Wednesday 13 August 2014

August 2014



Assalamualaikum, 
Alhamdulilah genap dah usia 22 tahun 12 haribulan 8 hari tu, apa yang boleh dipanjatkan hanya kesyukuran tak terhingga sebab masih bernafas dan paling penting masih Islam. So miza apa yang ko dapat selama perjalanan hidup ko dah ke usia 22 ni, mesti banyakkan, harap ko belajar dari semua kesilapan dan kelalian ko. Please don't repeat the same mistake, you know you always read this sentence right angah,  "janganlah kamu melakukan kesalahan yang sama setiap kali, kena ia unpama jatuh didalam lubang yang sama dan tidak mengambil iktibar dari kejadian sebelumnya.

[kredit]
Hidup sebagai Islam kalau tak diuji bukan namanya Islam, semua yang berlaku ada hikmahnya cuma ko miza sebagai manusia susah nak tengok semua tu, sebab banyak lagi dosa dan kesalahan yang ko tak minta ampun dari Allah, ko nak tunggu berapa lama lagi untuk bertaubat, apa yang ko tunggu, ha! nak Allah kabulkan semua doa ko, baru ko nak bersyukur dan bertaubat, kalau semua tu tak sempat dalam hayat ko macam mana. 

"Allah often removes someone from your life for a reason. Think before you chase after them"

Please remember this when you down, please I'm begging you miza. I think this birthday present really make me down, nak cerita rasa macam memalukan diri sendiri, tapi bila biarkan boleh murung aku dibuatnya. Tapi I need to be strong sebab kalau jatuh meratap bertepuk setan nengok aku sedih tahap tak ingat diri. Ingat tak semua yang dihajatkan tercapai, cuma perlukan sedikit masa dan dorongan dari orang sekeliling.


Oke enough your sad story, nak dijadikan cerita baru,eh cerita lagi  8 haribulan 8 haritu genap 4 tahun arwah tinggalkan aku and family dia kalau ikut kalendar Islam la, oke nampak semua nak jatuh tergolek kat bulan 8, tapi tak pe bulan 8 this year special sangat and i will remember that, hehe. Terasa macam semalam baru arwah pergi, eh tapi dah berapa kali dah aku baca ayat ni dalam entry dulu pun ada rasanya ayat 'terasa macam semalam' tu kalau boleh muntah berdarah muntahnya baca ayat tu hehehe.


'How can I move on when your fingerprints are still on my heart and your voice still resonates down to my toes and your smile lives in my eyes and every time my mind wonders it goes directly to you'


Setiap apa yang berlaku bersebab dan sehebat mana perancangan kita mungkin bukan  yang terbaik untuk kita, kerana hanya Dia sahaja yang tahu apa yang diperlukan oleh setiap hambanya. Semoga apa jua ujian dan dugaan kita mampu hadapi dengan besar hati dan redha tanpa mempertikaikan mengapa ini berlaku dan mengapa itu tak berlaku.

[please]


Wednesday 6 August 2014

Pertemuan Tertangguh




Assalamulaikum.

Dah lama rasanya tak berkongsi cerita dengan anak cucu kat sini, tapi tu lah dengan takda ideanya, dengan sibuknya, dengan macam-macam lagilah alasannya. hehehe...
Okeh kali ni nak cerita dengan korang pasal punyalah lama miza rancang nak ke kota singa tu tapi ada je yang menghalang. Memula dulu nak pergi kewangan jadi penghalang, sekarang dah cukup ma sendiri pulak macam nak tak nak je bagi pergi singapore tu alasannya cukup mudah dan miza yakin semua orang tahu, yela singaporekan pakai dolar, matawang lagi tinggilah, makanan halal susah nak carikla, Tapi bila dipikirkan balik nak menjawab bonda sendiri peant ma mengandungakn aku berdua dalam perut.

[kota singa]
Tapi sebelum niat kitorang terhalang nak ke sana, balik raya dari kelantan esoknya terus ke PKNS berkobar bak hang nak g buat pasport sampai seharian kitaorang kat sana, ramai tak payah cakap macam lipas cari sampah musim panas ni. Dengan pendatang asing lagi, renew passport belum tambah tolak dengan masalah adik miza yang belum cukup umur, padahlah lahir hujung bulan, lepas tu settle bila ayah aku yang supporting tu dah la bagi green light  pergi singapore bertiga je, datang lagi imigrasin sebab adik aku yang belum cukup umur tu, memang berganda sayangnya dekat ayah. Satu masalah settle tetiba dah sampai giliran kembar boleh plak abg kaunter handsome tu cakap ic tak nampak gambar la dik, tak lepas ni nak buat passport, aih satu masalah kena pergi buat ic plak sebab nak settle hari tu jugak punya pasal ayah bawak kitorang pergi buat kat Klang.
[kredit]
Nampak sangat perjalan nak kesana tu memula dah tak cantik, ada je halangan dan masalah yang kena semua last minit. Yang lawak punya lah excited nak pergi negara seberang sampai semua benda dah beli kengkonon prepair awal, last last terbengkalai lagi trip kali ni. So sekarang tengah memerah otak nak kemana kita alang alang dah ada passport. Ha tetiba taip pasal passport teringat ma tanya kenapa tak buat passport terhad, yang ke singapore saja takda ke?. Okeh apa motif ma tanya macam tu. Deep tu deep.

Pada bundaku sabar ya anakmu sedang mengumpul wang untuk membawa kita sekeluarga berjalan, doakan moga dipermudahkan urusan simpan menyimpan ni.

Plan asal nak kesana mudah je miza nak carik abg kamarul a.k.a abg yang pernah menjadi orang tengah antara miza dengan arwah nazrin, miza cuma nakkan kepastian kalau betul dah takda tolonglah tunjukkan walapun batu nisan dia, dalam hati ni banyak kali dah nak ke Bukit Merah cari pusara arwah, tapi kena ingat bukan satu je pusara dekat situ, berlambak lambak dengan nak carik satu nama je boleh jadi bodoh alam miza, yela baca nama dekat batu nisan punya pasal, lagi satu miza nak jumpa dengan family arwah yela dulu perjumpaan tu tak menjadi saat akhir, tipu kalau miza cakap tak menyesal tak dapat jumpa parent dia, tapi miza selalu pikir, agaknya bukan sekarang masa yang sesuai untuk berjumpa, andai ada jodoh dan usia masih panjang Insha Allah, Allah temukan kita dengan cara yang lebih baik.

Miza taknak parent dia fikir hubungan yang dulu putus macam tu je bila arwah pergi, miza nak hubungan tu diteruskan, miza nak parent dia nampak usaha miza nak jejaki dorang walaupun miza sendiri tak mampu nak ke Cape Town carik dorang, maybe cukup di kranji untuk jumpa Omar. Andai satu hari nanti pertemuan yang sentiasa diharapkan menjadi, miza cuma nak mintak sekeping je gambar arwah naz untuk jadi simpanan dan tatapan miza bila miza rindu. Cukup sebab arwah pernah ada dalam hidup miza walaupun untuk beberapa bulan.