Wednesday 13 August 2014

August 2014



Assalamualaikum, 
Alhamdulilah genap dah usia 22 tahun 12 haribulan 8 hari tu, apa yang boleh dipanjatkan hanya kesyukuran tak terhingga sebab masih bernafas dan paling penting masih Islam. So miza apa yang ko dapat selama perjalanan hidup ko dah ke usia 22 ni, mesti banyakkan, harap ko belajar dari semua kesilapan dan kelalian ko. Please don't repeat the same mistake, you know you always read this sentence right angah,  "janganlah kamu melakukan kesalahan yang sama setiap kali, kena ia unpama jatuh didalam lubang yang sama dan tidak mengambil iktibar dari kejadian sebelumnya.

[kredit]
Hidup sebagai Islam kalau tak diuji bukan namanya Islam, semua yang berlaku ada hikmahnya cuma ko miza sebagai manusia susah nak tengok semua tu, sebab banyak lagi dosa dan kesalahan yang ko tak minta ampun dari Allah, ko nak tunggu berapa lama lagi untuk bertaubat, apa yang ko tunggu, ha! nak Allah kabulkan semua doa ko, baru ko nak bersyukur dan bertaubat, kalau semua tu tak sempat dalam hayat ko macam mana. 

"Allah often removes someone from your life for a reason. Think before you chase after them"

Please remember this when you down, please I'm begging you miza. I think this birthday present really make me down, nak cerita rasa macam memalukan diri sendiri, tapi bila biarkan boleh murung aku dibuatnya. Tapi I need to be strong sebab kalau jatuh meratap bertepuk setan nengok aku sedih tahap tak ingat diri. Ingat tak semua yang dihajatkan tercapai, cuma perlukan sedikit masa dan dorongan dari orang sekeliling.


Oke enough your sad story, nak dijadikan cerita baru,eh cerita lagi  8 haribulan 8 haritu genap 4 tahun arwah tinggalkan aku and family dia kalau ikut kalendar Islam la, oke nampak semua nak jatuh tergolek kat bulan 8, tapi tak pe bulan 8 this year special sangat and i will remember that, hehe. Terasa macam semalam baru arwah pergi, eh tapi dah berapa kali dah aku baca ayat ni dalam entry dulu pun ada rasanya ayat 'terasa macam semalam' tu kalau boleh muntah berdarah muntahnya baca ayat tu hehehe.


'How can I move on when your fingerprints are still on my heart and your voice still resonates down to my toes and your smile lives in my eyes and every time my mind wonders it goes directly to you'


Setiap apa yang berlaku bersebab dan sehebat mana perancangan kita mungkin bukan  yang terbaik untuk kita, kerana hanya Dia sahaja yang tahu apa yang diperlukan oleh setiap hambanya. Semoga apa jua ujian dan dugaan kita mampu hadapi dengan besar hati dan redha tanpa mempertikaikan mengapa ini berlaku dan mengapa itu tak berlaku.

[please]


Wednesday 6 August 2014

Pertemuan Tertangguh




Assalamulaikum.

Dah lama rasanya tak berkongsi cerita dengan anak cucu kat sini, tapi tu lah dengan takda ideanya, dengan sibuknya, dengan macam-macam lagilah alasannya. hehehe...
Okeh kali ni nak cerita dengan korang pasal punyalah lama miza rancang nak ke kota singa tu tapi ada je yang menghalang. Memula dulu nak pergi kewangan jadi penghalang, sekarang dah cukup ma sendiri pulak macam nak tak nak je bagi pergi singapore tu alasannya cukup mudah dan miza yakin semua orang tahu, yela singaporekan pakai dolar, matawang lagi tinggilah, makanan halal susah nak carikla, Tapi bila dipikirkan balik nak menjawab bonda sendiri peant ma mengandungakn aku berdua dalam perut.

