Monday, 11 June 2012

Kasih Nenek



Assalamualaikum semua 
dah lama miza tak update cerita kat sini biar tak da orang nak baca pon.

2 hari lepas miza balik kampung ayah kat negeri sembilan sebab miza dah lama tak tengok nenek ada la dalam setahun busy ngat blajar sampai dah lama tak jumpa nenek.

miza terkejut bila miza balik rupanya nenek dah sakit tulang peha dia tergerak sikit nan tulang bontot pon teralih so jadi susah sikit la nenek nak gerak2 kena mintak tolong cucu2 and anak2 dia.

bila miza pandang nenek miza mesti teringat nenek miza atau lagi best panggil mok belah klate sana.
mok miza belah ma pon sakit jugak mok baru lepas baik strok masa balik buat umrah tak salah miza so sekarang dia jadi susah la sikit nak jalan2.

nasib baik la nenek miza duk nan mak ngah mok miza pulak duk nan mak dik kira ada la orang nak jaga.
cuba bayangkan kalau sakit lepas tu sensorang macam mana la kan.sebab tu miza kalau buleh nak sangat tolong nenek nan mok kalau miza ada tapi mana yang mampu je.

biasala ma miza cakap bila dah tua2 ni nak perhatian anak nan cucu2 bukan nak marah mana pon lagipon mok miza selalu kena duk sensorang kalau hari sekolah yela sepupu mia sekolah miza g kolej balik dah petang.bila miza teman mok baru miza rasa sunyi nya bila duk sensorang

and kawan miza baru kehilangan nenek dia semalam semoga nenek ditempatkan bersama2 dengan orang yang beriman amin.

Al-fatihah buat mereka yang pergi mendahului kita ingat lah mereka selalu mengharapkan doa2 kita sebagai bekalan tambahan disana 

Thursday, 31 May 2012

Politik tak habis-habis

 


Assalamualaikum semua..

tadi masa miza on the way nak ke kota bharu teman mak cik g beli barang nak kenduri miza nampak ada poster bongkar pas..

adoyai tak habis2 nak burukkan masing2 kenapa la..tak terpikir ke kalau cerita tu tak betul kang jadi fitnah pulak..


tu dah satu hal pastu kedua2nya duk sibuk menceritakkan keburukkan masing2 pening la kami sebagai rakyat..miza terpikir macam ni..macam mana kalau rakyat pakai dengar setuju pastu duk cerita kat orang kan dah jadi fitnah menfitnah pulak dapat dah dosa free..

miza bukan la nak sokong mana2 pihak sebab miza pon belum cukup umur lagi nak mengundi so miza bagi pendapat jela..

semoga dunia politik kita ni semakin baik dah takda la nak memburukkan sapa2 tak suka miza nak tengok negara kita macam ni..

Monday, 28 May 2012

Mesti jadi bila exam








assalamualaikum semua
entry ni dah lama nak buat tapi mesti terlupa je..yela busy nak study sekarang dah habis exam so boleh la..hehe

benda ni mesti berlaku time exam je and naik menyampah dah nak tengok.apa lagi bila suh study malas pastu mula la bawak toyol or note2 masuk exam hall..macam2 jenis toyol ada dari zaman kuno sampai la zaman canggih gini..adoyai


mula2 dari zaman sekolah2 lagi bawak nota yang dah tulis kecik2 letak kat dalam poket ke dalam kasut ke pastu dengan senyuman terover bangga sebab boleh jawab..yang baca and then tak ingat stress je lagi2 bila nampak spesis tu keluar..

yang sekarang kat kolej ada jugak ingatkan dah besar dah bersara la benda2 macam ni rupanya idok jugak..lagi upgrade sebab amik gambar lepas tu leh bawak masuk letak atas riba..touch screen lagi best senang je..

time tu ada jugak la rasa jahat nak p bagitahu lect yang jaga "madam dia meniru" tapi pikir tak pela mesti Allah nampak walaupon lect tak nampak

dan kata2 paling miza ingat orang yang meniru sekarang memang tak rasa effectnya tapi t tunggu bila nak apply kerja mesti susah sebab selama ni dia meniru bukan paham pon apa yang dia belajar

so miza amik keputusan sabar dan tunggu je apa yang akan terjadi nanti..
wish me dean for this sem..amiin ya rabbal alamin..




