Assalamualaikum..
sekarang miza ada dekat kelantan..semalam kami keluarga kalsom terkejut dengan berita pemergian beliau selepas batuk berdarah..dan ini jugaklah kali pertama miza nampak ma menangis sampai tersedu sedu sebab macam tak percaya..
siapa tak sedih bila nenek yang paling dikagumi meninggalkan kami semua pergi tanpa memberi sedikit pun petanda yang beliau akan pergi..tapi ayah cakap mok som untuk sebab dia meninggal senyum dan hampir kesemua anak dan cucu pulang untuk memberi penghormatan terakhir kepada beliau..
apa yang menyedihkan miza ialah dalam banyak cucu dia..kami bertiga yang paling banyak berlawan mulut dengan arwah..dan masa sesi mencium ammar sepupu miza lah paling sedih sebab banyak sangat dosa yang kami bersama lakukan kepada arwah..
apa yang terbaiknya tentang arwah dia seorang ibu yang baik serta nenek yang paling rajin walaupun kadang kala cara pemikirannya sedikit mundur, tapi sesuai dengan usianya..setiap cucu cucunya memiliki kenangan yang tersendiri bersama arwah..macam miza dulu masa kecik arwah buatkan bantal busuk untuk miza dan sanggup belikan apa saja yang miza dan kembar nak..baikkan
macam amalin sepupu yang boleh dikatakan membesar bersama arwah dan selalu tidur sekatil bersama arwah mungkin akan merasa kehilangan pada waktu malam kerana sudah tiada yang menemaninya belajar diwaktu malam..
adilah sepupu miza yang sekarang di jordan pula, masih teringatkan kata kata arwah doakan untuk mok dan menghadiahkan sebentuk cincin..dan wajah arwah sentiasa tergambar disetiap doa nya..
apa apa pun miza setiasa mendoakan yang terbaik untuk arwah dan semuga rohnya ditempatkan bersama sama dengan mereka yang beriman..amiin ya Rabbal Alamin..dan satu penghargaan buat miza kerana pernah mengurut arwah walaupun tidak mengurangkan sedikit pun sakit arwah.
mok kami semua selalu menyayangi dan akan sentiasa mendoakan kesejahteraan mok disana..
No comments:
Post a Comment