Thursday 18 April 2013

Selamat Ulangtahun Sayang Sayangku


Assalamualaikum.
semalam 17 haribulan hari lahir ayah dan 15 haribulan hari lahir munisa nawrah, adik miza yang bongsu.
tapi tak sambut mana sebab ayah kerja masa hari lahir dia, and masa hari lahir munisa plak hadiahnya dari tnb iaitu takda letrik, memang panaih baq hang.

So kitorang bakar lilin and suruh si munisa ni tiup, 
so dengan bangganya dia tiup penuh kesungguhan and last semua kepanasan.. haha..
adik yang bajet comel

semuga jadi anak dan adik yang baik

munisa yang berlipsetik

sekali sekala sorry sebab jadi mangsa

ucapan untuk munisa dari angah walaupun adik tak reti baca lagi,
  • semuga jadi anak yang baik walaupun ko nakal
  • semuga menjadi kebahagian buat keluarga
  • semuga rambut semakin wangi
  • semuga makin kurus dan kurangkan minum susu banyakkan makan nasi
  • dan sila jangan besar sebab nanti ko dah tak comel

time kecik kecik

ada satu je gambar ayah sorry kabur

bajet cun je

ucapan untuk ayah juga walaupun ayah tak baca sebab sibuk
  • semuga panjang umur dan hidup lebih diberkati
  • semuga bertambah sayang kat ma
  • semuga ayah ada untuk jadi wali angah *gatal sangat
  • terima kasih sebab jadi ayah yang terbaik buat kami walaupun kadang kadang ayah garang
 
             selamat hari lahir ayah and munisa

Thursday 11 April 2013

#Perasaan

[kredit]

Assalamualaikum..
Hari ni miza sedih sikit, ntahla mungkin kerana terlalu berharap dan terlalu bergantung kepada manusia 
dan bukannya Allah. Maaf aku Ya Allah kerana melupakanMu.

Semua orang ada harapan dan keinginan dan ada kalanya bila Allah menguji apa yang diingini dan dihajati tidak menjadi. Pedih perasaan seperti itu hanya kerana Allah mahu hambanya merintih.
Kadangkala air mata pengubat hati dan sentiasa bersangka baik walaupun payah.

Kerana bersangka baik itu sesuatu perkara yang sangat baik.
Kadang kadang jemu hati ni untuk bersangka baik, tapi pesan ma tidak rugi kalau kita bersangka baik.

Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya, mungkin miza dah terlalu lama bergumbira hingga terlupa bagaimana rasanya kesedihan orang lain.

Dan masa masa macam ni la shaiton suka untuk mengajak miza teringat tentang arwah dan menangis, so bila hati yang rapuh ni bersedih semakin senang kerja shaiton ni, Ya Allah lemahnya aku.  

semuga kita sentiasa mengislahkan diri kita.

Kehilangan mengajar miza erti redha dan ketabahan, dan semuga dengan kehilangan ni tidak menjadikan miza seorang hamba yang leka dengan kesedihan yang sedikit dan mulai hanyut dalam air mata kesedihan sendiri.

Andai kehilangan ini sebagai nikmat/ujian, semuga aku tidak hanyut.
Tuntun langkahku agar tidak terjatuh dan terduduk tanpa cahayaMu Ya Allah.

Tuesday 9 April 2013

Friends Li




Assalamualaikum..
wah lama benau tak hapdet belog ni biasalah kering idea, kerja banyak sangat kat sini..
cewah cakap macam ada je yang baca dan komen *so sad

hari ni miza dengan senang jiwa nak bercerita pasal gang masa miza praktikal dekat SSM ni..
miza mengalami dua kali pertukaran tempat kerja dan kawan kawan kat bilik praktikal ni..
miza dapat kawan praktikal dua laki laki dua perempuan *ha purba sangat bahasa

masa miza start pindah tingkat 26 miza kawan dengan dua laki laki ni, harap maaf ey kedua duanya sudah ditempah korang gigit jari jelah, haha. Yang rendang ni nama dia aliff atau nama glamour piyan *oke boleh muntah sekarang.
 Yang sorang yang ala ala akim AF ni nama zul pun ada nama glamour uolss nak tahu nama glamournya, tersangat la glam iaitu zack.

Akin, Aliff, Min dan Zul

miza sempatla berkawan denga dorang ni adalah sebulan sebelum dorang berdua ni abis praktikal. 
Cuma masa last day dorang miza takda sebab kehilangan nenda tercinta sebelah ma. dan macam macam versi dorang amik gambar biasalah orang cantik + handsome.

sekarang miza menetap dengan kawan praktikal perempuan pulak kat bilik praktikal SSM ni.
 Dah macam macam kitorang buat kat sini, tengok running man, makanan bersepah dalam loker
 dah macam pekerja tetap dah. Banyak jugakla kenangan miza kat sini sampai tak tahu nak cerita yang mana satu. *yela sangatkan

dalam lift pun jadi uolss

tapi pape pun berkawan dengan dorang memey terbaik wohhh
hahaha sebab kebetulan semuanya sekepala senang nak dibawak bergurau walaupun kitorang semua hanya berkenalan kat SSM, dan alhamdulilah still contact walaupun tak selalu.


tula padah dia bila berkawan dengan kawan yang suka bergambar ni. memang macam macam ragam baq hang, belum zul sorang miza syak memory phone dia penuh dengan gambar dia saja, ey dah macam adik adik aku tengok kawan aku ni.

          
satu lagi yang sama pasal dorang berempat ni, suka nau mengenakan miza, masa denga aliff ngan zul lagi lah tak payah cakap sampai tak boleh caya dah apa yang dorang cakap bimbang ditipu, haha
pastu selalu kena tinggal kalau nak makan tahu tahu dah kat lobi, ceh sikit pun tak tunggu, datang min ngan akin siap tunggu baq hang setap mak! haha

tapi miza tak amik hati pun sebab miza tahu dorang sajalah tu nak mengenakan, anyway thanks for the memory, miza takkan lupalah korang la kawan praktikal terbaik buat masa ni, yela mana tahu nanti sambung belajar jumpa kawan prakrikal lain haha.