Friday, 24 February 2012

Salam Maulidur Rasul

Selamat pagi semua..hari ni miza nak cerita pasal sambutan maulidur Rasul kat kolej miza baru je lepas semalam..hehe..

Disebabkan KPTM ni banyak ngat kampus kat kelantan so sambutan tu di buat dekat KPTM Lembah Sireh a.k.a Kptm Nursing..em nak dijadikan cerita pagi lagi dah start berarak..tapi miza pagi lagi dah bergambar dengan lecturer yang sama color baju nan miza..

with Cik Wan and My Twin
macam biasa ceramah la apa lagi tapi time ceramah jugak la duk menyibuk amik gambar..memang tak reti hormat majlis..hehe..makan la borak sampai habis cerita nak diborakkan..
my sister at KPTM

my another sister too

boring semua tak mau layan


Tapi part yang paling best selain makan ialah selawat la apa lagi..time ni semua kalau boleh nak sumbangkan suara yang tak seberapa tu..bukan apa nak tunggu lain masa belum tentu so time2 macam ni la amik kesempatan nak selawat keatas kekasih ALLAh ni..

Rindu kat Rasulullah..semoga kita mendapat syafaat nabi di akhirat nanti InsyaAllah..



Allahumma solli 'ala saiyyidina Muhammad
Salam Maulidur Rasul Kawan-kawan

Monday, 20 February 2012

Kenangan Kampung Kalai

Bila samapi je kat kanpung kalai jeli tu benda first yang miza pikirkan ialah macam mana toilet dy bukan apa miza takot tak selesa je..hehe


tapi bila miza dah sampai kat rumah tu tengok condition rumah nasib baik okey2 je..yela kan rumah kampung mesti korang boleh bayang..Bila bahagi2 anak angkat rupanya rumah mek (panggil mak) yang miza dapat ni dapat dua anak angkat sorang lelaki dan seorang perempuan..miza la tu yang perempuan..hehe
ni la mek yang jaga saya masa kat kg kalai tu
                                                             
yang lelaki ni nama dy nafazli okey orang nya tak berapa banyak cakap macam miza ni yang semua benda nak tw..hehe


hari first lepas solat jumaat kiteorang g gunung reng gambarnya ada kat cerita bakti siswa..hehe..balik makan mee celup free memang sedap habis lepas makan solat dan mandi time dekat sungai perlin..yang bestnya sungai yang kiteorang pergi mandi tu ada emas..cuma kalau nak pergi la mendulang sendiri..hehe..


ni geng2 yang join mandi



dan bila masa nak balik macam biasa sedihnya bukan apa takot tak dapat jumpa lagi penduduk kampung kalai yang sepoting abis tu..

semoga kita berjumpa lagi kg kalai..



Sunday, 19 February 2012

Bakti Siswa Di Kampung Kalai Jeli

17 hari bulan hari tu miza pergi join program kolej..program bakti siswa a.k.a program anak angkat la yang orang familiar tahu..seronok sangat pergi sana rasa macam tak mau balik je..


masa mula2 datang rasa macam cuak je yela takot dapat family angkat yang tak sporting sampai rasa nak terkencing pon ada jugak..tapi bila dah dapat subhanaAllah semuanya sporting2 tak kira tua ke muda dan hilang la rasa nak terkucil2 tu digantikan dengan tak sabar nak berjalan kat kg kalai jeli tu..


kat sini ada sikit gambar masa miza kat sana..



















 ha ni la gambar2 nya..dari hari pertama miza ke gunung reng sampai la malamnya ada dikir barat dan gambar kenangan ramai2 sebelum meninggalkan kg kalai jeli..











Sunday, 5 February 2012

Tingkap punya habuk

Cerita ni maybe orang pernah dengar tapi biru baru je dengar masa ada kem hari tu..so biru seronok sangat nak share ilmu tu kat korang..


Ceritanya ada dua orang warga emas ni tinggal di kawasan kejiranan elit. Satu hari ada pasangan muda baru dapat baby berpindah kat kawasan tempat warga emas ni tinggal..
Nak dijadikan cerita bila si isteri ni ternampak kain lampin yang pasangan muda ni basuh tak bersih.. Bak kata orang orang perempuan ni suke busybody..
So Disebabkan bzbody la si isteri ni cakap kat si suami..


Si isteri :abg tengok tu diaorang basuh kain lampin tu tak bersih..tengok tu ada kotor lagi
Si suami :biar lah..



Keesokan harinya si isteri tetap melihat keadaan kain lampin tu..dan masih tak berpuas hati kerana kotorannya masih lagi sama..
Setelah beberapa hari akhirnya si isteri ni bertekad nak tegur and ajar pasangan baru dapat baby macam mana nak basuh kain lampin bagi bersih..namun sempat dihalang oleh si suami ni..



Namun keesokan harinya kain lampin tu nampak bersih dah takde kotor2 lagi terkejut si isteri dan macam tak percaya pon ada lah kot..


Sebenarnya kotor yang si isteri ni nampak bukan kat kain lampin tapi tingkap rumah diaorang yang berabuk..tapi disebabkan si suami ni tahu yang tingkap rumah diaorang berabuk tu yang tak bagi isteri dia pergi tegur dan suruh bersabar biar bila ada masa nanti dia lap lah..hehe


kesimpulan cerita ni simple je..
senang nak tengok silap orang tapi bila silap kita susah sangat nak mengaku..


so apa pulak pandangan korang pasal cerita ni..:)

Saturday, 4 February 2012

Yang ni pulak lepas dah selesai kursus kpo nama full tak ingat..hehe..
em ada la sedikit tapi maybe orang yang sama je 
paling tidak okey la dapat ilmu yang sedikit..











time ni sume dah naik penat dan biru duk naik gila asyik la amik gambar melompat..

Pantai Cahaya Bulan

hari  ini penat betul dah la biru susah nak tidur sakit tekak plak dugaan betul la kali ni..tapi yang best bila pagi tadi dapat la berposing kat tepi pantai nan along dan wahida..seronok punya pasal biru sampai dua kali terjatuh sebab pasir tu takde batu nasib baik tak tergolek je kalau tergolek tak tau la nak letak mana muka biru ni..huhu


Ni gambar2 yang sempat dirakam pagi tu..
















ni je yang mampu kiteorang amik..hehe

Tuesday, 31 January 2012

Hargai Darah Setitis


Hai semua hari ni biru nak cerita pasal derma darah..Sebenarnya biru sendiri baru dua kali derma darah seronok sangat sampai setiap kali nampak poster macam ni mesti nak derma darah tu..kat poster tulis sejuta rasa..


Orang tanya "tak sakit ke" jawapan biru senang je "cara ni yang dapat biru sedekah nak harapkan duit bukan selalu biru ni berduit..hehe..lagi pon selagi orang tu sihat guna darah kita bukan ke kita ni dapat pahala free ke..pada biru la pada korang biru tak tw la..


Tapi yang pasti bila derma darah ni kita akan dapat darah yang fresh ganti darah yang dah kita derma tadi..so far biru baru dua kali kembar biru baru sekali dan kiteorang jeles sangat bila orang tu dah banyak kali dapat derma darah..


So apa kata lepas ni korang try la derma darah best sangat!!