Friday, 30 August 2013

10 Fakta Tentang Ayah Saya

[kredit]
Assalamualaikum.

Tetiba teringin sangat nak cerita pasal ayahanda miza. saja nak kongsi sebab miza teringin nak ada bakal suami tak 100 percent separuh pon okeh jugak.

1. Sangat Garang
 miza rasa wajib sangat perasaan garang ni wujud dalam diri setiap bapa. sebab tugas mendidik dan membentuk anak anak bukanlah satu tugas yang mudah. so sifat garang bukanlah satu kekurangan untuk ayah miza, malah kredit sebab semua anak ayah perempuan. yelah orang dodulu suka cakap nak bela anak perempuan sorang ni susah, nikan zaman serba moden dan canggih banyak cabarannya.

muntah darah terasa #eh

2.Sangat Cerewet
ayah miza sangat cerewet dalam bab bab makan. ayah bukan seorang yang suka pergi kedai makan yang nampak gah dari luar tapi masakan tahap langit pertama je, oke nampak tak, tak sedap dia, haha. ayah bukan suka makan makan dalam talam ni, tak tahulah kenapa bak kata ma miza kurang sifat berkongsi disitu. sorry ayah. maybe sebab ayah dibesarkan bukan dengan cara begitu, so tak boleh nak salahkan ayah sangatlah kan. sebab arwah atuk sentiasa manjakan anak cucunya dengan makanan. dan arwah atuk pernah order ayam goreng banyak banyak hanya untuk anak cucunya meratah, baik atuk aku haha. dan yang paling miza suka pasal bab makan ayah bulan puasa ayah takkan miss makan kat rumah, dia akan usaha jugak berbuka 30 hari dekat rumah, katanya nak makan air tangan isterinya.

arg so sweet jatuh kerusi.

3. Suka Berjalan dan Makan Angin
ayah suka bab berjalan dan makan angin cakap je kat mana, yang dia mampu bawak dia akan usahakan sampai boleh pergi. ayah tak suka tempat air bertakung macam swimming pool, kolam dan sama waktu dengannya, tak elok katanya. ayah pernah cakap 'cakap je nak pergi mana nanti ayah bawak tapi bila sampai ayah nak tidurkorang g lah jenjalan sendiri' ceh ada ke patut. hari tu dorang pergi tasik kenyir tak ajak sebab miza kat kelantan. on the way amik miza tu yang menyinggah. sedap dorang berkayak bagai. aeygo sumpah jeles, pastu pergi melaka mandi air terjun pun tak bawak ni sabtu kang nak g mandi janda baik miza plak kerja. aeygo langkah kiri betul.


4. Suka Menyapu dan Mengemas
ayah suka menyapu dan mengemas. tu yang miza perasan dari kecik and ma sendiri puji hubby dia kalau bab mengemas A++ kalau tolong bab masak fail baq ang. haha. dulu masa miza praktikal ayah selalu lap kipas, sapu carpet, pakukan penyangkut handbag, pasangkan cermin dalam bilik miza, balik balik tengok eh dah cantik bilik aku haha. tapi tahan berapa hari je lepas tu bersepah nak aih macam apa. haha fail ni buat isteri haha. sayang miza tak dapat nak mewarisi sifat ayah yang tu, lupa masa dalam perut nak mintak ma miza mengemas mengemas sikit mana tahu menurun haha.

5. Anak Omak
miza selalu peasan nenek miza belah ayah selalu sakit biasalah orang dah senja bandan pakai lama, mula lah sengal sengal badan, saja manja manja nak anak anak urut, dan ayah orang pertama akan balik rushing ke kampung. urut nenek tanya kenapa boleh sakit macam ni macam tu. pernah satu hari ayah balik kampung naik motor masa nenek jatuh, nak cepat sampai katanya. ayat nenek bila ayah balik ' nal tolong urut kaki mak nal sakit ni dah bengkak' nasib ayah pandai mengurut. so miza nak Encik suami miza cam ayah tak berkira dengan emak sendiri, selalu ada bila emak nak apa apa dan itu sudah cukup membahagiakan mungkin, yelah family first orang lain tunggu turn okeh.

6. Sangat Sukakan Cokelat
ayah suka sangat dengan cokelat dan ma miza tak suka kurang gemor katanya, ha nampak tak saling melengkapi. hehe. bab bab cokelat ayah laju je lelagi kitkat

7. Masih Belajar Mengaji
walaupon ayah still belajar mengaji ayah tak malu pun nak ayah kami baca yassin sesama walaupun ayah tahu kami baca lagi lancar dari dia, kami tunggu baca sesama ikut tempo ayah sebab sekurang kurangnya ayah still belajar dan tak malu walaupun dah berusia.

