Wednesday, 23 April 2014

Promote Bank Rakyat Pembiayaan peribadi-i



Assalamualaikum.

Hari ni takda apa yang nak dikongsikan cuma nak tolonh kawan miza promote pinjaman bank, yelah orang kerja bank. Kawan miza dapat bahagian Marketing and uolls know how hard to make other people believe or know you if you quite and silence. Ni salah satu cara jugakla nak tolong promotekan dia.

Yela sampai bila nak tunggu customer datang bergolek, kita kena usaha sikit betul tak? So kalau korang berminat nak buat loan for buy house, land, car or for your grand wedding in your life, don't hesitate to cantact my friend akin. 

Tapi sebelum apa-apa miza cakap awal awal kawan miza ni dekat branch Banting, so mana mana yang dekat tu boleh la contact dia directly senangkan. :)




so korang apa lagi tunggu cecepat call, tapi kawan miza namanya sakinah yang jannah tu miza tak kenal, hehe.

Friday, 18 April 2014

Dugaan Alam Pekerjaan

                                                       
[kredit]
                                                          Assalamualaikum,
Bercerita alam pekerjaan, kita takkan lepas dari melakukan kesalahan dalam bekerja. Andai dapat diundurkan masa miza nak stay zaman belajar, sebab zaman belajar ni memang deabakkkk seronok sebab kita selalu belajar something new.



Oke zaman berkerja yang tak bestnya satu hal, kita akan buat same routine everyday if bad maybe it will take a month or a year. Sangat sangat tak membantu. Miza tak tahu lah sebenarnya miza ni nak bekerja sebagai apa dan untuk apa, sebab buat masa ni lepas habis belajar miza dah bekerja kat dua tempat berbeza. Pengalaman memanglah kita takkan tahu kalau kita tak laluinya.

[KREDIT]

Kadang kadang miza rasa aku ni tak cukup bersyukur Allah dah bagi pekerjaan, sebab apa ce korang tengok orang lain kemain payoh nak ke dapat kerja, ko boleh nak main tukar tukar kerja. Tapi bukan apa bekerja dalam bidang commercial vehicle ni bukan senang oi bukan senang. Bercakap tentang bukan senang miza teringat ayat abg nuar yang dah lama kerja dengan orang cina ni, "bagi cina yang susah tu duit" sebab tu diorang suka buat kerja susah.

Miza kerja kat sini baru 6 bulan tapi dah macam macam kesalahan yang dah miza buat, jadi macam terpikir, "betul ke keputusan aku kerja kat sini', "betul ke rezeki aku kat sini' and kalau betul rezeki aku kat sini, semua aku tabah menghadapi hari mendatang dengan semua salah silap aku nanti.

Bekerja kat dalam bidang ni korang kena supper alert dengan supper sensitive dengan semua maklumat maklumat yela korang bekerja dengan orang bank and duit tu bukan reringgit tapi reribu sebab tu korang kena extra berhati hati. So miza dah banyak kali buat mistake and terasa macam 'wei nak berenti macam tak best je kat sini, asik buat salah je'.

Nangis bawah meja tsk tsk.

So sapa yang dah bekerja mesti paham perasaan macam ni, tu belum campur yang lambat bayar gaji tapi suruh buat kerja macam bayar banyak je, macam kawan miza berapa kali dah tukar kerja sebab lambat bayar gaji, officemate tak suka, boss buat pe'el tapi Alhamdulilah rezeki dia murah, senang je kalau dia mintak kerja, maybe sabab pengalaman bekerja dia lama dan banyak bidang dia dah kerja.

Dugaan ni takkan lari walau jauh mana pun korang lari, tapi semua tu depends macam mana korang face the problem, dan ayat ayat orang berjaya, just follow the best ways to be best, not create new ways to be the best.

[kredit]

Friday, 4 April 2014

7 April Hari Memperingati MH370



Assalamualaikum.
Alhamdulilah sampai jugak kat hari Alkahfi ni, tak pernah lagi sambil menaip cerita kat belog ni sambil layan alkahfi. Rare sangat #eh. puji diri sendiri nampak. Jangan riak ngah oi, riak tu ibarat membakar pahala seperti terbakarnya daun daun, hanguss semuanya.

Tersembur.

Oke sebenarmya nak cerita pasal 7 haribulan 4 ni sebenarnya kenapa, yela tetiba sesuka hati aku je bubuh hari memperingati MH370 yang hilang tu. Bukan apa semalam sebelum tidur miza terbaca pasal 7 haribulan ni adalah hari terakhir pencarian pesawat MH370 sebab black box akan terpadam dengan sendiri pada 7 haribulan, kira macam black box boleh simpan rekod tu dalam 3 minggu tak salah. Sorry kalau fakta ni salah tapi tu yang diperkatakan.

