Hatinya diasak dengan cinta dan khauf (takut) pada Allah hingga hampir setiap hari akan menangis di atas sejadah memikirkan dosa-dosa. Dia juga memikirkan bagaimana nasibnya kelak dihadapan Allah. TAnda satu orang mukmin yang benar-benar diterima keimanannya jika dia tidak diuji.


Makin tinggi keimanannya, semakin besar ujian Allah akan berikan kepadanya. Namun, dengan ujian Allah bertambah pula takwa dan taatnya kepada Allah. Semakin bertambah cinta dan keyakinannya terhadap Allah.


Siapa pun diri anda; imam besar atau sekadar kerani biasa, orang kampung atau orang bandar, tetap tidak akan sunyi daripada dilanda ujian. Keinginan-keinginan terhadap sesuatu yang haram akan menghambat anda. Anda mungkin menjadi lemah jika tidak memiliki benteng iman yang kuat.


Jika sedikit pun hati anda tiada keinginan-keinginan terhadap sesuatu yang haram, mak itu bermakna anda bukanlah hamba-Nya yang hebat mengawal nafsu. Tetapi Allah jualah yang memberi anda kekuatan tersebut. Bersyukurlah.

Monday 16 January 2012

Aurat Itu Kemuliaan Wanita

Aurat wanita itu seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan.Maka jagalah aurat itu sebaik-baiknya.Pakaian tidak boleh menampakkan susuk tubuh dan tudung yang dipakai hendaklah menutupi paras dada dan tidak jarang.




Jika wanita merasakan rambut yang diwarnakan itu cantik, hendaklah mengambil berat tentang status halal bahan yang digunakan bagi warnakan rambut itu.Jika ada membeli pewarna rambut di pasaran yang bertulis HALAL, ketahuilah JAKIM tidak pernah mengeluarkan tanda halal untuk mana-mana pewarna rambut di Malaysia.
Walaupon bahan yang digunakan halal, anda tidaktahu halal itu dari segi yang menyeluruh atau sebaliknya.Jika sekadar halal pada bahan-bahan yang digunakan, kemungkinan pula bahan itu kalis air apabila diletakkan pada rambut. Apabila anda mandi hadas, air tidak sampai ke rambut dan mandi hadas itu tidak sah. Maka selama-lamanya anda berada dalam keadaan tidak suci.


Diceritakan oleh Ibnu Abbas bahawa Nabi SAW ada menyebutkan tentang salah satu seksa kubur adalah di sebabkan kencing. Hadis riwayat Bukhari ini dikiaskan kepada orang yang diseksa itu kerana tidak suci daripada hadasnya. Itu baru kencing yang tidak lawas dan tidak betul-betul bersih dibasuh. Inikan pula hadas besar yang tidak disucikan sepenuhnya akibat rambut kalis air atau rambut terhalang daripada terkena air oleh pewarna rambut yang kita gunakan.


Bayangkan segala amal ibadah kita seperti solat ditolak Allah. Astaghfirullah. Sebaiknya pilihlah pewarna rambut semula jadi seperti inai untuk mewarnakan rambut anda.
Tetapi persoalan seterusnya, apakah tujuan mewarnakan rambut? Adakah supaya diri kelihatan cantik dan dapat menarik perhatian orang lain? Bagi wanita, rambut adalah aurat. Haram mendedahkannya kepada lelaki bukan mahram apatah lagi mengharapkan orang sekeliling memuji. Allah melaknat wanita-wanita yang membuka auratnya kepada yang tidak berhad melihatnya.

Sunday 8 January 2012

Siapa Berusaha Dy Dapat Hasilnya

Hari ni aku mendaftar kat kolej..Student tak payah cakap la ramainya belum kira yang ada hal dengan kolej alhamdulilah la saya tak ada apa2 masalah dengan kolej..Tapi saya kesian sangat dengan kawan saya dah tiga kali dy fail tapi tetap senmangat nak datang belajar walaupon dy tahu yang dy tu akan diberhentikan kerana tiga kali berturut2 fail..saya doakan dy lepas la nak mohon meneruskan pembelajaran dy..

Itulah kan semangat nak menuntut ilmu sebab dalam Islam sendiri menyarankan ummat dy menuntut ilmu sampai ke liang lahad..so tak ada sebab la seorang tu menjadikan kemiskinan sebagai alasan tak dapat belajar sebab bukan semua kolej atau tempat belajar kena bayar betul tak..


contohnya macam Giatmara dyorang siap dapat duit poket lagi..Untung2 keluar boleh kerja sendiri tak payah nak mengharap orang lain..Tapi kena la berusaha sikit sebab kita tak kan dapat sesuatu dengan mudah betul x..so dekat mana2 pon boleh kerja tapi jangan ambil jalan mudah dengan meminta sedekah..Tu tak elok plak yela Tuhan masih bagi kekuatan untuk kita berkerja..


