Thursday 29 December 2011

Semoga Kau Tabah

Pernah xkorang rasa korang akan hadapi satu hari yang terlalu berat untuk korang..em aku bukan apa aku tak tahu la kenapa hari aku hari ni terasa berat nan sedih ngat..maybe sebab aku ada sakitkan hati orang kot cuma aku je yang xterasa macam tu..


Hari ni aku lalui nan sesuatu yang berat yang pertama orang yang aku sayang sedang bahagia nan orang lain..perasaan aku ya Allah rasa cam nak pecah je..sedihnya xterkira kat sapa ak nak ngadu pon aku xtahu..Orang nampak aku chill je..sebab aku xsuka orang yang dekat aku tahu aku tengah sedih..orang kata kalau sayang orang kita kena biar dy bahagia walaupun bukan dengan kita..
Orang yang paling aku sayang Tuhan dah jemput tahun lepas..semoga Rohnya tenang disana..sedihnya sampai sekarang aku masih terasa..bila la agknya sedih ni akan hilang..yang aku selalu doa semoga aku dapat jumpa nan keluarga arwah..
Selain arwah aku da xde sapa2 da..banyak impian kami yang xtercapai..waktu aku tahu dia xde tinggalkan aku Ya Allah aku rasa cam xpercaya je..ase macam main2 je..Dan pesanan yang selalu aku dapat..jangan hidup dengan masa lalu semua tu kenangan jangan dikenangkan sangat..nanti makan diri..

Saturday 22 October 2011

Sami Masuk Islam

SEDIKIT NASIHAT DARI SAMI (BATU CAVE) YANG BARU MEMELOK ISLAM
 
Minggu lepas surau ditempat saya didatangi oleh seorang bekas sami dari Batu Cave yang telah memeluk Islam. Beliau mempunyai nama baru yang telah diberikan oleh TGNA. Saya rasa tak sesuai nak bagitahu nama dia di sini. Mungkin nampak agak perkauman thread ni tapi harap dapat baca sampai habis.

Beliau sami yang kedudukan agak tinggi di Batu Cave. Tugas utama beliau di Batu Cave adalah membakar mayat di mana beliau adalah ketua. Upacara membakar mayat beliau lakukan adalah dengan menghadap kiblat kita ummat Islam. Maknanya mayat tersebut adalah dalam keadaan berdiri. Ada beberapa perkara yang membuatkan beliau meninggalkan agama beliau tapi antara yang sebab paling utama adalah semasa di Batu Cave beliau enggan menyembah seorang melayu yang bernama Ayah Pin.

Serba sedikit beliau menerangkan tentang pengalaman beliau semasa di Batu Cave. Kuil Batu cave adalah antara kuil yang paling utama di dunia untuk penganut hindu. Beliau menerangkan Batu Cave seumpama Universiti utama mengeluarkan PhD untuk bakal-bakal sami. Bolehlah saya umpamakan seperti Al-Azhar untuk penganut Hindu. Setahu saya sendiri tempat sambutan Thaipusam terbesar di dunia adalah di Batu Cave. Beliau jugak menyatakan bahawa Tokong Hindu paling besar di dunia adalah di Batu Cave. Tempat pembakaran mayat paling besar di dunia adalah terletak di satu tempat di Selangor (saya sudah lupa nama tempat tu).

Pada bulan Ramadhan beliau akan menutup semua Tokong yang ada kerana pada bulan Tersebut penganut Hindu tidak menyembah Tokong kerana pada bulan tersebut Tokong-tokong semacam tiada kuasa. Betullah logiknya kerana pada Bulan tersebut semua setan dan iblis diikat dan dirantai. Jadi tidaklah setan dan iblis ni menghuni Tokong-tokong tadi untuk menyesatkan manusia.

Beliau juga memberikan beberapa petua. Jangan bersalam dengan penganut Hindu di waktu selepas Subuh kerana waktu itu mereka baru bersembahyang dan mencalit sedikit abu mayat ke muka mereka dan mereka tidak membasuh tangan mereka. Juga jangan makan di rumah penganut Hindu ini kerana beliau mengatakan dalam setiap rumah penganut Hindu ada Tokong dan masakan mereka akan dirasai dahulu oleh setan dan iblis ni. Itu sajala yang sempat diperkatakan.

Sekarang beliau menetap di Kelantan dan sedang bekerja dan mendalami Islam di sana . Beliau sudah 3 tahun memeluk Islam. Atas nasihat Mufti Perak, harta yang dikumpulkan semasa menjadi sami pembakar mayat tersebut telah ditinggalkan. Semoga ALLAH memelihara imannya.

kredit: Husin, Muhammad Haris: Mr,


Tuesday 11 October 2011



♥ kenape ALLAH temukan kita dengan org y salah ♥

Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja... tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.


1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.


2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.


3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.


4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.


5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...


6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.


7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.


8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.


9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.


Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.


Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..


PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..

Saturday 8 October 2011

Bapa Bernafsu Binatang


gambar hiasan

KUALA LUMPUR, 8 Okt — Berang isteri dalam pantang enggan melayan kehendak seksualnya, seorang lelaki berusia 28 tahun bagaikan dirasuk syaitan apabila sanggup meliwat bayi lelakinya berusia 23 hari di dalam bilik di rumah mereka di Taman Sunway, Batu Caves di sini kelmarin.
Laporan media menyebut lebih kejam apabila tangisan bayi malang yang menahan kesakitan itu langsung tidak diendahkan si bapa durjana, sebaliknya dia menjadi lebih rakus dengan bertindak menutup mulut anaknya itu menggunakan tangan dengan kuat, sekali gus menambah derita si kecil.
Bapa yang kejam itu berbuat demikian untuk mengelakkan tangisan bayi malang itu didengari isterinya yang ketika kejadian dilaporkan sedang berehat di ruang tamu rumah.
Dipetik Harian Metro hari ini, sumber polis berkata, tindakan keji dan kejam itu hanya disedari ibu mangsa berusia 39 tahun kira-kira pukul 4 petang apabila melihat mangsa tidak bermaya ketika mahu memandikannya.
“Si ibu terkejut apabila melihat bahagian mulut mangsa lebam. Pemeriksaan wanita itu kemudian mendapati bahagian dubur mangsa turut cedera.
“Dia mula curiga suaminya melakukan sesuatu yang buruk terhadap bayinya kerana sedar sebelum itu lelaki berkenaan bermain bersama anaknya itu di dalam bilik,” katanya.
Sumber berkata, tanpa pengetahuan suaminya wanita terbabit bergegas membawa mangsa ke sebuah klinik sebelum doktor mengarahkannya melakukan pemeriksaan semila di Hospital Selayang.
“Pemeriksaan doktor yang mengesahkan mangsa diliwat. Berang dengan perbuatan terkutuk suaminya itu, wanita itu membuat laporan di Balai Polis Selayang,” katanya lagi.
Sumber itu berkata, sebelum kejadian suspek mengajak ibu mangsa melakukan hubungan seks, namun wanita itu enggan kerana dia masih pantang kerana baru 23 hari melahirkan anak.
Lelaki itu ditahan malam kelmarin dan sedang direman selama empat hari.
Sumber juga berkata bayi itu berada dalam keadaan kritikal.
Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah mengesahkan penahanan lelaki berkenaan untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 377 Kanun Keseksaan.

Wednesday 28 September 2011

SaBaR

bercerita tentang sabar ni..bukan lah mudah yang disangka..cuba korang fikir bila korang hadapi masalah yang amat dasyat..HAHA..ayt xley bla..mesti sedih yang amat sangat dan rasa cam putus asa je..tapi saya sekarang nak bercerita tentang SOMALIA yang mengalami kemarau yang amat dasyat..


lecturer saya cakap mereka terpaksa berjalan sejauh 3 batu hanya untuk mendapatkan makanan..cuba la korang banyangkan..kalau korang ditempat mereka..mampu xkorang hadapi..kalau saya xsanggup..ALHAMDULILAH saya dilahirkan ditempat yang penuh nikmat dan rahmat..


xdapat saya bayangkan anak-anak kecil yang xtahu apa-apa menagis meminta susu atau makanan bagi mengalas perut..sedangkan si ibu juga tidak menjamah sebarang makanan..sehingga baru dikhabarkan di sana akan hujan..mereka telah menanam benih-benih pokok agar apabila hujan benih tersebut akan tumbuh dan dapat mengisi perut mereka..



bayangkan mereka terpaksa berkerja dalam keadaan yang amat lapar untuk menutup mulaut anak-anak yang tidak tahu keadaan sebenar..sedih bila saya lihat di televisyen tentang kebuluran di somalia..betapa tabahnya rakyat somalia yang menghadapi ujian dari Nya..sayabaru di uji sedikit hampir putus asa..Tuhan sentiasa memberi peringatan kepada umatnya agar tidak leka dan alpa..


dan perkara yang selalu ingat yang ma saya pesan..jangan ingat kita yang susah..ramai lagi yang susah tapi xpernah merunggut malah melayari ujian itu dengan sabar dan mengharap bantuan hanya dari ALLAH..