8. Tak Pernah Simpan Rambut Lebih Dari Seinci
ayah sejak dari miza kecik rambut dia tak pernah panjang asal panjang sikit dia potong, kalau boleh miza tak mau dapat suami suka rambut seinci hehe. rimas mungkin rambut panjang sebab rambut ayah lebat kot. hehe sesuka je miza buat spekulasi macam tu, sorry yah.

9.Sukakan Makanan Cina dan Korea
ayah sukakan makanan cina sebab tak kedekut katanya lagipun cina ni kan jenis jaga kesihatan sikit sebab tu ayah suka, ayah bab makan makanan cina korea ni laju je habis, kalau makan makanan banyak benda pelik pelik sikit tolak tepi pelik, macamlah makanan cia korea tu tak pelik.

okeh sampai sembilan walaupun entry 10, bukan takda idea tapi dah mengantuk. alah yang sembilan ni pun belum tentu korang baca. hehe

Friday, 28 June 2013

Selamat datang alam pekerjaan.

[kredit]
Assalamualaikum..

Alhamdulilah amik udara segar sikit, al maklumlah baru lepas habis jerebu. harap harap takda yang sakit masa jerebu tu melanda.

sekarang miza dah melangkah ke alam kerja yang nyata. Dan suasana pekerjaan sekarang boleh la tahan. biasalah kerja biasa so suasana pun biasa jelah. cuma takdelah terperuk kat rumah duduk saja. penat tu perkara wajiblah. mana ada kerja yang tak penat. makan pun penat.

lap peluh besar lagi kalau makan pedas takda kipas #eh.

baru rasa sikit ujian mencari rezeki yang halal. tulah dah selalu sangat kerja mintak je duit, so bila dah kerja terasa susah mencari rezeki.

kerja miza, miza kena berhadapan dengan ramai orang tapi miza bukan promoter, miza hanya akauntan jalanan sahaja. so kita dapat tengok ragam dan cara orang ramai bila berdepan dengan akauntan jalanan macam miza ni.

rasanya bumi kita malaysia banyak menerapkan nilai murni, tapi aneh sungguh bila mereka bersikap kurang berhemat. ingat kami pun manusia biasa punya hati dan perasaan juga bukan robot yang memang diciptakan untuk meringankan beban.

so apalah salahnya bersopan sikit, tak kurang pun saham sopan tu. bukan kena topup balik sopan tu, cuma bila kita lebih sopan maka kita akan lebih dihormati. ha tak susahkan nak buat orang lain respect kita jugak.

[kredit]
the big thing always start from the tiny step to make sure the step complete.
ha sepiking kau.

cakap elok elok, tegur elok elok. it just small thing very small but hard to make it habits. so apa kata kita mulakan dengan diri kita dulu, so orang akan ikut tak salah kalau kita mulakan langkah yang baik.

Monday, 20 May 2013

#RINDU

[kredit]

Assalamualaikum..
Aeygo kali kedua tulis benda yang sama apa kena blogger ni, kena jangkitan chicken pox kat AirAsia ke #eh
haha.. apa kena mengena daa.

wah lama rasanya tak hapdate belog ni.. mau bersawang kalau boleh nampak hehe.. busy kataNyah tak sempat nak bukak dan idea tak datang mencurah curah nak kongsi apa dengan anak cucu kat sini.. keh keh bajet cecucu baca je.

em malam ni tetiba rindu arwah nazrin plak.. walaupun sebenarnya hari hari rindu, cuma malam ni tertopup plak rindunya keh keh ayat tak tahan.. sejak menyeludupkan diri ke rumah sewa along kat kelantan ni, miza rasa apa azab dan nikmatnya tak dapat tidur malam.

mesti korang nak tahu kenapa sampai menyeludupkan diri, biasalah lepas habis praktikal berapa banyak benda nak kena settle dengan pihak kolej yang bermacam macam ragam tu.. pening sesaat.. orang lain manfaatkan tak dapat tidur malam dengan buat report dan sebagainya, miza plak manfaatkan dengan tengok cerita korea.. manfaat sangatlah kan..haha

tapi cerita ni berat dengan pengajaran tau best sangat plus sweet sweet gitu lagi leleh je nak layan. cerita a gentlemen dignity sorrylah lambat sikit baru dapat tengok cerita ni.. dengan azam yang sia sia miza habiskan cerita ni seharian. haha rugi rugi..

