Thursday, 28 June 2012

My Nazrin

Assalamualaikum semua.
sedar tak sedar dah nak bertemu ramadhan rupanya kita ni.
dan bila time2 cenggini la miza akan teringat arwah nazrin sebab masa ramadhan last years 
arwah operation kat England.

korang tahu tak apa yang curios sangat miza nak tahu sal arwah ni.
::
::
::
::
::
::
::
::
::
::
::
::
::
::
::
::
::
::
::
::
::

::
::
::
::
::
::
::
::
:: 
::
::
::
::
:: okeh2 miza cerita 
::
::
::
::
::
::
::
::
::
::
::
::
::
::
::
::
::
::
::
::
::
::
::
::
::
::

miza teringin ngat nak tahu arwah ni jenis orang yang cem mana.
arwah suka warna apa?
arwah suka kuih apa time raya?
arwah suka lauk apa masa raya?
banyak la lagi *padahal tak tahu dah nak tanya apa

untung orang yang still ada orang yang tersayang.so hargai sebelum 
diaorang tinggalkan korang untuk jangka masa yang lama or takkan jumpa langsung lepas tu.


Monday, 25 June 2012

Mimpi betul ke mainan tidur part II

Assalamualaikum semua.
ingat tak miza ada cerita pasal mimpi miza kena patuk ular tu.
oke sekarang ni miza dah banyak tanya pendapat semua yang miza percaya.
like my mum and imam muda amiril kat tuiter .

ma miza cakap kalau kita mimpi ni maybe kita banyak dosa.wa sumpah sentap ngan ma.


tapi ada betul jugak miza ni banyak dosa tapi tak perasan buat dosa.
bila miza tanya kat IM amiril ustaz tu cakap "buat solat istikhoroh"
miza tertanya2 bukan ke istikhoroh kalau kita dalam dilemma ke.

ustaz amiril cakap "tak semestinya buat solat tu mintak petunjuk kenapa mimpi kena patuk ular.
o baru miza tahu bukan sebab dilemma je kena buat solat istikhoroh tu.
terima kasih ustaz atas ilmu tu.

banyak lagi yang miza kena belajar.cuma sekarang kena kuat je
takot perkara yang paling kita takot betul-betul terjadi.
nauzubillahiminzalik.


Sunday, 24 June 2012

Selamat Pengantin Baru Eliyana dan Khair

Assalamualaikum semua
oke hari ni kawan miza masa sekolah dulu kawen subhanaAllah seronoknya 
dapat kawen diusia muda hehe.
dah jodoh dia tapi yang sweet suami dia boeyfriend dia masa sekolah dulu
aigo lamanya diorang bertahan.

hari ni 24 miza akan ingat sebab miza pon suka ngan nombor 24 hehe.tak pernah terbayang 
akan pergi kenduri naik bas.orang lain naik kereta miza nan kawan2 naik bas.
dari klang ke pelabuhan klang and then naik g telok gong pulak.
seb baik tak tertinggal bas biasa la pes time 
nak dijadikan cerita kitaorang start gerak dari klang kol 12 and sampai rumah
pengantin dalam kol 2.singgah solat dulu sebelum makan kenduri sebab takot terbabas hehe
em sampai2 je pengantin dah ada tinggal nak berarak je hehe

nak dijadikan cerita time balik kena tunggu bas tapi rupanya bas yang tunggu kita orang.hehe
em meroyan kitaorang kejar bas tu and soklan best driver bas tu
"dik napa lari" kitaorang pulak takot kena tinggal tu pasal la lari
haha dah besar pon berlari cam apa ntah nan terjerit lagi haha

memang ingat sampai bila2 la kenangan tu.
ni ada gambarnya pengantin ko memang cantik

ni je member yang dapat hadir


geng g kenduri naik bas

sama cantik sama padan

sepoting gila pengantin lelaki ni


Wednesday, 13 June 2012

Jodoh Ditangan Tuhan

Assalamualaikum semua.
                       semua orang membina impian untuk hidup bersama selama-lamanya bersama-sama dengan 
orang yang mereka cintai begitu juga dengan miza.
sekuat mana cinta kita kepada manusia jangan kita lupa tanpa restu Allah 
kita pasti tidak akan bersama walaupon seketika.


siapa yang nak bercinta dan terkandas dipertengahan jalan semua orang takot untuk 
membayangkan tapi tu lah realiti yang harus kita telan selagi bernama manusia dan kita akan selalu diuji.
buat jodohku,terima kasih kerana menerima kekurangan diri ni menjadi kekuatanmu.sudah tertulis kamu adalah jodohku semoga hanya kematian yang memisahkan kita InsyaAllah.

tak siapa mengharapkan dirinya berjodoh dengan suami orang tapi siapa kita untuk menidakkan semua itu.
seperti yang selalu yang kita dengar jodoh ajal maut semua ditangan TUHAN.

selagi kita mampu berdoa dan berserah semoga siapa yang kita inginkan akan berjodoh dengan kita.

jika benar kita mencintainya kerana ALLAH maka tidak ada istilah berat untuk melepaskan 
walaupun hati ni pedih untuk melakukannya.
ingatlah janji ALLAH setiap manusia yang dihidupkan didunia telah ditetapkan jodohnya
cepat atau lambat terpulang kepada kita untuk menerimanya.



bercinta belom tentu berjodoh tapi bila berjodoh sudah pasti bercinta.
jangan digadaikan cinta hanya kerana orang yang kita sayang.
kerana belum tentu orang yang kita sayang akan mencintai diri kita sebagaimana
kita mencintai dirinya.

