Friday 9 September 2011

tEguRan BeRhikMah

ada 1 hari ni bila sy jalan-jalan sy nampak seorang ibu ni tegur kesalahan anak dy..sy jd tertarik sebab teguran tu lembut je..sy terfikir kalau la sy ada anak..agak-agak dapat xsy tegur anak sy sama macam ibu tu buat..lepas tu sy teringat yang Rasullulah sendiri mengajar kita menegur secara berhikmah..

xdela sy cakap sy ni baik..xkisah la kita nak tegur orang tu tua ke muda ke dari kita..hormat la dy..nak tegur guna cara paling berhikmah maksud sy kan sini..bukan dengan cara tegur depan orang ramai atau gunakan nada yang kuat untuk menegur..pada sy cukup teguran tu dapat didengar dan difahami oleh orang yang hendak ditegur tu..


dan 1 perkara yang sy cukup xminat bila orang nak tegur tu dia pun buat kesalahan yang sama..maksudnya macam berbangga diri la..sebab dunia sekarang Allah bayar cash..macam contoh hari ni kita menegur atau mengutuk si polan..nanti titiba kita plak yang buat perkara tu..kan jadi xsenang macam tu..macam sy ada terbaca nasihat atau kata-kata yang tidak diamalkan umpama dusta..nauzubillah..



so kalau ada niat nak menegur teruskan lah jangan dihalang cuma gunakan cara yang berhikmah agar mudah diterima dan jangan pula menyimpan atau mengatakan kepada orang lain..bimbang akan membuka aib seseorang pula sama seperti hadis diatas..

sy harap berguna lah apa yang sy kongsikan ni..kerana yang sedikit bila dikongsi lebih berkat dan nikmat untuk kita..

No comments:

Post a Comment