Wednesday 27 March 2013

Penegak Agenda Yahudi



[kredit]



Assalamualaikum..
Alhamdulilah miza dah habis baca sejarah kehidupan seorang diktaktor *betul ke miza eja ni
sapa lagi kalau bukan Mustafa Kamal Artaturk.. 

Dendam dia terhadap pemerintahan khalifah uthmaniyah nauzubillah dasyat sangat, dan tak terjangkau dek fikiran yang wujud juga insan seperti ini.. Bagi kaum yahudi Kamal Artaturk mungkin dianggap hebat, namun bagi umat islam dia adalah seorang pengkhianat agama kerana sanggup menggulingkan pemerintahan khalifah uthmaniyah yang hebat pada masa dulu.

Kamal Artaturk yang diragui siapa bapa kandungnya yang sebenar hidup dengan seorang ibu yang Islam dan sentiasa mahu Kamal Artaturk menjadi seorang hafiz, namun semua itu musnah kerana beliau sendiri wujud dengan benih haram pada malam pesta kambing yang sering diadakan oleh kaum yahudi.

Mereka menggunakan nama islam hanya untuk mengaburi mata orang islam sedangkan hati mereka masih kuat mempercayai agama nenek moyang mereka iaitu yahudi. Kamal Artaturk sendiri lahir dalam kaum yahudi dunamah dan dunamah sendiri membawa maksud orang orang munafik.

Ayat yang paling miza benci nak baca bila Kamal Artaturk menjadi Presiden pertama Turki ialah 'siapa yang berani menentang aku sama seperti dia menentang kerajaan Turki ' hanya kerana bimbang berlaku rusuhan dari orang yang masih berpegang teguh kepada agama islam.

Part yang paling miza suka dalam buku ni ialah bila Sultan Muhammad Al Fateh berjaya menakluk Kota Konstantinopel. Nabi Muhammad SAW ada berkata hanya pemerintah yang adil, tentera yang adil dan rakyat yang adil saja dapat menakluk negeri ini.. Maka semua sahabat Nabi berlumba lumba untuk merealisasikan hadis nabi sehingga ada seorang sahabat Nabi,  Abu  Ayub Al-Ansari yang sudah berusia 81 tahun ketiga itu juga mahu menyertai rombongan tentera yang dipimpin oleh Muawiyah.

Selepas Sultan Muhammad Al Fateh berjaya menakluk Kota tersebut [Istanbul] Sultan mencari kubur Abu Ayub Al-Ansari yang ditanam di tepi kota tersebut namun telah dipindahkan kedalam kota selepas Maharaja menyuruh tenteranya berbuat demikian. Abila dikorek semula kubur sahabat Nabi ni, Maha Suci Allah menjaga mayat Syuhadah kerana Tidak reput walaupun telah ditanam beratus ratus tahun. tentera dan mereka yang ada berebut rebut mencium kaki sahabat Nabi, namun apabila Sultan Muhammad Al-Fateh ingin mencium kaki sahabat Nabi mengelak kerana malu dengan Sultan yang berjaya menakluk Kota Konstantinopel.

Apa yang miza boleh kata cerita tentang Mustafa Kamal Artaturk ni memberi pengetahuan yang mendalam seta menceritakan serba sedikit tentang negara Turki dan zaman Khalifah Uthmaniyah yang hebat. dan sangat rugi bagi sesiapa yang belum pernah membaca cerita tentang Penegak Agenda Yahudi ini.

Akhirnya mayat Kamal Artaturk tidak diterima tanah di Turki, dan Ulama Turki mengatakan 'bukan tanah Turki sahaja tidak menerimanya malahan seluruh tanah dibumi ini tidak mahu menerima mayat beliau'.

-miza zainal-

p/s Mustafa = Orang yang dipilih/terpilih
     Kamal = Sempurna
     Artaturk = gelaran bagi presiden diTurki

Semoga tiada lagi cerita tentang 'kebaikan' Kamal Artaturk seperti ni 

Wednesday 13 March 2013

Cinta Manusia




Assalamualaikum..

hari dengan senang hati miza nak bercerita pasal cinta.. mungkin dalam bahasa yang mudahnya  berkongsi rasa yang Tuhan bagi pinjam ni.. mesti semua pernah rasa manisnya bercinta pada permulaan episode bercinta..

bila bercerita pasal cinta  ni, takkan lari jauh walaupun seinci dengan alam perkahwinan.. miza pernah rasa sebuah kehilangan yang amat dasyat dan hampir membuatkan miza sendiri berpendirian seperti mereka yang kurang iman akibat kehilangan cinta hati kononnya..  

namun sokongan dan semangat yang tak jemu jemu ditiup oleh kengkawan membuatkan miza bangkit dari episode sedih miza.. kisah hingga terjadinya keputusan yang gila yang miza ambil sekarang ialah, pada permulaan perkenalan yang hanya untuk bersahabat tidak sangka berlanjutan kepada alam pertunangan.. 

miza terlupa yang miza hanya boleh menyerahkan bulat bulat rasa cinta ini hanya kepada Pencipta.. bila miza alpa Allah sedarkan miza dengan mengambil kembali orang yang diberi pinjam untuk miza berkongsi rasa.. sakitnya masa tu SubhanaAllah hanya Allah yang mengetahuinya.. berkecai hati  ni bila apa yang miza rancang musnah dalam sekelip mata..

masa itu baru miza sedar dan ingat yang sehebat mana atau serapi mana pun perancangan kita, hanya perancangan Dia yang terbaik dan sentiasa memberi kebahagian bukan merugikan sesiapa yang percaya setiap apa yang terjadi memiliki hikmahnya yang tersendiri walaupun mengambil masa yang lama untuk menyedarinya..

setelah hampir menjejak tahun ketiga pemergian arwah, miza memilih untuk hidup didalam kenangan yang dicipta bersama dulu.. buat masa ni, itu perkara terbaik.. namun hati mana yang tak terusik bila melihat pasangan yang mesra dan gembira disamping pilihan hati masing masing..

tipu bila miza cakap tak cemburu.. menipu sangatkan.. namun apakan daya, kebahagiaan belum menjadi milik miza sepenuhnya, bila orang yang miza suka dan mahu untuk hidup bersama.. memilih untuk memiliki orang lain.. perkara yang terbaik miza rasakan dengan mengikhlaskan kepergian dia disamping yang tersayang.. 

namun terselit rasa bersyukur kerana tidak pernah walaupun sekali miza menyatakan hasrat hati ini kepadanya.. sekurang kurangnya dia tidak rasa bersalah untuk meninggalkan miza dan memilih pasangannya..

andai pegorbanan ini yang membuatkan dia bahagia miza akur.. dan kata yang sering miza ulang dan pasakkan dihati dan fikiran miza ialah Allah takkan menguji kita diluar kemampuan kita sendiri.. so miza yakin yang miza mampu dan kerana itu jugaklah ujian ini diberikan kepada miza untuk lebih mendekatkan diri dan sentiasa mengadu kepadaNya..

setiap manusia mempunyai kisah sedih masing masing mungkin sama atau mungkin tidak, namun cara penerimaan ujian itu yang membezakan kita dengan orang lain.. 

Ya Allah, when i lose hope, 
please help me to remember that your love is greater than my sorrow,
your plans are better than my dream.