Assalamualaikum..
hari dengan senang hati miza nak bercerita pasal cinta.. mungkin dalam bahasa yang mudahnya berkongsi rasa yang Tuhan bagi pinjam ni.. mesti semua pernah rasa manisnya bercinta pada permulaan episode bercinta..
bila bercerita pasal cinta ni, takkan lari jauh walaupun seinci dengan alam perkahwinan.. miza pernah rasa sebuah kehilangan yang amat dasyat dan hampir membuatkan miza sendiri berpendirian seperti mereka yang kurang iman akibat kehilangan cinta hati kononnya..
namun sokongan dan semangat yang tak jemu jemu ditiup oleh kengkawan membuatkan miza bangkit dari episode sedih miza.. kisah hingga terjadinya keputusan yang gila yang miza ambil sekarang ialah, pada permulaan perkenalan yang hanya untuk bersahabat tidak sangka berlanjutan kepada alam pertunangan..
miza terlupa yang miza hanya boleh menyerahkan bulat bulat rasa cinta ini hanya kepada Pencipta.. bila miza alpa Allah sedarkan miza dengan mengambil kembali orang yang diberi pinjam untuk miza berkongsi rasa.. sakitnya masa tu SubhanaAllah hanya Allah yang mengetahuinya.. berkecai hati ni bila apa yang miza rancang musnah dalam sekelip mata..
masa itu baru miza sedar dan ingat yang sehebat mana atau serapi mana pun perancangan kita, hanya perancangan Dia yang terbaik dan sentiasa memberi kebahagian bukan merugikan sesiapa yang percaya setiap apa yang terjadi memiliki hikmahnya yang tersendiri walaupun mengambil masa yang lama untuk menyedarinya..
setelah hampir menjejak tahun ketiga pemergian arwah, miza memilih untuk hidup didalam kenangan yang dicipta bersama dulu.. buat masa ni, itu perkara terbaik.. namun hati mana yang tak terusik bila melihat pasangan yang mesra dan gembira disamping pilihan hati masing masing..
tipu bila miza cakap tak cemburu.. menipu sangatkan.. namun apakan daya, kebahagiaan belum menjadi milik miza sepenuhnya, bila orang yang miza suka dan mahu untuk hidup bersama.. memilih untuk memiliki orang lain.. perkara yang terbaik miza rasakan dengan mengikhlaskan kepergian dia disamping yang tersayang..
namun terselit rasa bersyukur kerana tidak pernah walaupun sekali miza menyatakan hasrat hati ini kepadanya.. sekurang kurangnya dia tidak rasa bersalah untuk meninggalkan miza dan memilih pasangannya..
andai pegorbanan ini yang membuatkan dia bahagia miza akur.. dan kata yang sering miza ulang dan pasakkan dihati dan fikiran miza ialah Allah takkan menguji kita diluar kemampuan kita sendiri.. so miza yakin yang miza mampu dan kerana itu jugaklah ujian ini diberikan kepada miza untuk lebih mendekatkan diri dan sentiasa mengadu kepadaNya..
setiap manusia mempunyai kisah sedih masing masing mungkin sama atau mungkin tidak, namun cara penerimaan ujian itu yang membezakan kita dengan orang lain..
Ya Allah, when i lose hope,
please help me to remember that your love is greater than my sorrow,
your plans are better than my dream.
No comments:
Post a Comment