Monday, 10 September 2012

Puasa 6 Di Bulan Syawal

Assalamualaikum semua..
Alhamdulilah, lama dah tak update. kali ni miza nak cerita pasal puasa 6.
walaupun puasa 6 ni bukan lah sesuatu yang wajib tapi ganjaran yang Allah beri SubhanaAllah tak ternilai. 
betulla orang kata nak buat baik ni senang cuma terpulang pada kita nak atau tidak je mengamal dan melakukannya.

dulu masa sekolah selalu dapat berpuasa 6 sebab ramai2 puasa kan jadi seronok la. kawan2 support suruh puasa 6 bukan susah dan bukan selalu dapat. so selama 4 tahun tu Alhamdulilah diberi tuhan kesempatan mengambil dan melakukan puasa 6 ni.
bila dah tak stay hostel tertinggal yela dah seronok makan je*nampak tak malasnya 
ni antara fadhilatnya yang miza jumpa dan share:

1. puasa enam hari di bulan syawal setelah ramadhan, merupakan pelengkap dan penyempurnaan
pahala dari puasa setahun penuh.

2. puasa syawal dan sya'ban bagaikan solat sunat rawatib,berfungsi sebagai
penyempurna dari kekurangan solat fardu atau puasa fardu,kerana pada hari Kiamat
nanti perbuatan-perbuatan fardhu akan disempurnakan (dilengkapi) dengan 
perbuatan sunat.
sebagaimana hadis Rasulullah saw yang bermaksud:'puasa fardhu yang dilakukan kaum muslimin memiliki kekurangan dan ketidak sempurnaan,
maka amalan puasa sunat dapat menutupi dan menyempurnakannya.

3. membiasakan puasa setelah Ramadhan menandakan diterimanya puasa ramadhan,kerana apabila Allah swt menerima amal seorang hamba,pasti Dia menolongnya dalam meningkatkan perbuatan baik setelahnya.

4.puasa ramadhan dapat menghapuskan dosa-dosa masa lalu.
orang yang berpuasa ramadhan akan diganjarkan pahala pada hari raya puasa yang merupakan hari kemenangan atau pembagian hadiah,puasa enam syawal merupakan rasa syukur atas nikmat yang diberikan oleh Allah dan sungguh tak ada nikmat yang lebih agung dari pengampunan dosa-dosa.

5.puasa enam hari dalam bulan syawal adalah amal-amal yang dikerjakan seorang hamba untuk mendekatkan diri kepada Tuhannya pada bulan ramadhan tidak terputus dengan berlalunya bulan mulia ini,selama ia masih hidup.

No comments:

Post a Comment