[kredit] |
Assalamualaikum..
tetiba macam sayu je bagi salam, ntah perasaan je lebih ni biasalah dengan cuaca sejuk dalam opis ni. Kemain sejuk, ha miza dah tukar kerja. Dah tak kerja kat tol dah sekarang kerja kerani cabuk je. Perasaan dia bila tukar kerja sayu je.
#eh lari tajuk ni.
Hari ni dah lebih 3 tahun arwah naz tinggalkan miza, ayat sekimatik sangat. Sedih dia tak payah cakap sampai sekarang miza masih tak percaya betul ke dia dah takda? Betul ke dia dah lama tinggalkan miza? Mesti korang ingat miza tak nak move on kan. Orang kata bila kita lalui baru kita sedar yang apa nak buat kebih susah dari berkata kata.
T.T
So apa yang orang selalu kata tu betul, dulu masa jenab cari miza sebab pakwe dia excident, aku sedap gigi je cakap, ala nab benda dah nak jadi redhalah, banyakkan sedekahkan al-fatihah dekat arwah, now look at me, aku dah macam orang lost. Alhamdulilah now jenab dah bahagia disamping suami dan 2 anak dia, tahniah nab. Miza tahu walaupun jenab dah kawen dan bahagia, kadang kadang teringat tu mesti ada walaupun sekejap.
Walaupun orang kata 4 bulan tu sekejap, tapi kenangan yang miza dapat masa arwah masih ada macam dah 4 tahun kenal. Semuanya masih segar dalam ingatan ni, kadang kadang jeles tengok orang lain bahagia, tapi tak pelah belum rezeki miza nak bahagia macam orang lain, maybe tugas sekarang bahagiakan ma ngan ayah je.
Dalam buku sebelum aku bernikah tu banyak mengajar miza, so aku suggest korang beli jugak terbaiklah, dia tak menghalang cinta tapi memberikan kita satu cara menyalurkan cinta tu dengan betul dan tidak keterlaluan. Ayat yang masih miza pegang sampai sekarang "kalau benar cinta ia membawa kesyurga, apa yang membawa ke neraka bukan cinta namanya".
macam tu lah sikit ayat dia :D. So sampai sekarang miza pegang.
Teringat ayat mas kawan miza bagi dekat group whatapps, suka sangat kalau dapat kongsi.
[kredit] |
Rezeki ada dimana-mana.
jika tiada rezeki anak,
mungkin diberikan rezeki mertua yang baik.
maka kita lebih bahagia dari mendapat anak yang liar.
jika tiada rezeki wang ringgit,
mungkin diberikan rezeki kesihatan.
maka kita lebih bahagia dari kerisauan menjaga harta dunia.
jika tiada rezeki kereta mewah,
mungkin diberikan kenderaan yang jarang menimbulkan masalah .
maka kita lebih bahagia dari membayar kerosakkan yang mahal.
jika tiada rezeki rumah yang besar.
mungkin diberikan rezeki makanan yang tidak pernah putus.
maka kita lebih bahagia dari si gelandangan.
jika tiada rezeki pasangan yang cantik,
mungkin diberikan rezeki pasangan yang baik dan pandai menguruskkan rumahtangga.
maka kita lebih bahagia kerana hidup berteman dan terjaga semuanya.
jika tiada rezeki jodoh,
mungkin diberikan rezeki umur ibubapa yang panjang.
maka kita lebih bahagia dapat berbakti sepenuhnya kepada orang tua.
jika tiada rezeki hari ini,
mungkin ada rezeki esok yang lebih baik esok hari.
maka kita lebih bahagia kerana rezeki yang tidak dijangka.
bersabar, bersyukur, berusaha, berdoa, bertawakal.
Hanya Dia Allah Yang Maha Adil.
No comments:
Post a Comment