Apabila dalam kehidupan anda tidak ada satu masalah pun muncul, maka ketika itu sebenarnya ada garis pemisah antara anda dengan Yang Maha Pencipta.
Hendaklah berasa bimbang apabila menyedari perjalanan hidup anda tiada langsung dugaan. Hanya gelak ketawa dan senang hati. Hanya senyuman dan tiada tangisan. Lengkap segala-segalanya dan tiada yang kurang. Maka, itu tanda Allah telah membiarkan anda. Juga mungkin tanda Allah tidak redha kepada anda.
Cukuplah jika ada ketikanya kaki anda terhantuk bucu pintu atau tangan anda terluka terkena tajamnya pisau, lalu anda berasa sakit. Sebutlah segera Astaghfirullah dan kemudian Alhamdulilah. Senyumlah dalam kesakitan itu keran Allah memberi pahala di atas setiap kesakitan anda dan Allah cuci dosa anda. Bersyukurlah kerana itu tanda Allah sayangkan anda sedang menaikan martabat anda di sisi-Nya.
Hati orang mukmin sentiasa lembut. Hatinya diasak dengan cinta dan khauf (takut) pada Allah hingga hampir setiap hari akan menangis di atas sejadah memikirkan dosa-dosa. Dia juga memikirkan bagaimana nasibnya kelak dihadapan Allah. TAnda satu orang mukmin yang benar-benar diterima keimanannya jika dia tidak diuji.
Makin tinggi keimanannya, semakin besar ujian Allah akan berikan kepadanya. Namun, dengan ujian Allah bertambah pula takwa dan taatnya kepada Allah. Semakin bertambah cinta dan keyakinannya terhadap Allah.
Siapa pun diri anda; imam besar atau sekadar kerani biasa, orang kampung atau orang bandar, tetap tidak akan sunyi daripada dilanda ujian. Keinginan-keinginan terhadap sesuatu yang haram akan menghambat anda. Anda mungkin menjadi lemah jika tidak memiliki benteng iman yang kuat.
Jika sedikit pun hati anda tiada keinginan-keinginan terhadap sesuatu yang haram, mak itu bermakna anda bukanlah hamba-Nya yang hebat mengawal nafsu. Tetapi Allah jualah yang memberi anda kekuatan tersebut. Bersyukurlah.
salam perkenalan dari http://www.kasihsalina.com/
ReplyDeleteakak dh follow ekkk & tq sudi baca blog akak..
salam perkenalan jugak kak
ReplyDeletethanks kak :)