bila dan seharian tak tidur mulalah kepala ni naik gila.. dan tetiba teringat arwah naz, dulu masa arwah masih ada dia selalu tak dapat tidur sebab sakit kepala yang hamat dasat. dan dengan rela hati dia men volunteer kan dirinya untuk on call di hospital..miza dapat teman arwah sampai pukul 3 pagi je dulu. pastu arwah berkeras suruh tidur sebab esok ada kelas.
[kredit]

so bila miza tak dapat tidur dan sakit kepala ala ala berdenyut manja miza dapat rasa perasaan arwah dulu bila tak dapat tidur dan ditambah dengan sakit kepala mengila dia dulu. so semakinlah merindu..tapi ingat sakit kepala miza tak sama dengan sakit kepala yang arwah alami.. arwah kuat sangat time tu sebab tak pernah bukak mulut bercerita sakit yang dialami sampailah hari dia operate baru cousin dia bagitahu.

miza rasa bertuah sangat dapat kenal dengan arwah walaupun dalam masa tak sampai 4 bulan.. terima kasih Ya Allah atas nikmat tersebut.

sapu muka.

dalam usia nak menginjak ke 21 ni miza jadi terlalu rindu tak kira masa dan berharap dan sentiasa berdoa yang keluarga arwah akan carik miza macam dulu. mesti korang nak tahu kenapakan.. sebab parents arwah sekarang bukan di malaysia selepas kehilangan satu satunya anak mereka.

dalam usia 21 ni jugaklah arwah pernah berjanji untuk mengikat tali ukhuwah dengan cara berkahwin, but Allah know better, so miza akan simpan kenangan terindah bak kata kumpulan samsons dalam lipatan kenangan terbaik buat miza.

Thursday, 2 May 2013

Habis Li

[kredit]

Hari ni 2 haribulan so esok adalah hari terakhir praktikal dekat SSM ni, majlis perpisahan dah diawal sebab takut hari last miza nanti semua dah get ready untuk balik sebab nak mengundilah katakan. So inikalilah #eh.. 

perasaan nak habis ni bercampur baur, yela best ada sebab dah tak payah berkejar nak naik ktm, tak payah jalan kaki jejauh nak g opis, tapi biasalah ada sedihnya jugak walaupun sedikit, dah menjadi satu kewajipan setiap kali terjadi pertemuan pasti ada perpisahan.. sob sob nangis lap hingus.

berkecamuk.

sekarang tengah menghabiskan segala kerja yang mampu untuk dibuat sementara tunggu nak habis ni kan. Alhamdulilah sangat sebab dapat belajar macam mana nak create database menggunakan access.

Terima kasih Puan Rosni.

pengalaman kat sini maybe takkan pernah rasa kat mana mana, dengan kawan kawan Li seronok suka duka dengan macam macam perasaan lagi lah kan.

[kredit]
Terima kasih sekali lagi dekat semua staff yang buat majlis dan bagi hadiah kat miza, puan rosni belaja KFC,cik ezreen belanja rasamas, terima kasih la bebanyak. tunjuk ajar kalian amat saya hargai. ayat surat kau! hehe.

Lepas ni mesti rindu aktiviti masa praktikal.

Thursday, 18 April 2013

Selamat Ulangtahun Sayang Sayangku


Assalamualaikum.
semalam 17 haribulan hari lahir ayah dan 15 haribulan hari lahir munisa nawrah, adik miza yang bongsu.
tapi tak sambut mana sebab ayah kerja masa hari lahir dia, and masa hari lahir munisa plak hadiahnya dari tnb iaitu takda letrik, memang panaih baq hang.

So kitorang bakar lilin and suruh si munisa ni tiup, 
so dengan bangganya dia tiup penuh kesungguhan and last semua kepanasan.. haha..
adik yang bajet comel

semuga jadi anak dan adik yang baik

munisa yang berlipsetik

sekali sekala sorry sebab jadi mangsa

ucapan untuk munisa dari angah walaupun adik tak reti baca lagi,
  • semuga jadi anak yang baik walaupun ko nakal
  • semuga menjadi kebahagian buat keluarga
  • semuga rambut semakin wangi
  • semuga makin kurus dan kurangkan minum susu banyakkan makan nasi
  • dan sila jangan besar sebab nanti ko dah tak comel

time kecik kecik

ada satu je gambar ayah sorry kabur

bajet cun je

ucapan untuk ayah juga walaupun ayah tak baca sebab sibuk
  • semuga panjang umur dan hidup lebih diberkati
  • semuga bertambah sayang kat ma
  • semuga ayah ada untuk jadi wali angah *gatal sangat
  • terima kasih sebab jadi ayah yang terbaik buat kami walaupun kadang kadang ayah garang
 
             selamat hari lahir ayah and munisa

Thursday, 11 April 2013

#Perasaan

[kredit]

Assalamualaikum..
Hari ni miza sedih sikit, ntahla mungkin kerana terlalu berharap dan terlalu bergantung kepada manusia 
dan bukannya Allah. Maaf aku Ya Allah kerana melupakanMu.

