Thursday 28 February 2013

Kepergian Nenda Tercinta



Assalamualaikum..
sekarang miza ada dekat kelantan..semalam kami keluarga kalsom terkejut dengan berita pemergian beliau selepas batuk berdarah..dan ini jugaklah kali pertama miza nampak ma menangis sampai tersedu sedu sebab macam tak percaya..

siapa tak sedih bila nenek yang paling dikagumi meninggalkan kami semua pergi tanpa memberi sedikit pun petanda yang beliau akan pergi..tapi ayah cakap mok som untuk sebab dia meninggal senyum dan hampir kesemua anak dan cucu pulang untuk memberi penghormatan terakhir kepada beliau..

apa yang menyedihkan miza ialah dalam banyak cucu dia..kami bertiga yang paling banyak berlawan mulut dengan arwah..dan masa sesi mencium ammar sepupu miza lah paling sedih sebab banyak sangat dosa yang kami bersama lakukan kepada arwah..

apa yang terbaiknya tentang arwah dia seorang ibu yang baik serta nenek yang paling rajin walaupun kadang kala cara pemikirannya sedikit mundur, tapi sesuai dengan usianya..setiap cucu cucunya memiliki kenangan yang tersendiri bersama arwah..macam miza dulu masa kecik arwah buatkan bantal busuk untuk miza dan sanggup belikan apa saja yang miza dan kembar nak..baikkan

macam amalin sepupu yang boleh dikatakan membesar bersama arwah dan selalu tidur sekatil bersama arwah mungkin akan merasa kehilangan pada waktu malam kerana sudah tiada yang menemaninya belajar diwaktu malam..

adilah sepupu miza yang sekarang di jordan pula, masih teringatkan kata kata arwah doakan untuk mok dan menghadiahkan sebentuk cincin..dan wajah arwah sentiasa tergambar disetiap doa nya..

apa apa pun miza setiasa mendoakan yang terbaik untuk arwah dan semuga rohnya ditempatkan bersama sama dengan mereka yang beriman..amiin ya Rabbal Alamin..dan satu penghargaan buat miza kerana pernah mengurut arwah walaupun tidak mengurangkan sedikit pun sakit arwah.

mok kami semua selalu menyayangi dan akan sentiasa mendoakan kesejahteraan mok disana..

Friday 15 February 2013


Assalamualaikum..
ha lama rasanya dah tak meniap kat belog ni..terasa rindu pun ada..
semalam cukup sebulan miza praktikal kat sini.
bila praktikal adatlah ada kerja tak de kerja tu semua normal tapi apa yang mengganggu miza dekat sini ialah cukup ke apa yang miza belajar kat sini dengan apa yang kolej nak?

tadi puan aznira datang just ask what i do under puan rosni..
miza jadi terdiam but still jawab pertanyaan puan aznira. 'saya buat masa ni keep in data je, lepas ni maybe adalah kerjanya' dan jawapan dari puan aznira buat miza jadi terpikir.
oh rugilah amik business buat tu je, sepatutnya duduk under puan aznira baru kena dengan kos yang awak amik.

after that i like whatttt, miza pujuk diri sendiri 'its okeh mesti ada sebab kenapa aku kena letak under puan rosni, mesti ada hikmah kenapa benda macam tu berlaku'.
tapi sayang mulut, pikiran tak selari dengan hati, hati ini tetap rasa aish kenapa macam tu.dengan hasutan alip 'puan rosni kedekut markah nanti kena repeat praktikal'

alip ni memang macam nak down kan miza, tapi miza cakap tak baik buruk sangka mesti ada sebab kenapa dia bagi markah sikit.mungkin pada perkiraan puan rosni apa yang seseorang tu buat layak dengan markah yang diberi.mungkin ada hikamh kenapa dan mengapa ianya terjadi.

dan tetiba miza teringat kata-kata boss kak wani, 'kalau saya bagi awak lulus dengan cemerlang masa praktikal tapi input yang awak dapat kat sini sikit pun tak guna jugak,bukan setakat rugi masa tapi rugi tenaga lagi.

so sepanjang hari ni miza asik terfikir kenapa ALLAH tebtukan semua ni terjadi mesti ada sebabkan.takda satu pun perancanganNya tu sia-sia mesti ada yang Dia nak kita belajar dengan apa yang dah terjadi.

sehebat hebat perancangan kita hebat lagi perancanganNya, so sebagai manusia biasa miza rasa tak layak nak mempertikaikan kenapa semua ni berlaku pada miza, miza akan anggap semua ni ujian bagi miza.haaaaaa, nak menagis pun ada jugak, tapi masih kena positifkan segala-galanya.

doakan miza boleh menghabiskan praktikal dengan baik dan cemerlang tanpa menyusahkan dan membebankan sesiapa kat sini..amiiinnnn.