Monday, 11 June 2012

Kasih Nenek



Assalamualaikum semua 
dah lama miza tak update cerita kat sini biar tak da orang nak baca pon.

2 hari lepas miza balik kampung ayah kat negeri sembilan sebab miza dah lama tak tengok nenek ada la dalam setahun busy ngat blajar sampai dah lama tak jumpa nenek.

miza terkejut bila miza balik rupanya nenek dah sakit tulang peha dia tergerak sikit nan tulang bontot pon teralih so jadi susah sikit la nenek nak gerak2 kena mintak tolong cucu2 and anak2 dia.

bila miza pandang nenek miza mesti teringat nenek miza atau lagi best panggil mok belah klate sana.
mok miza belah ma pon sakit jugak mok baru lepas baik strok masa balik buat umrah tak salah miza so sekarang dia jadi susah la sikit nak jalan2.

nasib baik la nenek miza duk nan mak ngah mok miza pulak duk nan mak dik kira ada la orang nak jaga.
cuba bayangkan kalau sakit lepas tu sensorang macam mana la kan.sebab tu miza kalau buleh nak sangat tolong nenek nan mok kalau miza ada tapi mana yang mampu je.

biasala ma miza cakap bila dah tua2 ni nak perhatian anak nan cucu2 bukan nak marah mana pon lagipon mok miza selalu kena duk sensorang kalau hari sekolah yela sepupu mia sekolah miza g kolej balik dah petang.bila miza teman mok baru miza rasa sunyi nya bila duk sensorang

and kawan miza baru kehilangan nenek dia semalam semoga nenek ditempatkan bersama2 dengan orang yang beriman amin.

Al-fatihah buat mereka yang pergi mendahului kita ingat lah mereka selalu mengharapkan doa2 kita sebagai bekalan tambahan disana 

Thursday, 31 May 2012

Politik tak habis-habis

 


Assalamualaikum semua..

tadi masa miza on the way nak ke kota bharu teman mak cik g beli barang nak kenduri miza nampak ada poster bongkar pas..

adoyai tak habis2 nak burukkan masing2 kenapa la..tak terpikir ke kalau cerita tu tak betul kang jadi fitnah pulak..


tu dah satu hal pastu kedua2nya duk sibuk menceritakkan keburukkan masing2 pening la kami sebagai rakyat..miza terpikir macam ni..macam mana kalau rakyat pakai dengar setuju pastu duk cerita kat orang kan dah jadi fitnah menfitnah pulak dapat dah dosa free..

miza bukan la nak sokong mana2 pihak sebab miza pon belum cukup umur lagi nak mengundi so miza bagi pendapat jela..

semoga dunia politik kita ni semakin baik dah takda la nak memburukkan sapa2 tak suka miza nak tengok negara kita macam ni..

Monday, 28 May 2012

Mesti jadi bila exam








assalamualaikum semua
entry ni dah lama nak buat tapi mesti terlupa je..yela busy nak study sekarang dah habis exam so boleh la..hehe

benda ni mesti berlaku time exam je and naik menyampah dah nak tengok.apa lagi bila suh study malas pastu mula la bawak toyol or note2 masuk exam hall..macam2 jenis toyol ada dari zaman kuno sampai la zaman canggih gini..adoyai


mula2 dari zaman sekolah2 lagi bawak nota yang dah tulis kecik2 letak kat dalam poket ke dalam kasut ke pastu dengan senyuman terover bangga sebab boleh jawab..yang baca and then tak ingat stress je lagi2 bila nampak spesis tu keluar..

yang sekarang kat kolej ada jugak ingatkan dah besar dah bersara la benda2 macam ni rupanya idok jugak..lagi upgrade sebab amik gambar lepas tu leh bawak masuk letak atas riba..touch screen lagi best senang je..

time tu ada jugak la rasa jahat nak p bagitahu lect yang jaga "madam dia meniru" tapi pikir tak pela mesti Allah nampak walaupon lect tak nampak

dan kata2 paling miza ingat orang yang meniru sekarang memang tak rasa effectnya tapi t tunggu bila nak apply kerja mesti susah sebab selama ni dia meniru bukan paham pon apa yang dia belajar

so miza amik keputusan sabar dan tunggu je apa yang akan terjadi nanti..
wish me dean for this sem..amiin ya rabbal alamin..