Friday 28 June 2013

Selamat datang alam pekerjaan.

[kredit]
Assalamualaikum..

Alhamdulilah amik udara segar sikit, al maklumlah baru lepas habis jerebu. harap harap takda yang sakit masa jerebu tu melanda.

sekarang miza dah melangkah ke alam kerja yang nyata. Dan suasana pekerjaan sekarang boleh la tahan. biasalah kerja biasa so suasana pun biasa jelah. cuma takdelah terperuk kat rumah duduk saja. penat tu perkara wajiblah. mana ada kerja yang tak penat. makan pun penat.

lap peluh besar lagi kalau makan pedas takda kipas #eh.

baru rasa sikit ujian mencari rezeki yang halal. tulah dah selalu sangat kerja mintak je duit, so bila dah kerja terasa susah mencari rezeki.

kerja miza, miza kena berhadapan dengan ramai orang tapi miza bukan promoter, miza hanya akauntan jalanan sahaja. so kita dapat tengok ragam dan cara orang ramai bila berdepan dengan akauntan jalanan macam miza ni.

rasanya bumi kita malaysia banyak menerapkan nilai murni, tapi aneh sungguh bila mereka bersikap kurang berhemat. ingat kami pun manusia biasa punya hati dan perasaan juga bukan robot yang memang diciptakan untuk meringankan beban.

so apalah salahnya bersopan sikit, tak kurang pun saham sopan tu. bukan kena topup balik sopan tu, cuma bila kita lebih sopan maka kita akan lebih dihormati. ha tak susahkan nak buat orang lain respect kita jugak.

[kredit]
the big thing always start from the tiny step to make sure the step complete.
ha sepiking kau.

cakap elok elok, tegur elok elok. it just small thing very small but hard to make it habits. so apa kata kita mulakan dengan diri kita dulu, so orang akan ikut tak salah kalau kita mulakan langkah yang baik.