Semua orang ada harapan dan keinginan dan ada kalanya bila Allah menguji apa yang diingini dan dihajati tidak menjadi. Pedih perasaan seperti itu hanya kerana Allah mahu hambanya merintih.
Kadangkala air mata pengubat hati dan sentiasa bersangka baik walaupun payah.

Kerana bersangka baik itu sesuatu perkara yang sangat baik.
Kadang kadang jemu hati ni untuk bersangka baik, tapi pesan ma tidak rugi kalau kita bersangka baik.

Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya, mungkin miza dah terlalu lama bergumbira hingga terlupa bagaimana rasanya kesedihan orang lain.

Dan masa masa macam ni la shaiton suka untuk mengajak miza teringat tentang arwah dan menangis, so bila hati yang rapuh ni bersedih semakin senang kerja shaiton ni, Ya Allah lemahnya aku.  

semuga kita sentiasa mengislahkan diri kita.

Kehilangan mengajar miza erti redha dan ketabahan, dan semuga dengan kehilangan ni tidak menjadikan miza seorang hamba yang leka dengan kesedihan yang sedikit dan mulai hanyut dalam air mata kesedihan sendiri.

Andai kehilangan ini sebagai nikmat/ujian, semuga aku tidak hanyut.
Tuntun langkahku agar tidak terjatuh dan terduduk tanpa cahayaMu Ya Allah.

Tuesday, 9 April 2013

Friends Li




Assalamualaikum..
wah lama benau tak hapdet belog ni biasalah kering idea, kerja banyak sangat kat sini..
cewah cakap macam ada je yang baca dan komen *so sad

hari ni miza dengan senang jiwa nak bercerita pasal gang masa miza praktikal dekat SSM ni..
miza mengalami dua kali pertukaran tempat kerja dan kawan kawan kat bilik praktikal ni..
miza dapat kawan praktikal dua laki laki dua perempuan *ha purba sangat bahasa

masa miza start pindah tingkat 26 miza kawan dengan dua laki laki ni, harap maaf ey kedua duanya sudah ditempah korang gigit jari jelah, haha. Yang rendang ni nama dia aliff atau nama glamour piyan *oke boleh muntah sekarang.
 Yang sorang yang ala ala akim AF ni nama zul pun ada nama glamour uolss nak tahu nama glamournya, tersangat la glam iaitu zack.

Akin, Aliff, Min dan Zul

miza sempatla berkawan denga dorang ni adalah sebulan sebelum dorang berdua ni abis praktikal. 
Cuma masa last day dorang miza takda sebab kehilangan nenda tercinta sebelah ma. dan macam macam versi dorang amik gambar biasalah orang cantik + handsome.

sekarang miza menetap dengan kawan praktikal perempuan pulak kat bilik praktikal SSM ni.
 Dah macam macam kitorang buat kat sini, tengok running man, makanan bersepah dalam loker
 dah macam pekerja tetap dah. Banyak jugakla kenangan miza kat sini sampai tak tahu nak cerita yang mana satu. *yela sangatkan

dalam lift pun jadi uolss

tapi pape pun berkawan dengan dorang memey terbaik wohhh
hahaha sebab kebetulan semuanya sekepala senang nak dibawak bergurau walaupun kitorang semua hanya berkenalan kat SSM, dan alhamdulilah still contact walaupun tak selalu.


tula padah dia bila berkawan dengan kawan yang suka bergambar ni. memang macam macam ragam baq hang, belum zul sorang miza syak memory phone dia penuh dengan gambar dia saja, ey dah macam adik adik aku tengok kawan aku ni.

          
satu lagi yang sama pasal dorang berempat ni, suka nau mengenakan miza, masa denga aliff ngan zul lagi lah tak payah cakap sampai tak boleh caya dah apa yang dorang cakap bimbang ditipu, haha
pastu selalu kena tinggal kalau nak makan tahu tahu dah kat lobi, ceh sikit pun tak tunggu, datang min ngan akin siap tunggu baq hang setap mak! haha

tapi miza tak amik hati pun sebab miza tahu dorang sajalah tu nak mengenakan, anyway thanks for the memory, miza takkan lupalah korang la kawan praktikal terbaik buat masa ni, yela mana tahu nanti sambung belajar jumpa kawan prakrikal lain haha.