Tuesday 28 August 2012

Kenangan Pulang ke Kampung

Assalamualaikum wah lama sangat dah ni tak update cerita kat belog 
biasalah cuti raya so belog pon cuti raya jugak la hehe..

miza rasa raya tahun ni paling banyak balik ke kampung..
yela mula2 raya kat kampung adik beradik miza klang *rumah sekarang konon2 kampung
lepas solat sunat raya pergi beraya kat rumah bekas tok penghulu yang malunya 
dah besar pon dapat duit raya *alhamdulilah rezeki hehehe

lepas beraya kat klang pakat2 gerak balik ke negeri sembilan pulak kampung ayah
yang seronoknya beraya kat negeri sembilan ni menjadi adat dan kalau tak buat rasa
macam tak raya je*yeye je

first mesti ada rendang hitam tak kisah la ayam ke daging asal rendang hitam dan yang special ada sambal bilis dan makanan macam ni wan angah je rajin nak buat sebab tu suka singgah rumah wan angah, dan yang paling penting duit raya mesti dapat hehehe

dan penat meronda negeri sembilan kami sekeluarga tak stay rumah nenek tapi meneruskan perjalanan pulang ke kampung ma pulak kat negeri cik siti wan kembang *kelantan la apa lagi

so miza pun stay tak tidur teman ayah drive sebab kesian ayah penat drive sensorang
miza perasan semua tidur bila ayah cakap nan ma lepas tu tak da respon miza pandang belakang semua tidur
kesian ayah tapi miza kadang2 tersenguk jugak hehe

cara miza nak hilangkan mengantuk ayah ialah jeng jeng jeng
gempak tak hehe..miza menyanyi lagu raya dengan ayah, berborak komen pasal orang kampung
cerita pasal nama2 jalan dan ayah sendiri cakap 'ayah orang negeri sembilan pun tak pernah sampai sini sebab jauh dengan rumah nenek' eleh padahal ayah tu membesar kat PJ..

tapi sebelum sampai ke kelantan kami singgah dulu kat terengganu rumah mak cik miza, sebab mok*panggilan untuk nenek bagi orang klate
ada kat sana so stay sana la dulu sebelum gerak balik KB, memang sempoi la raya tahun ni..
hehehe..teringat masa nak balik kami adaik beradik suka sangat amik gambar dalam kereta sampai orang dalam kereta sebelah gelakkan kami amik gambar dalam kereta *tula jakun lagi

dan moment paling best bila dapat lambai2 tangan dekat abam2 polis abam jpj abam trafik ayah kat depan geleng2 je mesti ayah ingat miza mengedik hehehe..dan bila sampai je dekat tol miza mesti cakap 'selamat hari raya' sampai tekejut jurutol tu miza buat, maaf buat muka comel *:P comel ke perasan tahap dewa ni
ma sampai gelakkan miza *segan saya

apa2 pun selamat hari raya pembaca setia belog miza ni *ada orang baca ke kuikui

Sunday 12 August 2012

Selamat Hari Lahir Diri Sendiri

Assalamualaikum semua
Alhamdulilah bersua lagi 12/08 kali ni..masuk yang ni dah cukup dah 20 tahun bagi peluang bernafas dibumi Nya, dngan rahmat yang tak pernah putus buat ku dan cik kembarku along chantik.

oke tahun ni pon rasanya tak dapat hadiah macam tahun2 sebelumnya jugak*sedihnya
tapi tak pela dah besar bukan hadiah yang diharapkan tapi doa dari sahabat, keluarga, kawan2 dan juga mereka yang dikenali *hehe
itu yang lebih penting betul tak hehe..semoga makin dah besar semakin bijak la ey*nampak ngat sebelum ni tak berapa bijak hehehe