[kota singa]
Tapi sebelum niat kitorang terhalang nak ke sana, balik raya dari kelantan esoknya terus ke PKNS berkobar bak hang nak g buat pasport sampai seharian kitaorang kat sana, ramai tak payah cakap macam lipas cari sampah musim panas ni. Dengan pendatang asing lagi, renew passport belum tambah tolak dengan masalah adik miza yang belum cukup umur, padahlah lahir hujung bulan, lepas tu settle bila ayah aku yang supporting tu dah la bagi green light  pergi singapore bertiga je, datang lagi imigrasin sebab adik aku yang belum cukup umur tu, memang berganda sayangnya dekat ayah. Satu masalah settle tetiba dah sampai giliran kembar boleh plak abg kaunter handsome tu cakap ic tak nampak gambar la dik, tak lepas ni nak buat passport, aih satu masalah kena pergi buat ic plak sebab nak settle hari tu jugak punya pasal ayah bawak kitorang pergi buat kat Klang.
[kredit]
Nampak sangat perjalan nak kesana tu memula dah tak cantik, ada je halangan dan masalah yang kena semua last minit. Yang lawak punya lah excited nak pergi negara seberang sampai semua benda dah beli kengkonon prepair awal, last last terbengkalai lagi trip kali ni. So sekarang tengah memerah otak nak kemana kita alang alang dah ada passport. Ha tetiba taip pasal passport teringat ma tanya kenapa tak buat passport terhad, yang ke singapore saja takda ke?. Okeh apa motif ma tanya macam tu. Deep tu deep.

Pada bundaku sabar ya anakmu sedang mengumpul wang untuk membawa kita sekeluarga berjalan, doakan moga dipermudahkan urusan simpan menyimpan ni.

Plan asal nak kesana mudah je miza nak carik abg kamarul a.k.a abg yang pernah menjadi orang tengah antara miza dengan arwah nazrin, miza cuma nakkan kepastian kalau betul dah takda tolonglah tunjukkan walapun batu nisan dia, dalam hati ni banyak kali dah nak ke Bukit Merah cari pusara arwah, tapi kena ingat bukan satu je pusara dekat situ, berlambak lambak dengan nak carik satu nama je boleh jadi bodoh alam miza, yela baca nama dekat batu nisan punya pasal, lagi satu miza nak jumpa dengan family arwah yela dulu perjumpaan tu tak menjadi saat akhir, tipu kalau miza cakap tak menyesal tak dapat jumpa parent dia, tapi miza selalu pikir, agaknya bukan sekarang masa yang sesuai untuk berjumpa, andai ada jodoh dan usia masih panjang Insha Allah, Allah temukan kita dengan cara yang lebih baik.

Miza taknak parent dia fikir hubungan yang dulu putus macam tu je bila arwah pergi, miza nak hubungan tu diteruskan, miza nak parent dia nampak usaha miza nak jejaki dorang walaupun miza sendiri tak mampu nak ke Cape Town carik dorang, maybe cukup di kranji untuk jumpa Omar. Andai satu hari nanti pertemuan yang sentiasa diharapkan menjadi, miza cuma nak mintak sekeping je gambar arwah naz untuk jadi simpanan dan tatapan miza bila miza rindu. Cukup sebab arwah pernah ada dalam hidup miza walaupun untuk beberapa bulan.







Monday 9 June 2014

Putus kawan kerana cinta berbaloi kah?

[kredit]
Assalamualaikum.
Hari ni miza rasa hari sedihla jugak dengan cuaca mendung makin sayu plak hati ni, yela korang pernah imagine tak yang satu hari nanti korang akan putus dengan pasangan korang dengan cara baik, and nak tamatkan hubungan ni dengan berkawan. Tetiba bekas pasangan korang dah jumpa orang lain, and pasangan sekarang dia selalu salah sangka. Yela dah putus kenapa nak contact lagi, but sorry eh aku kenal dia dulu sebelum ko, kenapa ko nak kecoh sangat ni.

oke sedih gila. *nangis

Tak semua ex datang balik untuk suatu hubungan, korang boleh paham tak perasaan tu. Memang kadang kadang miza ada contact ex miza ni tapi kat twitter je bukan lelebih, twitter orang boleh baca, bukan nak apa pun, tegur sebab dulu aku pernah kenal ko. Tapi dalam situasi ni maybe miza ni menyibuk sikit sebab selalu tengok status dia, tapi miza tak boleh elak nak tengok status dia, nak je miza jerit dengan pasangan dia sekarang, miza tak nak pun pakwe dia tu, miza bukan sedesperate tu nak balik pakwe  miza yang tu, banyak lagi lelaki.

Tak tahu hujung pangkal datang sound lepas tu boleh dia kata hubungan bodoh, hei ko dah besar asal sampai cakap macam tu, mana semua yang ko pertahankan dulu, sampai ko sanggup maki maki aku, panggil aku perempuan gatal yang sanggup jilat ludah balik, prempuan jalang, mana pergi semua yang ko pertahankan. Mana pergi harga diri ko sampai sanggup maki perempuan lain hanya sebab lelaki. So miza nak sangat tengok sampai mana hubungan dorang. Harap harap hingga ke syurga.

