Thursday, 11 April 2013

#Perasaan

[kredit]

Assalamualaikum..
Hari ni miza sedih sikit, ntahla mungkin kerana terlalu berharap dan terlalu bergantung kepada manusia 
dan bukannya Allah. Maaf aku Ya Allah kerana melupakanMu.

Semua orang ada harapan dan keinginan dan ada kalanya bila Allah menguji apa yang diingini dan dihajati tidak menjadi. Pedih perasaan seperti itu hanya kerana Allah mahu hambanya merintih.
Kadangkala air mata pengubat hati dan sentiasa bersangka baik walaupun payah.

Kerana bersangka baik itu sesuatu perkara yang sangat baik.
Kadang kadang jemu hati ni untuk bersangka baik, tapi pesan ma tidak rugi kalau kita bersangka baik.

Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya, mungkin miza dah terlalu lama bergumbira hingga terlupa bagaimana rasanya kesedihan orang lain.

Dan masa masa macam ni la shaiton suka untuk mengajak miza teringat tentang arwah dan menangis, so bila hati yang rapuh ni bersedih semakin senang kerja shaiton ni, Ya Allah lemahnya aku.  

semuga kita sentiasa mengislahkan diri kita.

Kehilangan mengajar miza erti redha dan ketabahan, dan semuga dengan kehilangan ni tidak menjadikan miza seorang hamba yang leka dengan kesedihan yang sedikit dan mulai hanyut dalam air mata kesedihan sendiri.

Andai kehilangan ini sebagai nikmat/ujian, semuga aku tidak hanyut.
Tuntun langkahku agar tidak terjatuh dan terduduk tanpa cahayaMu Ya Allah.

No comments:

Post a Comment