Monday, 14 May 2012

cuti-cuti malaysia




assalamualaikum semua

semalam miza pergi berjalan yela tahun ni kan tahun melawat kelantan..tapi jap2 rasanya tahun lepas tahun melawat kelantan..
hahah ley jadi tiap2 tahun..tahun melawat kelantan ni..

miza pergi mandi air terjun dekat jeram linang kat pasir putih bukan main jauh lagi dari kb ni..
naik sakit yela asik duk atas sit motor je..paham2 jela..hahaha

sebelum nak sampai tu bukan main banyak halangan dengan driver nya tak ingat jalan..salah masuk lorong and finally amik keputusan tanya je orang kampung kat mana jeram linang t

dan akhirnya sampai jugak dan kitaorang kat jeram dan kita orang naik kat tempat paling tinggi baru best air terjun dia..hahaha..seronok sangat

dan miza nak sarankan kalau korang datang kelantan ni apa salahnya datang kat sana memang best giler..ada lagi satu jeram nama jeram pasu ada jugak jeramnya tapi miza sendiri belum pernah pergi lagi..inshaAllah akan ada masanya..


cuma tak sempat nak bergambar je.. 

Sunday, 6 May 2012

bukan dipinta




                                assalamualaikum semua..
dah lama rasanya miza dah tak keluarkan entry kat blog ni..

sekarang miza kat rumah family kat klang rindu rasanya kat family kat sini..pastu mula la rasa bila la nak abis belajar kat kelantan tu..hehehe

tapi tu bukan la apa yang miza nak ceritakan sebenarnya..miza dah lama perhatikan satu family ni..dia ada sorang anak luar kawalan ni..nak cakap anak luar nikah macam tak best je..hehe


satu yang miza selut nan family ni..diaorang tak buang anak tu tapi siap jaga dengan penuh kasih sayang walaupon orang sekeliling tahu yang adik tu anak luar kawalan..sekarang tak salah miza budak tu dah darjah satu..

cuma bila tengok birth certificate dia yela status perkahwinan parent diragui..kat ruang nama bapa takda..buleh miza bayangkan bila dia besar nanti..mesti akan ada orang yang tak senang akan pertikai kan adik ni..tapi miza harap adik ni kuat hadapi ujian tu..
biasalah manusia parent buat salah sampai anak yang tak berdosa dapat effect dia..tapi pada remaja sekarang kalau dah tak tahan sangat cuba amik masa pikir effect masa hadapan..for family yang still jaga anak2 luar kawalan miza ucapankan semoga tabah dan tahniah kerana tidak membuang anak tu..

apa yang anda katakan hari ni 
mungkin akan terjadi kepada anda kemudian
semoga kita dijauhkan dan sentiasa dalam rahmatNya



Friday, 20 April 2012

Adat Berkawan

                                                      
                                                                              
                                                                            
               
Assalamualaikum..

Minggu ni miza banyak sangat tengok gelagat orang berkawan..bukan la nak cakap miza ni baik dalam berkawan ni..miza pon ada kekurangannya jugak..


cuba korang bayangkan dalam berkawan tapi sibuk nak menjatuhkan masing2 kalau macam tu baik tak payah berkawan..pening betul bila dapat ragam  yang macam ni..


bila pikirkan balik kalau la sibuk nak jadi yang terbaik jangan la sibuk nak menjatuhkan orang lain..better kalau korang rasa nak jadi yang terbaik..cuba buat baik dulu Insha ALLAH hasilnya jugak nanti baik percaya lah..

berkawan pada miza dah macam adik beradik..time ni aku tolong ko..dengan harapan bila kita susah dia dapat tolong walaupon dengan mendengar..betul tak..dalam berkawan ni kena ikhlas baru la seronok nak berkawan sampai bila2..



Bila kita rasa kita terhebat 
Jangan hairan bila orang lain sibuk menjatuhkan kita
Kerana sahabat yang baik 
Adalah musuh kita sendiri
Kerana musuh lebih jujur daripada kawan..


Saturday, 14 April 2012

Peringatan Buat kita

Assalamualaikum semua..


Bukan selamanya kita Diatas,
Kadang kala bila kita selesa dibawah,
Kita diuji olehNya untuk berada diatas..



Hari ni miza dapat 1motivasi dari pakcik miza..motivasi yang mudah dan cukup simple..


"Haiwan ditanya harga untuk berapa kilo,sayuran juga begitu tapi tidak manusia..manusia ditanya berapa baik imannya,berapa baik akhlaknya..betulkan"



Miza terdiam bila fikirkan balik..memang benar apa yang pakcik miza cakap..tapi ironinya tak semudah yang dilihat oleh mata sendiri..