*nangis bawah bantal
[kredit]
Perasaan tu terbawak bawak sampai hari ni, tak matang langsung perangai unfollow miza kat twitter, tak tahu lah sapa yang unfollow, tapi mungkin tu cara yang terbaik, putuskan semua perhubungan yang ada bagi mengelakkan semua ni berlaku lagi sekali and perang tercetus untuk kali ke berapa pun tak tahu lah. Korang rasa berbaloi ke putus hubungan sebab cinta, yela cinta datang dan pergi, kawan memang datang dan pergi tapi tetap dalam ingatan sebab kita pernah berkawan. Tapi kalau ko rasa cinta ko lebih bermakna takpelah biar kawan ko undur diri biar ko bahagia kawan.

Sedih gila babi wei kawan kot, lama dah miza kenal dia, tapi takpelah dia dah buat keputusan dia, so miza just follow the flow, semoga kau bahagia kawan.


Friday 23 May 2014

Menjadi yang Ke-2




Assalamualaikum,  dulu miza pernah tengok cerita korea pasal dia bunuh diri hanya disebabkan dia jadi penulis majalah kedua dan bukan yang pertama. First reaction miza, what the heck just only you been second writer don't mean the life is end.So miza rasa typical sangat wanita dalam cerita tu, tapi we not on her shoes right, so kita tak tahu macam mana perasaan menjadi yang kedua.

[kredit]

Now miza dah bekerja, ye dulu maybe tak terasa sebab kerja toll dan jarang duduk dalam office untuk jumpa manger atau boss, seronok sebab duduk lane kutip duit dan paling tak best bila duit short and korang terpaksa hulur duit sendiri untuk cover yang tak cukup tu, peratus untuk tak suka cara bekerja orang lain pun kurang, yela korang buat kerja yang sama dengan orang lain everyday.

But now bila dah kerja dalam office, and now i know feeling be the second, first sekali korang akak rasa betul ke korang kerja sini, kenapa terasa macam buat kerja kuli je and kenapa suka sangat suruh buat kerja ko dan ko dapat nama, yang aku dapat tilte pemalas, and thank you cause make realize that.

Benda kedua bila meeting department ko tapi ko tak dipanggil, yang dipanggil yang kononya manager department lain atau lebih dikenali sebagai kaki kipas, what the hell man, ko dah ada keluarga still nak jadi kaki kipas ke, asal susah sangat ke kipas kat kaki kau tu nak mati. Oke memang hangin sebab apa function aku duduk terconggok kat sini, sekadar jurutaip pejabat sahaja kah?

Miza still manusia mulut still macam hapa, tapi my mom selalu pesan "ingat ngah boss tak panggil ko sebab ko baru lagi, tak tahu sangat hal office" and i can accept that reason. Dan bila dah selalu sangat jadi depan mata sendiri, miza amik inisiatif untuk sedapkan hati sendiri, maybe im not good enough to attend the meeting. Yeah i know im still newbie in this industry.

Ceh industry macam retis statement.

So perasaan nak berenti tu melonjak lonjak, berusaha jugak nak carik kerja lain sampai dapat, argh tolong la Ya Allah permudahkan segalanya, kadang kadang penat jugak nak jaga hati sendiri, sampai bila nak buat buta je. So ada reason jugak jadi orang kedua ni, hanya orang yang sentiasa menjadi yang kedua je tahu perasaan menjadi orang kedua. Disebabkan staff kat office ni berapa kerat je, so perasaan tu lagi senang ko dapat, sebab bilik boss belah bahu kiri, bilik meeting belah bahu kanan, staff depan mata, boss kalau boleh nak hari hari meeting dengan orang kuat dia.

[kredit]

Kepada meraka yang diluar sana tahu rasa macam mana menjadi yang kedua, semua kalian tabah. Allah takkan uji kita kalau kita tak mampu. Walaupun ayat tu dah macam common sangat tapi still boleh digunakan time terasa sangat dengan situasi macam tu.

Monday 28 April 2014

Perempuan tanpa rahim


Assalamualaikum.

Entry kali ni macam sedih sikit, yela cuba korang pergi tanya mana-mana perempuan yang ada kat dunia ni, siapa yang taknak carry baby in your tummy right. Miza rasa perasaan masa tu Ya Allah indah sangat, yela ada nyawa lain yang tumpang dalam perut kita, MasyaAllah hebatkan kuasa Dia.