Sebab bila kita kerja sendiri baru kita rasa nikmatnya Rezeki yang Tuhan berikan kepada kita  dan akan bertambah rasa bersyukur kepadaNya..InsyaAllah

Monday 2 January 2012

Cinta Ia Milik Siapa

Orang selalu tanya aku.."angah camne nak lupakan orang yang kita sayang"..aku sebenarnya bukan terrer pon bab2 cinta ni..sebab aku sendiri selalu je frust bila bercinta cuma aku tak pernah tunjuk yang aku ni frust sebab aku tak suka orang memandang yang perempuan ni lemah hanya ditinggalkan oleh orang yang paling dy sayang..


 

 Aku bukan apa dah mungkin bukan jodoh korang so jalan yang terbaik cuba terima dan terima hakikat walaupon pahit sangat nak telan..sebab aku pernah terbaca cara paling mudah melupakan sesuatu ialah dengan jangan cuba untuk melupakannya tapi biarkan ia berlalu sendiri..sebab makin selalu kita fikir kan makin sakit dan makin selalu kita nak ingat..buat apa kita nak ingat sampai sedih2 sedangkan dy boleh bahagia gelak2 dengan orang lain..so jangan bazirkan air mata untuk sesuatau yang jelas bukan milik kita..
so kepada sahabat2 angah yang tengah frust bercinta tu sabar je..em ada lain kes plak bila orang yang dia sayang tak sayangkan dia..tu pon satu hal jugak yela sorang je yang bertepuk kan susah..angah ada terbaca satu artikel yang mana doa Nabi Yusuf "Ya Allah sampaikan salam rindu kepada....(orang yang kita rindu) semoga aku juga menjadi kerinduannya amiin.."so boleh la korang amalkan kalau orang yang korang sayang tu tak rindukan korang..hehe..sebenarnya korang tak payah la nak risau sangat bila korang tak ada gf/bf tak kiamat pon cuba tengok orang yang tak de teman istimewa hidup dyorang happy je tak de pon runsing2..Ingat jodoh tu kerja Di Atas kita ni cukup berusaha dan berserah dengan siapa kita ditemukan..

Sunday 1 January 2012

Selamat Tinggal Kesedihan...Selamat Datang Keceriaan

Sekarang da tahun baru nampaknya semua enjoy je..tapi aku punyai azam yang ingin aku laksanakan untuk tahun 2012..pada korang mungkin mudah tapi aku da tekad aku akan akhir tahun 2011 dengan kesedihan kerana esok takkan ada hari yang menyedihkan aku..

Kenangan tu memang indah sangat kalau kita nak ingat tapi xsemua kenangan tu indah..aku akui sampai sekarang aku masih ingat kat arwah pakwe aku tapi aku selalu jugak ingat hidup ni tak terhenti selepas arwah tinggalkan aku..hidup perlu diteruskan rupanya tak semudah yang diperkatakan..amat perit untuk aku meneruskan hidup yang sentiasa dibayangi masa lalu..aku tahu arwah dah lama tak ada aku sedar arwah dah lama tak wujud tapi aku tak tahu kenapa susah sangat hati ni nak mengakuinya..aku bukan pe aku takut bila aku berhenti ingatkan arwah..arwah ingat aku dah lupakan dy..aku tak mau kalau boleh selama hayat aku ni aku nak sangat ingat dy..
Dulu masa kawan aku hilang pakwe sebab xcident senang je aku cakap "tu dah takdir dy jangan nagis nanti arwah sedih" tapi bial aku sendiri yang rasa Ya Allah rasa nak tercabut jantung ni..malam tu nak baca yassin bagi habis pun dah tak larat je..dah la time tu aku sorang je kawan2 support melalui fon je sebab time tu aku tengah belajar kat kelantan..masa tu aku rasa berat sangat ujian yang aku tanggung sebab sebelum arwah pergi dy cakap keluarga dy akan datang meminang aku..aku selalu tertunggu2 bila agaknya keluarga arwah nak datang..berdebar sangat time tu..tapi lepas 11 syawal aku tak sangka tu yang aku dapat lepas aku tunggu..
Lepas tu aku terus kol ma aku..apa yang ma pesan kat aku dahla ngah orang da tak de jangan disedihkan sangat..tak de jodoh la tu..time tu luhuh hati aku bila ma aku sendiri cakap macam tu dan sebenarnya aku jugak tak boleh terima hakikat yang antara kami memang tak ada jodoh..
Apa pun sekarang no more cry..aku akan pastikan azam aku tercapai tak bererti aku tak nangis aku lupakan arwah..arwah selamanya dihati aku..
Awak  selamat tahun baru..dah setahun lebih awak tingglkan saya tapi saya rasa macam baru je kita kenal..doakan azam saya tercapai ye sayang..