                                                                                                 
Manusia tidak suka hipokrit..tapi sebenarnya itu yang berlaku..pesanan pakcik miza yang paling miza suka ialah.."nak jadi baik tak susah..ianya kena bermula sekarang"..Itu miza setuju memang tak susuah nak jadi baik..tapi yang penting kena kuat sebab senario masyarakat kini lebih cenderung melihat kejahatan daripada kebaikan..

Contoh yang mudah bila seorang perompak ingin insaf dan melakukan kebaikan..ayat yang selalu kita dengar"eleh belagak baik plak..kalau dah dasar perompak sampai bila2 perompak jugak"..kita bukan memberi semangat malah menjatuhkan pulak motivasi diri yang nak berubah tu..




Orang baik akan selalu dipandang baik walaupon melakukan kejahatan,
Tetapi orang jahat selamanya dipandang jahat walaupon melakukan kebaikan..

  

Sunday, 8 April 2012

Penang Time

Assalamualaikum semua..

Hari ini dah balik dari penang pon..seronok sangat sampai naik biru bontot miza yela asik la duduk je..hehe


macam tu la perasaan miza hehe..bercampur baur..bila sampai sana yang menariknya naik ferry yela dah lama tak naik..pastu yang paling miza paling suka..nama-nama jalan yang ada..bukan takat bukit bendera miza g batu ferringi pastu mana2 ntah miza pon tak tw..

yang miza ingat jalan york..miami beach,jalan sanggora banyak lagi la..miza pon terpikir mesti masa francis tak tw la macam mana eja nama dia..mesti dia rindu negara dia tuyang letak nama jalan kat pulau tu nama-nama kat negara dia..so rasa macam kat negara sendiri..hehehe
gambar kali ada kat fb inchik chiet..malas rasanya miza nak masuk kan..hehe.. kat sini gambarnya..kalau pelik2 mukanya jangan tanya kenapa la..sebab dah macam trade mark dah muka macam tu..hahaha

tu jela kot yang miza nak cerita kali ni..bai2

Tuesday, 3 April 2012

Bowling Je

Assalamualaikum semua..

Sebenarnya miza mana suka sangat nak main bowling ni..miza start main pon sebab kat kelantan ni tak de aktiviti lain dah selain bowling..huahua..Satu je lemah nan kelantan ni bila la nak    macam ni baru best..


naik rentung kaki miza hari2 duk berjemur..

Kembali kepada cerita asal.. 
hari ni buat kali pertama miza kalah kepada Inchik chiet..haha..sebab tak da mood..lagipon selama ni miza yang ajak dia main..ni tak dia yang ajak..hehe tu yang kalah haha..joget-joget Inchik chiet dia dapat kalahkan miza..macam nila kot..hahaha

Sunday, 1 April 2012

Kenderaan Polis

Assalamualaikum..


Sebenarnya bukan nak cerita sangat pasal kenderaan polis yang kecik2..tapi van yang bawak penjenayah tu yang miza nak ceritakan..

Selalu sangat tiap2 pagi masa kat kolej miza selalu nampak van penjara..maybe diaorang nak alihkan banduan la kot..tiba-tiba miza jdi teringat dekat ayah miza..oppsss..ayah miza bukan penjenayah okey..

Ceritanya macam ni..my dad kerja bawak lori kontena yang besar tu..bila dia hantar barang driver mana tahu isi dalam box tu apa..tugas dia hanya hantar ke tempat tu je..
pastu ada 1 hari ni my dad kerja malam bawak lori dia antar barang..kebetulan ada kes seludup kereta so tempat kerja ayah saya disyaki buat penyeludupan ni..so semua yang kerja malam tu ditahan..


my dad sempat call my mum bagitahu yang dia kena tahan sementara untuk siasatan..my mum ingat kejap je proses tu..rupanya makan masa dalam sebulan lebih..banyakkan my mum asik nagis je bila pikir my dad..yela makan apa? dah mandi ke?sihat ke?selesa ke?macam2 soalan my mum pikirkan..

So bila ternampak van polis tu..miza pon terpikir.."mesti ayah pon macam tu jugak masa dipindahkan dari penjara pelabuhan klang ke penjara petaling jaya"..so pandangan orang luar pada orang yang ada dalam van tu mesti buruk..kesian my dad terpaksa lalui atas kesilapan orang lain..akhirnya my dad dilepaskan dengan ikat jamin polis dan disahkan tidak terlibat langsung dengan kes tu..

Alhamdulilah..sekurang-kurangnya kejadian tu menjadi pengalaman buat miza sekeluarga..


friend - glittergraphicsite.com