Aurat wanita itu seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan.Maka jagalah aurat itu sebaik-baiknya.Pakaian tidak boleh menampakkan susuk tubuh dan tudung yang dipakai hendaklah menutupi paras dada dan tidak jarang.
Jika wanita merasakan rambut yang diwarnakan itu cantik, hendaklah mengambil berat tentang status halal bahan yang digunakan bagi warnakan rambut itu.Jika ada membeli pewarna rambut di pasaran yang bertulis HALAL, ketahuilah JAKIM tidak pernah mengeluarkan tanda halal untuk mana-mana pewarna rambut di Malaysia.
Walaupon bahan yang digunakan halal, anda tidaktahu halal itu dari segi yang menyeluruh atau sebaliknya.Jika sekadar halal pada bahan-bahan yang digunakan, kemungkinan pula bahan itu kalis air apabila diletakkan pada rambut. Apabila anda mandi hadas, air tidak sampai ke rambut dan mandi hadas itu tidak sah. Maka selama-lamanya anda berada dalam keadaan tidak suci.
Diceritakan oleh Ibnu Abbas bahawa Nabi SAW ada menyebutkan tentang salah satu seksa kubur adalah di sebabkan kencing. Hadis riwayat Bukhari ini dikiaskan kepada orang yang diseksa itu kerana tidak suci daripada hadasnya. Itu baru kencing yang tidak lawas dan tidak betul-betul bersih dibasuh. Inikan pula hadas besar yang tidak disucikan sepenuhnya akibat rambut kalis air atau rambut terhalang daripada terkena air oleh pewarna rambut yang kita gunakan.
Bayangkan segala amal ibadah kita seperti solat ditolak Allah. Astaghfirullah. Sebaiknya pilihlah pewarna rambut semula jadi seperti inai untuk mewarnakan rambut anda.
Tetapi persoalan seterusnya, apakah tujuan mewarnakan rambut? Adakah supaya diri kelihatan cantik dan dapat menarik perhatian orang lain? Bagi wanita, rambut adalah aurat. Haram mendedahkannya kepada lelaki bukan mahram apatah lagi mengharapkan orang sekeliling memuji. Allah melaknat wanita-wanita yang membuka auratnya kepada yang tidak berhad melihatnya.
No comments:
Post a Comment