masuk tahun rasanya dah 2 kali dah hari lahir jatuh pada bulan puasa..sekurang2nya ada rahmat yela bulan-bulan puasa ni..insyaAllah..tetiba cik kembar tanya 'angah tak dapat call free ke?' aku yang noob pon terfikir aah la tak dapat pon mesej hari jadi tu hehe*dah pakai bb celcom tak bagi dah hadiah tu

ha tetiba teringat adik2 ku kat rumah tu..call cik kembar tanya kitaorang suka apa..so miza curios sangat nak tahu apa la yang diaorang nak bagi hehe,,*tunggu angah balik ey

kepada yang wish bufday miza dan cik kembar..thanks sesangat doakan kami itu hadiah yang paling bermakna buat kami..kawan miza cakap hadiah ditelan zaman doa yang berkekalan
thanks semua dan yang paling penting thanks ma ayah sebab sudi jaga angah nan along sampai sekarang.

Sunday 5 August 2012

2 Hari 2 Malam di Kuala Terengganu


Assalamualaikum semua..
bersua kembali kita *ayat BM la kunun


trip kali ni miza pergi dengan kawan baik a.k.a kakak miza..miza dah anggap dia macam akak miza sebab dia lagi tua dari miza, selalu ada masa miza memerlukan dia dan tu je kot..hehehe..*perasan orang tanya la tu

plan asalnya nak melawat mak kawan akak ni..yela orang sakit kita ziarah islam sendiri mengalakkan kita menjenguk orang sakit sebab buatkan kita ni mengingati mati*ada gaya ustazah tak
teruk jugak la sakit mak kawan akak ni..tapi nak stay kat rumah je tak mau menyusahkan anak2 dan suami tercinta mungkin.

dan nak dijadikan cerita miza walaupun kampung belah ma 
dekat terenggau jarang naik sampai ke kuala terengganu tu sendiri *sedih kan
so mula la terserlah kebatakkannya..heheh..dan dengan jasa baik tuan driver dia dah bawak kami ronda2 kuala terengganu sempat la pandang sekolah masa miza darjah 6..hehe..rindu nak jadi bebudak balik..

dan lepas je daerah besut kitaorang naik kat daerah setiu kebetulan jugak akak miza ni dulu pernah membesar kat sini untuk beberapa tahun..dan macam2 nama tempat miza nampak dari sungai tong, kampung tepuh, langkap, dan paling best nama tempat tu kampung telaga batin*koramg rasa kenapa kampung tu nama macam tu ey 

kenangan paling manis kami hari tu berjalan kat pasar payang yang dah nak tutup hehe..carik dataran syahbandar yang kebetulan Astro NJOI buat promotion nampak la khairul AF nan Mawi..beli makanan dan paling tak boleh lupa kitaorang berbuka dekat bazaar warisan ramai jugak la yang berbuka kat sana..

esoknya bergerak nak balik, dalam nak balik menyempat lagi menjejakkan kaki kat masjid kristal akak la nak sangat pergi so tuan driver bawak jela..hehehe..dan hari tu jugak kita orang berbuka kat perhentian bas kecil dekat area felcra baru dekat jugak la dengan felda bentara*tak salah la

masa nak balik tu banyak yang kitaorang borakkan yela nak teman tuan driver yang penat drive nak tidur tak sampai hati so berborak la dari satu topik ke topik yang lain*eleh macamla orang nak tahu 
dan akhirnya kami sampai ke kota bharu dalam area kol 10 malam lepas hantar akak dan miza tuan driver menghantar dirinya sendiri pulang hehehe*nak berjalan lagi nak ajak tuan driver lagi la

dan kenangan tu biar la kami simpan dan menjadi sejarah terbaik dalam hidup kami dalam menyusur hidup bersahabat..kerana dalam ramai sahabat mungkin hanya seorang yang menganggap kita seperti adik beradiknya sendiri walaupun berlainan ibu bapa dan keturunan..

kak i love u because u always besides me when me.. *belagak nak cakap BI
kepada tuan driver nanti kalau kitaorang nak berjalan kitaorang akan panggil tuan