Wednesday, 13 June 2012

Jodoh Ditangan Tuhan

Assalamualaikum semua.
                       semua orang membina impian untuk hidup bersama selama-lamanya bersama-sama dengan 
orang yang mereka cintai begitu juga dengan miza.
sekuat mana cinta kita kepada manusia jangan kita lupa tanpa restu Allah 
kita pasti tidak akan bersama walaupon seketika.


siapa yang nak bercinta dan terkandas dipertengahan jalan semua orang takot untuk 
membayangkan tapi tu lah realiti yang harus kita telan selagi bernama manusia dan kita akan selalu diuji.
buat jodohku,terima kasih kerana menerima kekurangan diri ni menjadi kekuatanmu.sudah tertulis kamu adalah jodohku semoga hanya kematian yang memisahkan kita InsyaAllah.

tak siapa mengharapkan dirinya berjodoh dengan suami orang tapi siapa kita untuk menidakkan semua itu.
seperti yang selalu yang kita dengar jodoh ajal maut semua ditangan TUHAN.

selagi kita mampu berdoa dan berserah semoga siapa yang kita inginkan akan berjodoh dengan kita.

jika benar kita mencintainya kerana ALLAH maka tidak ada istilah berat untuk melepaskan 
walaupun hati ni pedih untuk melakukannya.
ingatlah janji ALLAH setiap manusia yang dihidupkan didunia telah ditetapkan jodohnya
cepat atau lambat terpulang kepada kita untuk menerimanya.



bercinta belom tentu berjodoh tapi bila berjodoh sudah pasti bercinta.
jangan digadaikan cinta hanya kerana orang yang kita sayang.
kerana belum tentu orang yang kita sayang akan mencintai diri kita sebagaimana
kita mencintai dirinya.

No comments:

Post a Comment