Monday, 21 May 2012

Mimpi betul ke mainan tidur

Assalamualaikum..

sehari yang lepas miza ada mimpi yang amat la menakutkan..
mimpi ular,bila tanya kawan2 semua cakap ada orang nak masuk meminang la tu..
tanya kembar miza dia buleh cakap ada nazar yang tak buat..so diri ni berpikir nazar apa yang aku pernah buat tapi tak laksanakan?

miza jadi pelik la calon pon takda takkan ada yang ank datang meminang kot..
so miza pon search la pasal tafsiran mimpi mengikut islam dekat halaqah.net banyak yang miza baca kalau mimpi ular maksudnya kita ni disihir..


miza jadi tertanya-tanya la "bila pulak aku sakitkan hati orang ni" em maybe miza sakitkan hati orang tapi tak perasan tapi tak kan la sampai nak sihir2 ni khurafat ni..
and then miza search kat youtube plak pasal tafsiran mimpi dan ustaz tu cakap bila kita mimpi ular dan dipatuk maknanya badan kita ni dah disihir..Nauzubillahiminzalik..

bila miza cerita kat kawan miza kat kolej dia cakap dulu abg dia pun pernah mimpi bermain nan ular lidi dan dipatuk..a week lepas tu abg dia jatuh sakit masa latihan sukan universiti ke china..dan bila jumpa ustaz yang pakar dalam perubatan islam kat kelantan ni..
ustaz ni cakap mungkin di hantar..


bila miza dengar jadi takot plak and buleh plak kawan tu tanya "ko ada rasa apa-apa yang pelik tak miza" adoyai memang seram la..miza takot nak bagi tahu ma takot ma risau tunggu balik cuti kang baru miza nak bagitahu..moga2 tak ada apa-apa perkara yang buruk berlaku amin inshaAllah..

Monday, 14 May 2012

cuti-cuti malaysia




assalamualaikum semua

semalam miza pergi berjalan yela tahun ni kan tahun melawat kelantan..tapi jap2 rasanya tahun lepas tahun melawat kelantan..
hahah ley jadi tiap2 tahun..tahun melawat kelantan ni..

miza pergi mandi air terjun dekat jeram linang kat pasir putih bukan main jauh lagi dari kb ni..
naik sakit yela asik duk atas sit motor je..paham2 jela..hahaha

sebelum nak sampai tu bukan main banyak halangan dengan driver nya tak ingat jalan..salah masuk lorong and finally amik keputusan tanya je orang kampung kat mana jeram linang t

dan akhirnya sampai jugak dan kitaorang kat jeram dan kita orang naik kat tempat paling tinggi baru best air terjun dia..hahaha..seronok sangat

dan miza nak sarankan kalau korang datang kelantan ni apa salahnya datang kat sana memang best giler..ada lagi satu jeram nama jeram pasu ada jugak jeramnya tapi miza sendiri belum pernah pergi lagi..inshaAllah akan ada masanya..


cuma tak sempat nak bergambar je.. 

Sunday, 6 May 2012

bukan dipinta




                                assalamualaikum semua..
dah lama rasanya miza dah tak keluarkan entry kat blog ni..

sekarang miza kat rumah family kat klang rindu rasanya kat family kat sini..pastu mula la rasa bila la nak abis belajar kat kelantan tu..hehehe

tapi tu bukan la apa yang miza nak ceritakan sebenarnya..miza dah lama perhatikan satu family ni..dia ada sorang anak luar kawalan ni..nak cakap anak luar nikah macam tak best je..hehe


satu yang miza selut nan family ni..diaorang tak buang anak tu tapi siap jaga dengan penuh kasih sayang walaupon orang sekeliling tahu yang adik tu anak luar kawalan..sekarang tak salah miza budak tu dah darjah satu..

cuma bila tengok birth certificate dia yela status perkahwinan parent diragui..kat ruang nama bapa takda..buleh miza bayangkan bila dia besar nanti..mesti akan ada orang yang tak senang akan pertikai kan adik ni..tapi miza harap adik ni kuat hadapi ujian tu..
biasalah manusia parent buat salah sampai anak yang tak berdosa dapat effect dia..tapi pada remaja sekarang kalau dah tak tahan sangat cuba amik masa pikir effect masa hadapan..for family yang still jaga anak2 luar kawalan miza ucapankan semoga tabah dan tahniah kerana tidak membuang anak tu..

apa yang anda katakan hari ni 
mungkin akan terjadi kepada anda kemudian
semoga kita dijauhkan dan sentiasa dalam rahmatNya



Friday, 20 April 2012

Adat Berkawan

                                                      
                                                                              
                                                                            
               
Assalamualaikum..

Minggu ni miza banyak sangat tengok gelagat orang berkawan..bukan la nak cakap miza ni baik dalam berkawan ni..miza pon ada kekurangannya jugak..


cuba korang bayangkan dalam berkawan tapi sibuk nak menjatuhkan masing2 kalau macam tu baik tak payah berkawan..pening betul bila dapat ragam  yang macam ni..


bila pikirkan balik kalau la sibuk nak jadi yang terbaik jangan la sibuk nak menjatuhkan orang lain..better kalau korang rasa nak jadi yang terbaik..cuba buat baik dulu Insha ALLAH hasilnya jugak nanti baik percaya lah..

berkawan pada miza dah macam adik beradik..time ni aku tolong ko..dengan harapan bila kita susah dia dapat tolong walaupon dengan mendengar..betul tak..dalam berkawan ni kena ikhlas baru la seronok nak berkawan sampai bila2..



Bila kita rasa kita terhebat 
Jangan hairan bila orang lain sibuk menjatuhkan kita
Kerana sahabat yang baik 
Adalah musuh kita sendiri
Kerana musuh lebih jujur daripada kawan..