Thursday 31 October 2013

Ambang Konvo Kali ke 30

KPTM 

Assalamualaikum..

Sekarang dah nak masuk hujung tahun, bermakna ramai graduan yang nak konvo termasuklah den ni ha. Perasaan dia bila dah nak konvo berkecamuk, bukan apa yela tak nak pergi pun ada tapi rindu kawan kawan masa belajar kat Kelantan. Nak pergi tapi perasaan dia malas, sebab kena mintak cuti and one more thing jauh dan malas sangat.

Tapi orang kata peluang bukan selalu ada, peluang apa lagi kalau bukan peluang berjumpa kawan kawan and lecturer. 

#eleh padahal nak elak jumpa lect. Nangis bawah meja.

Macam tak caya Allah bagi peluang untuk habiskan Diploma selama 3 tahun. Alhamdulilah walaupun result tu tak la berapa banyak dan tak dapat peluang naik stage untuk Anugerah Dekan or what ever. Sorry ma ayah tak mampu lagi nak mencapai taraf pendidikan yang diingini.

Lepas habis Konvo apa lagi yang nak difikirkan selain dari sambung belajar or teruskan kerja. Ha cakap pasal sambung belajar, ma aku kalau boleh nak anak dia ni PJJ je, perasaan anak ma plak sekarang ni nak sambung study full time. Dilemma betul, tapi ada akak suggest apa salahnya try mintak penaja, so mesti ma tak berat hati nak lepaskan kalau dah tajaan.

Bercerita pasal tajaan pulak ni yang malu. Result sekangkang kucing meow meow je tapi harap lah dapat. So kepada semua yang bakal Konvo Tahniah dan tahniah diucapkan kerana anda telah melaksanakan amanah dalam menuntut ilmu dengan sempurna.

Friday 4 October 2013

Ungkit Mengungkit

[kredit]
Assalamualaikum.
Wah dah sampai hari jumaat yang osemm!!
Dah baca Kahfi? kalau belum apa lagi berlumba lah pergi baca tunggu apa lagi. 

Sebenarnya ungkit mengungkit ni kadang kadang macam dah jadi darah daging, tapi tak semua orang dan tak semua benda kita mengungkit. Paling tak boleh tahan kalau mengungkit masa tengah marah, yang terkena ni sabar jela, yela orang tengah marah mana nak pikir yang dia pikir amarah dia jelah.

Kalau masa bercinta segunung intan sanggup ku beri, tapi bila dah putus ditengah jalan kenapa nak mengungkit, nampak sangat tak ikhlas masa nak bagi dulu. Bukan apa kalau kita ikhlas kita takkan ungkit hal tu dan takkan cerita dekat sapa-sapa sebab kita ikhlas.

Jatuh tersepak batu. #eh terkena diri sendiri.

Semalam masa makan makan dengan ma and adik beradik, tetiba je terbangkit isu ni, ingat bukan mengungkit tapi terbangkit. Eh apa kena mengena. Aku cerita dalam bentuk dialoglah senang sikit nak paham kot.

Aqilah: Ma belikan kita singlet baru, tengok singlet kita semua dah tercabut benang(sambil
              gunting benang).
Aku : Eleh singlet suruh ma beli, aku singlet semua beli sendiri tak da pun ma belikan. Ma 
           amik duit aku lagi adalah. Gelak besar.
Along: Ntah.. Hehehe
Ma    : Tak baik tau mengungkit dengan mak sendiri.
Aku : Bukan mengungkitlah gurau je.
Ma : Korang baca status deli (sepupu aku) kat fb. Ada dua benda je yang boleh diungkit, iaitu          pemberian ibu kepada anaknya dan ilmu yang diberikan oleh guru. So orang lain tak 
         boleh mengungkit. 

Oke dapat ilmu free sambil sambil makan ayam.

So harap korang paham, jangan mengungkit, tapi kenkadang terungkit jugak sebab hasutan syaitonirrajim. Tengok setan jugak salah, memang salah setan, kan dari syurga lagi syaitan berjanji akan menghasut anak adam agar ingkar dengan suruhan Allah.