Monday 20 May 2013

#RINDU

[kredit]

Assalamualaikum..
Aeygo kali kedua tulis benda yang sama apa kena blogger ni, kena jangkitan chicken pox kat AirAsia ke #eh
haha.. apa kena mengena daa.

wah lama rasanya tak hapdate belog ni.. mau bersawang kalau boleh nampak hehe.. busy kataNyah tak sempat nak bukak dan idea tak datang mencurah curah nak kongsi apa dengan anak cucu kat sini.. keh keh bajet cecucu baca je.

em malam ni tetiba rindu arwah nazrin plak.. walaupun sebenarnya hari hari rindu, cuma malam ni tertopup plak rindunya keh keh ayat tak tahan.. sejak menyeludupkan diri ke rumah sewa along kat kelantan ni, miza rasa apa azab dan nikmatnya tak dapat tidur malam.

mesti korang nak tahu kenapa sampai menyeludupkan diri, biasalah lepas habis praktikal berapa banyak benda nak kena settle dengan pihak kolej yang bermacam macam ragam tu.. pening sesaat.. orang lain manfaatkan tak dapat tidur malam dengan buat report dan sebagainya, miza plak manfaatkan dengan tengok cerita korea.. manfaat sangatlah kan..haha

tapi cerita ni berat dengan pengajaran tau best sangat plus sweet sweet gitu lagi leleh je nak layan. cerita a gentlemen dignity sorrylah lambat sikit baru dapat tengok cerita ni.. dengan azam yang sia sia miza habiskan cerita ni seharian. haha rugi rugi..

bila dan seharian tak tidur mulalah kepala ni naik gila.. dan tetiba teringat arwah naz, dulu masa arwah masih ada dia selalu tak dapat tidur sebab sakit kepala yang hamat dasat. dan dengan rela hati dia men volunteer kan dirinya untuk on call di hospital..miza dapat teman arwah sampai pukul 3 pagi je dulu. pastu arwah berkeras suruh tidur sebab esok ada kelas.
[kredit]

so bila miza tak dapat tidur dan sakit kepala ala ala berdenyut manja miza dapat rasa perasaan arwah dulu bila tak dapat tidur dan ditambah dengan sakit kepala mengila dia dulu. so semakinlah merindu..tapi ingat sakit kepala miza tak sama dengan sakit kepala yang arwah alami.. arwah kuat sangat time tu sebab tak pernah bukak mulut bercerita sakit yang dialami sampailah hari dia operate baru cousin dia bagitahu.

miza rasa bertuah sangat dapat kenal dengan arwah walaupun dalam masa tak sampai 4 bulan.. terima kasih Ya Allah atas nikmat tersebut.

sapu muka.

dalam usia nak menginjak ke 21 ni miza jadi terlalu rindu tak kira masa dan berharap dan sentiasa berdoa yang keluarga arwah akan carik miza macam dulu. mesti korang nak tahu kenapakan.. sebab parents arwah sekarang bukan di malaysia selepas kehilangan satu satunya anak mereka.

dalam usia 21 ni jugaklah arwah pernah berjanji untuk mengikat tali ukhuwah dengan cara berkahwin, but Allah know better, so miza akan simpan kenangan terindah bak kata kumpulan samsons dalam lipatan kenangan terbaik buat miza.

Thursday 2 May 2013

Habis Li

[kredit]

Hari ni 2 haribulan so esok adalah hari terakhir praktikal dekat SSM ni, majlis perpisahan dah diawal sebab takut hari last miza nanti semua dah get ready untuk balik sebab nak mengundilah katakan. So inikalilah #eh.. 

perasaan nak habis ni bercampur baur, yela best ada sebab dah tak payah berkejar nak naik ktm, tak payah jalan kaki jejauh nak g opis, tapi biasalah ada sedihnya jugak walaupun sedikit, dah menjadi satu kewajipan setiap kali terjadi pertemuan pasti ada perpisahan.. sob sob nangis lap hingus.

berkecamuk.

sekarang tengah menghabiskan segala kerja yang mampu untuk dibuat sementara tunggu nak habis ni kan. Alhamdulilah sangat sebab dapat belajar macam mana nak create database menggunakan access.

Terima kasih Puan Rosni.

pengalaman kat sini maybe takkan pernah rasa kat mana mana, dengan kawan kawan Li seronok suka duka dengan macam macam perasaan lagi lah kan.

[kredit]
Terima kasih sekali lagi dekat semua staff yang buat majlis dan bagi hadiah kat miza, puan rosni belaja KFC,cik ezreen belanja rasamas, terima kasih la bebanyak. tunjuk ajar kalian amat saya hargai. ayat surat kau! hehe.

Lepas ni mesti rindu aktiviti masa praktikal.