Wednesday, 18 December 2013

Nak Kawin vs.Tak Nak Kawin



[kredit]
Assalamualaikum..

dah lama rasanya tak update blog miza yang tersayang ni. Ceh mentang mentang entry pasal kawin terus sayang belognya, kalau idok dibiorkan aja belognya.

Sentap!!

Bukan apa yela hujung tahun ni biasalah orang kawin ni dah macam pesta, tapi side yang baiknya dapat makan free tak yah sesusah masak hehe.. Tapi bukan isu tu yang nak miza kongsi tapi, setengah orang takut bila isu kawin ni dibangkitkan lelagi bila usia tu dah lanjut, ada apa dengan usia yang penting amalan.

Gedebok jatuh kerusi.

Pada miza isu perkahwinan bukan perkara yang mudah, yela korang akan hidup dengan orang tu sampai akhir hayat korang, kalau bincang isu kawin tak pernah pun terlintas untuk bercerai pada akhirnya betul tak? Tapi isu dia sekarang kita akan hidup dengan dua kepala dengan pelbagai kehendak dan ragam, mampu ke korang nak tanggung semua tu?

Satu lagi yang miza rasa, pekahwinan bukan satu perlumbaan hantaran sapa paling banyak, majlis sapa paling meriah, yang penting dua belah pihak berpuas hati dengan apa yang ada dan sentiasa menyokong bukan menjatuhkan.

Sapa yang tak nak berkahwin ada pasangan bermanja bermesra, macam miza, miza macam tersepit bukan apa minda dan kehendak memang betul betul nak kawin, tapi bila dipikirkan balik badan dan cara hidup tu belum bersedia untuk berkahwin, yela nak kena kongsi katil, kongsi almari. Bukan benda senang, nak kena hadap keluarga yang korang tak pernah rapat atau pun bertegur, kan awkward rasa dia. 

Dorang tak pernah tahu cara hidup dan habit korang yang buruk, takkan korang nak sorok sampai mati, tak ke hipokrit. Penat oi hidup dalam suasana macam tu. Tu yang miza kata bukan senang nak kawin. Kawin ni macam kita kawin dengan satu keluarga, Cuba bayangkan kalau keluarga mertua tak berapa suka dengan korang tak kesedih. Yup memang korang boleh kata korang takkan duduk sebumbung dengan dorang selamanya, tapi ingat apa tindakan korang akan jadi perhatian.

hidup bukan untuk berdua selamanya.

Lepas berkahwin banyak benda lagi yang korang kena pikirkan. Yela hidup ni bukan untuk berdua selamanya, bila ada rezeki akan ada yang bertambah, anak bertambah, bebanan sedikit bertambah yela banyak perut kena jaga, dulu mungkin perut kita, lepas berkahwin perut berdua lepas tu bertiga dan seterusnya. Tapi ingat tujuan perkahwinan juga adalah dengan menambah bilangan ummat nabi.



Oke lama lama menngarut je lebih nanti, so miza habiskan kat sini je.
Boi Boi

No comments:

Post a Comment