Tapi jom seminit kita pikir, masa akan datang kita tak tahu apa yang jadi pada diri dan hidup kita betul tak? Cuba korang imaging tetiba Allah tarik nikmat yang satu tu, subhanaAllah beratnya ujian yang Dia berikan, hilang nikmat sebagai wanita yang Allah kurniakan but everything happen always come with a good reasons, so depend macam mana korang rasakan hikmahnya.

Female reproductive system lateral nolabel.png
[wikipedia]
1: tiub Fallopio, 2: pundi kencing, 3: tulang pubis, 4: titik g, 5: kelentit, 6: salur kencing, 7: faraj, 8: ovari, 9: kolon sigmoid, 10: rahim, 11: forniks, 12: serviks, 13: rektum, 14: dubur
LatinUterus (Bahasa Yunani: Hystera)
Ruj. Graysubject #268 1258
ArteriArteri ovariarteri rahim
VenaVena rahim
LimfaBadan dan serviks ke nodus lomfa ilium dalam, fundus ke nodus limda para-aortatambah nodus limfa inguinal supersifial
PeloporSalur Müllerian

Bukan apa miza jadi terpikir bila baca dekat fesbuk, kawan ma miza punya kawan accident and anak yang dalam kandungannya terkeluar sebab hentakkan yang kuat, anak yang terkeluar ni anak kedua bagi pasangan hebat ni, yang pertama sudah menunggu ayah dan bondanya dipintu surga kerana meninggal dalam perut masa 8 bulan. Bayangkan boleh meroyan kalau tak kuat oi, hebatkan meraka, dan perkara yang paling menyedihkan dan miza doakan agar mereka tetap kuat.

Disebabkan hentakan yang terlalu kuat tu rahim si ibu terkoyak dan terpaksa dibuang dalam keadaan si ibu masih lagi kritikal dan di ayah baru sahaja sedar dari koma. Ya Allah berat benar dugaan mereka, kalau miza dalam 'kasut' meraka apalah yang miza akan lakukan.

Apa-apa pun yang terjadi semoga mereka tabah, dan korang boleh buat sumbangan pada meraka, 

Mohd Firdaus Bin Abd Latif
Maybank :1130 1530 7780
Bank Islam : 12038025657290

Raba'atul Adawiyah Binti Ahmad@Yunus
Bnak Islam : 1307020757056

Pesan Rasulullah SAW 'sesungguhnya Allah akan menolong hambaNya selagimana hambaNya itu menolong hamba yang lain'.

Wednesday 23 April 2014

Promote Bank Rakyat Pembiayaan peribadi-i



Assalamualaikum.

Hari ni takda apa yang nak dikongsikan cuma nak tolonh kawan miza promote pinjaman bank, yelah orang kerja bank. Kawan miza dapat bahagian Marketing and uolls know how hard to make other people believe or know you if you quite and silence. Ni salah satu cara jugakla nak tolong promotekan dia.

Yela sampai bila nak tunggu customer datang bergolek, kita kena usaha sikit betul tak? So kalau korang berminat nak buat loan for buy house, land, car or for your grand wedding in your life, don't hesitate to cantact my friend akin. 

Tapi sebelum apa-apa miza cakap awal awal kawan miza ni dekat branch Banting, so mana mana yang dekat tu boleh la contact dia directly senangkan. :)




so korang apa lagi tunggu cecepat call, tapi kawan miza namanya sakinah yang jannah tu miza tak kenal, hehe.

Friday 18 April 2014

Dugaan Alam Pekerjaan

                                                       
[kredit]
                                                          Assalamualaikum,
Bercerita alam pekerjaan, kita takkan lepas dari melakukan kesalahan dalam bekerja. Andai dapat diundurkan masa miza nak stay zaman belajar, sebab zaman belajar ni memang deabakkkk seronok sebab kita selalu belajar something new.



Oke zaman berkerja yang tak bestnya satu hal, kita akan buat same routine everyday if bad maybe it will take a month or a year. Sangat sangat tak membantu. Miza tak tahu lah sebenarnya miza ni nak bekerja sebagai apa dan untuk apa, sebab buat masa ni lepas habis belajar miza dah bekerja kat dua tempat berbeza. Pengalaman memanglah kita takkan tahu kalau kita tak laluinya.