Kepada semua ahli keluarga yang terlibat dalam kehilangan MH370, miza turut bersimpati dengan kehilangan ahli keluarga tercinta. Ya bukan mudah untuk kuat, tapi ingat kekuatan itu yang membuatkan kita ingat. Tak semua diuji dengan dugaan yang sama, banyakkan berdoa. Beruntunglah mereka yang diuji hebat oleh Allah, kerana Allah begitu rindukan rintah dan tangisan kalian.

Tadah tangan.
[kredit]
Pada miza nak memperingati kejadian MH370 ni tak salah, yang menjadikan ianya salah di sisi ISLAM bila terlalu meratapi pemergian andai benar mereka telah meninggal dunia. So buat masa ni belum ada bukti kukuh yang mengatakan kesemua krew dan penumpang betul betul meninggal jadi tak boleh nak sedekahkan Al-Fatihah atas niat untuk arwah atau kematian, mungkin Allah simpan mereka untuk beri satu lagi nikmat yang tak dijangka jangka. Ingat semua kejadian yang berlaku semua ada hikmahnya yang tersendiri, cuma bagaimana kita nak terima hikmah tu yang berbeza.

So miza decide untuk jadikan 7 April sebagai hari memperingati kejadian MH370 yang hilang seperti mana kita selalu memperingati kejadian tsunami yang melanda negara kita pada tahun 2006.

Semoga pengharapan kita kepada Allah tidak pernah surut.
Amin

[kredit]

Tuesday, 25 March 2014

#PrayForMH370

[kredit]
Assalamualaikum,

Hari ni hari paling sedih bagi seluruh rakyat Malaysia, tetapi mungkin lebih pedih kepada keluarga penumpang dan crew aircraft MH370. Miza sebagai rakyat malaysia dan tidak mempunyai apa-apa pertalian dengan mangsa juga melahirkan rasa simpati.

Innalillahiwainnailaihirojiun.

If true MH370 is crash or disappear at Hindi Ocean, I hope the whole family for passenger and crew can accept this journey of life. Yeah I know how hurt to accept this answer after 17 days, but to all muslim family this we call qada' and qadar from Allah. I know how the feel when the person you really love gone (pass away) and you still not see with your eyes the corpse in your deep heart still waiting for something miracle even we know it really impossible.


Dulu bila miza tahu nazrin leave me forever, hati ni macam nak pecah rasanya. That time arwah ada dekat England for operation brain cancer, and me still at malaysia always hope he will be fine and come back to me to see her smile. But kuasa Allah mengatasi segala-galanya, arwah tinggalkan miza dan tanpa miza diberi kesempatan untuk tengok arwah buat kali terakhir and still now I still hope yang arwah still belum tinggalkan dunia ni.

Hurm.. 


Sebelum ni miza tak tahu pun apa tu MH370, yela masa kejadian miza tengah sibuk sibuk nak exam muet, lepas je habis muet baru cari, apa kebenda sebenarnya MH370. After this all I search and read, only sad thing come out. For the family please stay strong after you heard the truth.


Semua sekarang sedang bertungkus lumus untuk mencari MH370, if true terhempas dimana saki baki pesawat yang terhempas dan mana mayat yang lemas dilautan Hindi, dan jika masih selamat mana bukti yang menyatakan kapal terbang masih ada elok dan penumpang dan krew  terselamat.

[kredit]

Dan jika masih terselamat pulanglah, banyak berita tentang kalian dan begitu ramai yang mahukan bukti kejadian sebenar kejadian tersebut. Dan begitu banyak yang datang menghulurkan bantuan demi menyelamatkan kalian, dan paling penting kaum keluarga masih sentiasa berdoa untuk kalian.


All Malaysian send condolences and Al-Fatihah to Muslim Passenger.

Thursday, 20 February 2014

Berkat dalam Hidup

[kredit]
                                               
Assalamualaikum..
Dah lama rasanya tak update blog ni, bukan apa takda idea nak share. So ilmu makin berkurangkah? Hehe. Bercerita pasal berkat ni bukan apa yela dalam hidup ni kalau berkat hilang susah hidup sebab dalam islam berkat tu penting.

Nak dijadikan cerita, semalam masa tengah makan kat rumah miza dengar satu ceramah tapi lebuh kepada bercerita tentang halal dan berkat halal itu sendiri. Kisahnya bermula bila ustad tu sendiri bertemu seorang tukang kebun yang hanya memperolehi pendapatan RM400 sebulan.

Cuba korang bayang, mampu ke hidup dengan jumlah pendapatan macam tu?

Tapi Alhamdulilah pak cik ni mampu sebab dia berpegang dengan 2 perkara dalam hidup dia iaitu mencari yang hala dengan bersyukur dengan yang halal. Alhamdulilah kalau kita mampu ke tak nak bersyukur dengan hanya empat ratus sebulan.

SubhanaAllah.

