[kredit] |
Assalamualaikum..
Alhamdulilah miza dah habis baca sejarah kehidupan seorang diktaktor *betul ke miza eja ni
sapa lagi kalau bukan Mustafa Kamal Artaturk..
Dendam dia terhadap pemerintahan khalifah uthmaniyah nauzubillah dasyat sangat, dan tak terjangkau dek fikiran yang wujud juga insan seperti ini.. Bagi kaum yahudi Kamal Artaturk mungkin dianggap hebat, namun bagi umat islam dia adalah seorang pengkhianat agama kerana sanggup menggulingkan pemerintahan khalifah uthmaniyah yang hebat pada masa dulu.
Kamal Artaturk yang diragui siapa bapa kandungnya yang sebenar hidup dengan seorang ibu yang Islam dan sentiasa mahu Kamal Artaturk menjadi seorang hafiz, namun semua itu musnah kerana beliau sendiri wujud dengan benih haram pada malam pesta kambing yang sering diadakan oleh kaum yahudi.
Mereka menggunakan nama islam hanya untuk mengaburi mata orang islam sedangkan hati mereka masih kuat mempercayai agama nenek moyang mereka iaitu yahudi. Kamal Artaturk sendiri lahir dalam kaum yahudi dunamah dan dunamah sendiri membawa maksud orang orang munafik.
Ayat yang paling miza benci nak baca bila Kamal Artaturk menjadi Presiden pertama Turki ialah 'siapa yang berani menentang aku sama seperti dia menentang kerajaan Turki ' hanya kerana bimbang berlaku rusuhan dari orang yang masih berpegang teguh kepada agama islam.
Part yang paling miza suka dalam buku ni ialah bila Sultan Muhammad Al Fateh berjaya menakluk Kota Konstantinopel. Nabi Muhammad SAW ada berkata hanya pemerintah yang adil, tentera yang adil dan rakyat yang adil saja dapat menakluk negeri ini.. Maka semua sahabat Nabi berlumba lumba untuk merealisasikan hadis nabi sehingga ada seorang sahabat Nabi, Abu Ayub Al-Ansari yang sudah berusia 81 tahun ketiga itu juga mahu menyertai rombongan tentera yang dipimpin oleh Muawiyah.
Selepas Sultan Muhammad Al Fateh berjaya menakluk Kota tersebut [Istanbul] Sultan mencari kubur Abu Ayub Al-Ansari yang ditanam di tepi kota tersebut namun telah dipindahkan kedalam kota selepas Maharaja menyuruh tenteranya berbuat demikian. Abila dikorek semula kubur sahabat Nabi ni, Maha Suci Allah menjaga mayat Syuhadah kerana Tidak reput walaupun telah ditanam beratus ratus tahun. tentera dan mereka yang ada berebut rebut mencium kaki sahabat Nabi, namun apabila Sultan Muhammad Al-Fateh ingin mencium kaki sahabat Nabi mengelak kerana malu dengan Sultan yang berjaya menakluk Kota Konstantinopel.
Apa yang miza boleh kata cerita tentang Mustafa Kamal Artaturk ni memberi pengetahuan yang mendalam seta menceritakan serba sedikit tentang negara Turki dan zaman Khalifah Uthmaniyah yang hebat. dan sangat rugi bagi sesiapa yang belum pernah membaca cerita tentang Penegak Agenda Yahudi ini.
Akhirnya mayat Kamal Artaturk tidak diterima tanah di Turki, dan Ulama Turki mengatakan 'bukan tanah Turki sahaja tidak menerimanya malahan seluruh tanah dibumi ini tidak mahu menerima mayat beliau'.
-miza zainal-
p/s Mustafa = Orang yang dipilih/terpilih
Kamal = Sempurna
Artaturk = gelaran bagi presiden diTurki
Semoga tiada lagi cerita tentang 'kebaikan' Kamal Artaturk seperti ni
No comments:
Post a Comment