[KREDIT]

Kadang kadang miza rasa aku ni tak cukup bersyukur Allah dah bagi pekerjaan, sebab apa ce korang tengok orang lain kemain payoh nak ke dapat kerja, ko boleh nak main tukar tukar kerja. Tapi bukan apa bekerja dalam bidang commercial vehicle ni bukan senang oi bukan senang. Bercakap tentang bukan senang miza teringat ayat abg nuar yang dah lama kerja dengan orang cina ni, "bagi cina yang susah tu duit" sebab tu diorang suka buat kerja susah.

Miza kerja kat sini baru 6 bulan tapi dah macam macam kesalahan yang dah miza buat, jadi macam terpikir, "betul ke keputusan aku kerja kat sini', "betul ke rezeki aku kat sini' and kalau betul rezeki aku kat sini, semua aku tabah menghadapi hari mendatang dengan semua salah silap aku nanti.

Bekerja kat dalam bidang ni korang kena supper alert dengan supper sensitive dengan semua maklumat maklumat yela korang bekerja dengan orang bank and duit tu bukan reringgit tapi reribu sebab tu korang kena extra berhati hati. So miza dah banyak kali buat mistake and terasa macam 'wei nak berenti macam tak best je kat sini, asik buat salah je'.

Nangis bawah meja tsk tsk.

So sapa yang dah bekerja mesti paham perasaan macam ni, tu belum campur yang lambat bayar gaji tapi suruh buat kerja macam bayar banyak je, macam kawan miza berapa kali dah tukar kerja sebab lambat bayar gaji, officemate tak suka, boss buat pe'el tapi Alhamdulilah rezeki dia murah, senang je kalau dia mintak kerja, maybe sabab pengalaman bekerja dia lama dan banyak bidang dia dah kerja.

Dugaan ni takkan lari walau jauh mana pun korang lari, tapi semua tu depends macam mana korang face the problem, dan ayat ayat orang berjaya, just follow the best ways to be best, not create new ways to be the best.

[kredit]

Friday 4 April 2014

7 April Hari Memperingati MH370



Assalamualaikum.
Alhamdulilah sampai jugak kat hari Alkahfi ni, tak pernah lagi sambil menaip cerita kat belog ni sambil layan alkahfi. Rare sangat #eh. puji diri sendiri nampak. Jangan riak ngah oi, riak tu ibarat membakar pahala seperti terbakarnya daun daun, hanguss semuanya.

Tersembur.

Oke sebenarmya nak cerita pasal 7 haribulan 4 ni sebenarnya kenapa, yela tetiba sesuka hati aku je bubuh hari memperingati MH370 yang hilang tu. Bukan apa semalam sebelum tidur miza terbaca pasal 7 haribulan ni adalah hari terakhir pencarian pesawat MH370 sebab black box akan terpadam dengan sendiri pada 7 haribulan, kira macam black box boleh simpan rekod tu dalam 3 minggu tak salah. Sorry kalau fakta ni salah tapi tu yang diperkatakan.

Kepada semua ahli keluarga yang terlibat dalam kehilangan MH370, miza turut bersimpati dengan kehilangan ahli keluarga tercinta. Ya bukan mudah untuk kuat, tapi ingat kekuatan itu yang membuatkan kita ingat. Tak semua diuji dengan dugaan yang sama, banyakkan berdoa. Beruntunglah mereka yang diuji hebat oleh Allah, kerana Allah begitu rindukan rintah dan tangisan kalian.

Tadah tangan.
[kredit]
Pada miza nak memperingati kejadian MH370 ni tak salah, yang menjadikan ianya salah di sisi ISLAM bila terlalu meratapi pemergian andai benar mereka telah meninggal dunia. So buat masa ni belum ada bukti kukuh yang mengatakan kesemua krew dan penumpang betul betul meninggal jadi tak boleh nak sedekahkan Al-Fatihah atas niat untuk arwah atau kematian, mungkin Allah simpan mereka untuk beri satu lagi nikmat yang tak dijangka jangka. Ingat semua kejadian yang berlaku semua ada hikmahnya yang tersendiri, cuma bagaimana kita nak terima hikmah tu yang berbeza.

So miza decide untuk jadikan 7 April sebagai hari memperingati kejadian MH370 yang hilang seperti mana kita selalu memperingati kejadian tsunami yang melanda negara kita pada tahun 2006.

Semoga pengharapan kita kepada Allah tidak pernah surut.
Amin

[kredit]

Tuesday 25 March 2014

#PrayForMH370

[kredit]
Assalamualaikum,

Hari ni hari paling sedih bagi seluruh rakyat Malaysia, tetapi mungkin lebih pedih kepada keluarga penumpang dan crew aircraft MH370. Miza sebagai rakyat malaysia dan tidak mempunyai apa-apa pertalian dengan mangsa juga melahirkan rasa simpati.