Friday 9 September 2011

tEguRan BeRhikMah

ada 1 hari ni bila sy jalan-jalan sy nampak seorang ibu ni tegur kesalahan anak dy..sy jd tertarik sebab teguran tu lembut je..sy terfikir kalau la sy ada anak..agak-agak dapat xsy tegur anak sy sama macam ibu tu buat..lepas tu sy teringat yang Rasullulah sendiri mengajar kita menegur secara berhikmah..

xdela sy cakap sy ni baik..xkisah la kita nak tegur orang tu tua ke muda ke dari kita..hormat la dy..nak tegur guna cara paling berhikmah maksud sy kan sini..bukan dengan cara tegur depan orang ramai atau gunakan nada yang kuat untuk menegur..pada sy cukup teguran tu dapat didengar dan difahami oleh orang yang hendak ditegur tu..


dan 1 perkara yang sy cukup xminat bila orang nak tegur tu dia pun buat kesalahan yang sama..maksudnya macam berbangga diri la..sebab dunia sekarang Allah bayar cash..macam contoh hari ni kita menegur atau mengutuk si polan..nanti titiba kita plak yang buat perkara tu..kan jadi xsenang macam tu..macam sy ada terbaca nasihat atau kata-kata yang tidak diamalkan umpama dusta..nauzubillah..



so kalau ada niat nak menegur teruskan lah jangan dihalang cuma gunakan cara yang berhikmah agar mudah diterima dan jangan pula menyimpan atau mengatakan kepada orang lain..bimbang akan membuka aib seseorang pula sama seperti hadis diatas..

sy harap berguna lah apa yang sy kongsikan ni..kerana yang sedikit bila dikongsi lebih berkat dan nikmat untuk kita..

Monday 5 September 2011

pernah tak korang rasa kehilangan yang amat sangat..kalau ada mesti peritkan..tapi bukan tu yang sy nk kongsikan..
em bila tengok orang OKU mesti terfikir..kesian dia tuhan uji macam tu..tabahnya dia hadapi semua tu..agak-agak sy setabah dia x?..setiap manusia sy tahu dia akn diuji ngan ujian..cuma cara ujian tu yang berbeza..
macam kawan ma sy ALLAH uji nan dapat anak sindrom down..tapi dia sabar je..biasala kerenahnya pun lain sikit ngan yg sihat ni..
macam sy bila TUHAN uji nan tarik nikmat kemudahan mengunakan tangan baru tahu sy tahu sakitnya orang yang kudung..seksanya..tapi ma sy selalu cakap TUHAN uji sikit je..xberat pun nk dibandingkan dengan orang lain..


so bila orang jengok sy ckp sakit xngah..sy ckp biasa je..TUHAN nk bg peringatan sikit je ni..bak kata ma sy..sakit ni kan menghapus dosa-dosa kecil ni..lagipun TUHAN xmo sy lalai..tangan bengkak bb ada la tu yg angah wt TUHAN xsuka..so lepas ni angah ingat sebab pe yang berlaku mesti ada sebab dan hikmahnya..terpulang pada kita macam mana nak mentafsir setiap kejadian tu..

Thursday 25 August 2011

sedekah

Rasulullah s.a.w. Bersabda yang bermaksud: “Tidak akan dikurangi harta dengan sebab bersedekah, Allah tidak menambah keampunan seseorang hamba melainkan seseorang itu ditambahkan dengan kemuliaan. Tidaklah seseorang itu merendah diri kerana mengharapkan keredhaan Allah melainkan akan diangkatkan darjatnya.” H.R. Muslim
sedekah ni bukan semua orang mampu buat..kalau korang xpercaya cuba tengok kat tepi2 jln..dekat area2 bank..berapa ramai yang nak keluarkan wang walaupun seposen untuk disedekah kan..semua takut wang mereka akan berkurang..sy masih ingat lagi pesan ma kat sy..'angah kalau nak sedekah kena ikhlas..'sy pon tanya ma..'kalau ikhlas seringgit..seringgit la kita sedekah'..ma mampu tersenyum dan mengangguk..dan ma pesan lagi..jangan takut bersedekah sebab bukan semua duit yang kita dapat tu duit kita..jangan risau kalau kita bersedekah tuhan xpernah kurangkan rezeki kita..malah tuhan tambah kan lagi sebab kita bersyukur dengan nikmat kesenangan yang tuhan bagi..
cara bersedekah pun ada banyak cara..
Sabda Rasulullah s.a.w. yang maksudnya: “Hendaklah setiap orang Islam itu bersedekah , jika ia tidak dapat berbuat demikian , maka hendaklah ia berusaha sendiri yang dapat memberi faedah kepada dirinya sendiri dan dengan yang demikian ia dapat bersedekah, jika ia tidak sanggup, maka hendaklah ia menolong orang yang susah yang memerlukan bantuan, jika sekiranya ia dapat berbuat demikian, maka hendakah ia menyuruh orang lain mengerjakan kebaikan, jika ia tidak dapat berbuat demikian juga, maka hendaklah menahan dirinya daripada melakukan kejahatan, kerana yang demikian itu adalah dianggap sedekah.” H.R. Ahmad
oleh itu jangan la takut bersedekah..kerana itulah nikmat bagi mereka yang kurang berkemampuaan..ditambah pula hari raya yang bakal menjelang hiburkanlah hati mereka..agar kita sama2 dapat menikmati hari raya ini dengan penuh keberkatan..