Oke sekarang kat opis miza berlaku konflik, bila orang dah tak nak tolong sebab kita tak bayar. So cuba uolss tolong sebenarnya membantu tanpa mengharapkan balasan tapi kalau orang dah nak bagi terima jela kan. Tpi bila tolong asik nak mintak upah apa maknanya?
Ada jugak orang macam ni.

Cuba pikir duit ni bukan isu mudah tau, bukan apa cuba korang pikir, kalau dapat duit korang nak beli yang penting kan. Like makanan so makanan tu jadi darah daging, kalau duit tu kita dapat dengan cara yang tak berkat so nanti efek pada badan kita, kat akhirat nanti nak jawap apa bila ditanya.

Ha situ kita boleh tengok, but people now a day prefer to get money not barakah. Semua orang tahu money cannot buy happiness but people give happiness to get money. So bila nak tolong buat cara nak tolong, kalau orang bayar Alhamdulilah tapi kalau tak nak bayar anggap je pertolongan tu nanti Allah yang bagi ganjaran.

So miza harap miza tak jumpa dah orang macam ni, bukan apa sedih la macam ni semua tahu halal haram, Becerita pasal islam pom pam pom pam tapi solat tak. Kalau non-muslim tengok pun korang rasa diaorang nak percaya apa yang ko cakap bila tengok cara hidup korang. Pikirlah.

Thursday, 2 January 2014

Tahun baru datang bersama azam lama?



Assalamulaikum..

Selamat tahun baru readers, wah uolls tahun dah baru azam, rupa semua nak baru, tapi hati berkarat bila nak bersih.#eh. Tahun baru datang bersama azam lama? Korang tahu kenapa tetiba boleh tercampak pulak idea ni keluar dari otak miza yang kecik ni bukan apa, cuba korang pikir every year uolss renew uolls punya azam but the end of the year tercapai ke semua azam korang?

Duduk termenung.

Azam miza tiap tiap tahun sama, nak jadi yang terbaik untuk semua orang, but end the of the year im still the same person and same attitude, nak berubah ada je halangan, biasalah nak buat baik ada je yang datang bisik, campur dengan hati yang kureng kuat ni mau bergegar ooi azam tahun baru. Hahaha *gelak jahat* So apa apa pun usaha dan pengorbanan sentiasa seiring yela nak pastikan azam tiap tiap tahun menjadi dan bukanlah azam yang hangat hangat taik ayam.

Asal bau taik?

Tula orang kata mengungkapkan lebih mudah dari merealisasikan. Ha amik kau melayu sejati ayat dia. Apap pun azam korang untuk tahun 2014 miza doakan yang terbaik dan tercapai. Peace yau.

[kredit]

Cita-Cita Ayah Saya

[kredit]
Assalamualaikum.

wah entry klasik sangat macam buat karangan masa primary school dulu. Rindu zaman kanak-kanak yang tak payah nak pikir masalah duit, cinta dan masalah kawan, yela kawan tikam belakang kawan tinggalkan korang masa dulu ada korang amik port, takda kan.

Pergi lantak tak nak kawan, ada aku heran #eh

Tapi tu bukan cerita yang nak dikongsikan, tengok entry dah tahu cita cita tapi bukan saya, ayah saya Zainal Bin Othman. Dulu masa kecik kecik cikgu tanya besar nak jadi apa? Semua dengan bangga sebut cita cita yang tak tahan semua nak hebat. Tapi dalam cerita Upin Ipin tu bagusnya fizi yang nak kerja bahagia kutip kutip sampah, pekerjaan macam ni patutnya dapat pengiktirafan sebab sanggup kutip sampah korang yang Nauzubillah baunya.

Bersyukur Malaysia masih aman #eh

Oke dah melalut jauh, nak dijadikan cerita tengah makan, aih asik asik dapat cerita time makan, pastu bising gemuk, haila. Ma bukak mulut sebab bola malaysia kalah masa SEA games kat Myanmar. 'Dulu kalau arwah atuk tak marah ayah masa nak mintak belikan boot baru, mesti sekarang ayah dah jadi pemain bola Negeri Sembilan'. Wah kitorang adik beradik gelak, yela macam tak percaya dulu ayah pernah main untuk kelab negeri sembilan. Muna apa lagi yang gila bola tu " kalau arwah atuk bagi mesti kitorang jadi anak pemain bola" tapi semua tu kalau jela eh kalau.


Ma kata kalau ayah jadi pemain bola takda lah ma kawin ngan ayah, and ma takda korang semua sekarang. Deep oi deep. Oke sekarang baru aku tahu muna dapat mana perangai gila bola sampai aku naik menyampah. And now my dad already work as Driver. See masa dulu beria sebut cita cita depan cikgu and the end of the life kita sendiri tak pernah terpikir yang bila kita besar nanti ni pekerjaan aku.

Apa apa pun im proud be you daughter dad <3

Apa pun cita cita korang nanti terima jela dengan redha, bukan semua yang kita nak kita dapat.