Innalillahiwainnailaihirojiun.

If true MH370 is crash or disappear at Hindi Ocean, I hope the whole family for passenger and crew can accept this journey of life. Yeah I know how hurt to accept this answer after 17 days, but to all muslim family this we call qada' and qadar from Allah. I know how the feel when the person you really love gone (pass away) and you still not see with your eyes the corpse in your deep heart still waiting for something miracle even we know it really impossible.


Dulu bila miza tahu nazrin leave me forever, hati ni macam nak pecah rasanya. That time arwah ada dekat England for operation brain cancer, and me still at malaysia always hope he will be fine and come back to me to see her smile. But kuasa Allah mengatasi segala-galanya, arwah tinggalkan miza dan tanpa miza diberi kesempatan untuk tengok arwah buat kali terakhir and still now I still hope yang arwah still belum tinggalkan dunia ni.

Hurm.. 


Sebelum ni miza tak tahu pun apa tu MH370, yela masa kejadian miza tengah sibuk sibuk nak exam muet, lepas je habis muet baru cari, apa kebenda sebenarnya MH370. After this all I search and read, only sad thing come out. For the family please stay strong after you heard the truth.


Semua sekarang sedang bertungkus lumus untuk mencari MH370, if true terhempas dimana saki baki pesawat yang terhempas dan mana mayat yang lemas dilautan Hindi, dan jika masih selamat mana bukti yang menyatakan kapal terbang masih ada elok dan penumpang dan krew  terselamat.

[kredit]

Dan jika masih terselamat pulanglah, banyak berita tentang kalian dan begitu ramai yang mahukan bukti kejadian sebenar kejadian tersebut. Dan begitu banyak yang datang menghulurkan bantuan demi menyelamatkan kalian, dan paling penting kaum keluarga masih sentiasa berdoa untuk kalian.


All Malaysian send condolences and Al-Fatihah to Muslim Passenger.

Thursday 20 February 2014

Berkat dalam Hidup

[kredit]
                                               
Assalamualaikum..
Dah lama rasanya tak update blog ni, bukan apa takda idea nak share. So ilmu makin berkurangkah? Hehe. Bercerita pasal berkat ni bukan apa yela dalam hidup ni kalau berkat hilang susah hidup sebab dalam islam berkat tu penting.

Nak dijadikan cerita, semalam masa tengah makan kat rumah miza dengar satu ceramah tapi lebuh kepada bercerita tentang halal dan berkat halal itu sendiri. Kisahnya bermula bila ustad tu sendiri bertemu seorang tukang kebun yang hanya memperolehi pendapatan RM400 sebulan.

Cuba korang bayang, mampu ke hidup dengan jumlah pendapatan macam tu?

Tapi Alhamdulilah pak cik ni mampu sebab dia berpegang dengan 2 perkara dalam hidup dia iaitu mencari yang hala dengan bersyukur dengan yang halal. Alhamdulilah kalau kita mampu ke tak nak bersyukur dengan hanya empat ratus sebulan.

SubhanaAllah.

Oke sekarang kat opis miza berlaku konflik, bila orang dah tak nak tolong sebab kita tak bayar. So cuba uolss tolong sebenarnya membantu tanpa mengharapkan balasan tapi kalau orang dah nak bagi terima jela kan. Tpi bila tolong asik nak mintak upah apa maknanya?
Ada jugak orang macam ni.

Cuba pikir duit ni bukan isu mudah tau, bukan apa cuba korang pikir, kalau dapat duit korang nak beli yang penting kan. Like makanan so makanan tu jadi darah daging, kalau duit tu kita dapat dengan cara yang tak berkat so nanti efek pada badan kita, kat akhirat nanti nak jawap apa bila ditanya.

Ha situ kita boleh tengok, but people now a day prefer to get money not barakah. Semua orang tahu money cannot buy happiness but people give happiness to get money. So bila nak tolong buat cara nak tolong, kalau orang bayar Alhamdulilah tapi kalau tak nak bayar anggap je pertolongan tu nanti Allah yang bagi ganjaran.

So miza harap miza tak jumpa dah orang macam ni, bukan apa sedih la macam ni semua tahu halal haram, Becerita pasal islam pom pam pom pam tapi solat tak. Kalau non-muslim tengok pun korang rasa diaorang nak percaya apa yang ko cakap bila tengok cara hidup korang. Pikirlah.