Friday, 4 April 2014

7 April Hari Memperingati MH370



Assalamualaikum.
Alhamdulilah sampai jugak kat hari Alkahfi ni, tak pernah lagi sambil menaip cerita kat belog ni sambil layan alkahfi. Rare sangat #eh. puji diri sendiri nampak. Jangan riak ngah oi, riak tu ibarat membakar pahala seperti terbakarnya daun daun, hanguss semuanya.

Tersembur.

Oke sebenarmya nak cerita pasal 7 haribulan 4 ni sebenarnya kenapa, yela tetiba sesuka hati aku je bubuh hari memperingati MH370 yang hilang tu. Bukan apa semalam sebelum tidur miza terbaca pasal 7 haribulan ni adalah hari terakhir pencarian pesawat MH370 sebab black box akan terpadam dengan sendiri pada 7 haribulan, kira macam black box boleh simpan rekod tu dalam 3 minggu tak salah. Sorry kalau fakta ni salah tapi tu yang diperkatakan.

Kepada semua ahli keluarga yang terlibat dalam kehilangan MH370, miza turut bersimpati dengan kehilangan ahli keluarga tercinta. Ya bukan mudah untuk kuat, tapi ingat kekuatan itu yang membuatkan kita ingat. Tak semua diuji dengan dugaan yang sama, banyakkan berdoa. Beruntunglah mereka yang diuji hebat oleh Allah, kerana Allah begitu rindukan rintah dan tangisan kalian.

Tadah tangan.
[kredit]
Pada miza nak memperingati kejadian MH370 ni tak salah, yang menjadikan ianya salah di sisi ISLAM bila terlalu meratapi pemergian andai benar mereka telah meninggal dunia. So buat masa ni belum ada bukti kukuh yang mengatakan kesemua krew dan penumpang betul betul meninggal jadi tak boleh nak sedekahkan Al-Fatihah atas niat untuk arwah atau kematian, mungkin Allah simpan mereka untuk beri satu lagi nikmat yang tak dijangka jangka. Ingat semua kejadian yang berlaku semua ada hikmahnya yang tersendiri, cuma bagaimana kita nak terima hikmah tu yang berbeza.

So miza decide untuk jadikan 7 April sebagai hari memperingati kejadian MH370 yang hilang seperti mana kita selalu memperingati kejadian tsunami yang melanda negara kita pada tahun 2006.

Semoga pengharapan kita kepada Allah tidak pernah surut.
Amin

[kredit]

No comments:

Post a Comment