Monday, 24 September 2012

Jangan Biarkan Cinta Membutakan Kita


Assalamualaikum semua, 
rasa lama dah tak update cerita baru kat belog ni..

tetiba teringat nak bercerita pasal cerita ni sebab beberapa hari lalukan
miza adalah nampak sorang lelaki ni muka boleh la belah kan
tapi bila tengok kuku tangan dengan kuku kaki dia SubhanaAllah
teruk sangat dengan panjangnya kotor lagi..

tetiba miza terfikir macam mana lah awek dia menghadap dia selalu kan, 
yela kalau dah pengotor mesti dah jadi habit sebab miza tengok dia macam selesa dengan kuku dia
 walaupun miza tengok dah geli gila tengok..

kalau ye pun sayang sangat janganlah buta kan je bila pakwe or awek tu pengotor 
tegur la biar la malu sikit dengan kita tapi 
jangan biar orang tak selesa nak pandang orang yang kita sayang,

dulu miza macam tak percaya orang kata bila bercinta kentut pun bau wangi
sekarang terbukti depan mata miza walaupun bukan kentut tapi kuku
please la jaga orang nampak nanti jatuh saham 
yela orang pandang manusia kita kan suka menilai kulit dari isinya..

kalau miza dapat pakwe or suami yang pengotor,
miza sanggup tolong potongkan asalkan nampak kemas dan bersih
biar kita ni selesa nak memandang 

so kepada kaum lelaki jangan masa nak mengorat awek jaga penampilan
bila dah dapat hilang dan penampilan masa bercinta tu
jaga kebersihan tu kan penting 
untuk diri sendiri jugak bukan untuk orang lain



Monday, 10 September 2012

Puasa 6 Di Bulan Syawal

Assalamualaikum semua..
Alhamdulilah, lama dah tak update. kali ni miza nak cerita pasal puasa 6.
walaupun puasa 6 ni bukan lah sesuatu yang wajib tapi ganjaran yang Allah beri SubhanaAllah tak ternilai. 
betulla orang kata nak buat baik ni senang cuma terpulang pada kita nak atau tidak je mengamal dan melakukannya.

dulu masa sekolah selalu dapat berpuasa 6 sebab ramai2 puasa kan jadi seronok la. kawan2 support suruh puasa 6 bukan susah dan bukan selalu dapat. so selama 4 tahun tu Alhamdulilah diberi tuhan kesempatan mengambil dan melakukan puasa 6 ni.
bila dah tak stay hostel tertinggal yela dah seronok makan je*nampak tak malasnya 
ni antara fadhilatnya yang miza jumpa dan share:

1. puasa enam hari di bulan syawal setelah ramadhan, merupakan pelengkap dan penyempurnaan
pahala dari puasa setahun penuh.

2. puasa syawal dan sya'ban bagaikan solat sunat rawatib,berfungsi sebagai
penyempurna dari kekurangan solat fardu atau puasa fardu,kerana pada hari Kiamat
nanti perbuatan-perbuatan fardhu akan disempurnakan (dilengkapi) dengan 
perbuatan sunat.
sebagaimana hadis Rasulullah saw yang bermaksud:'puasa fardhu yang dilakukan kaum muslimin memiliki kekurangan dan ketidak sempurnaan,
maka amalan puasa sunat dapat menutupi dan menyempurnakannya.

3. membiasakan puasa setelah Ramadhan menandakan diterimanya puasa ramadhan,kerana apabila Allah swt menerima amal seorang hamba,pasti Dia menolongnya dalam meningkatkan perbuatan baik setelahnya.

4.puasa ramadhan dapat menghapuskan dosa-dosa masa lalu.
orang yang berpuasa ramadhan akan diganjarkan pahala pada hari raya puasa yang merupakan hari kemenangan atau pembagian hadiah,puasa enam syawal merupakan rasa syukur atas nikmat yang diberikan oleh Allah dan sungguh tak ada nikmat yang lebih agung dari pengampunan dosa-dosa.

5.puasa enam hari dalam bulan syawal adalah amal-amal yang dikerjakan seorang hamba untuk mendekatkan diri kepada Tuhannya pada bulan ramadhan tidak terputus dengan berlalunya bulan mulia ini,selama ia masih hidup.

Tuesday, 28 August 2012

Kenangan Pulang ke Kampung

Assalamualaikum wah lama sangat dah ni tak update cerita kat belog 
biasalah cuti raya so belog pon cuti raya jugak la hehe..

miza rasa raya tahun ni paling banyak balik ke kampung..
yela mula2 raya kat kampung adik beradik miza klang *rumah sekarang konon2 kampung
lepas solat sunat raya pergi beraya kat rumah bekas tok penghulu yang malunya 
dah besar pon dapat duit raya *alhamdulilah rezeki hehehe

lepas beraya kat klang pakat2 gerak balik ke negeri sembilan pulak kampung ayah
yang seronoknya beraya kat negeri sembilan ni menjadi adat dan kalau tak buat rasa
macam tak raya je*yeye je

first mesti ada rendang hitam tak kisah la ayam ke daging asal rendang hitam dan yang special ada sambal bilis dan makanan macam ni wan angah je rajin nak buat sebab tu suka singgah rumah wan angah, dan yang paling penting duit raya mesti dapat hehehe

dan penat meronda negeri sembilan kami sekeluarga tak stay rumah nenek tapi meneruskan perjalanan pulang ke kampung ma pulak kat negeri cik siti wan kembang *kelantan la apa lagi

so miza pun stay tak tidur teman ayah drive sebab kesian ayah penat drive sensorang
miza perasan semua tidur bila ayah cakap nan ma lepas tu tak da respon miza pandang belakang semua tidur
kesian ayah tapi miza kadang2 tersenguk jugak hehe

cara miza nak hilangkan mengantuk ayah ialah jeng jeng jeng
gempak tak hehe..miza menyanyi lagu raya dengan ayah, berborak komen pasal orang kampung
cerita pasal nama2 jalan dan ayah sendiri cakap 'ayah orang negeri sembilan pun tak pernah sampai sini sebab jauh dengan rumah nenek' eleh padahal ayah tu membesar kat PJ..

tapi sebelum sampai ke kelantan kami singgah dulu kat terengganu rumah mak cik miza, sebab mok*panggilan untuk nenek bagi orang klate
ada kat sana so stay sana la dulu sebelum gerak balik KB, memang sempoi la raya tahun ni..
hehehe..teringat masa nak balik kami adaik beradik suka sangat amik gambar dalam kereta sampai orang dalam kereta sebelah gelakkan kami amik gambar dalam kereta *tula jakun lagi

dan moment paling best bila dapat lambai2 tangan dekat abam2 polis abam jpj abam trafik ayah kat depan geleng2 je mesti ayah ingat miza mengedik hehehe..dan bila sampai je dekat tol miza mesti cakap 'selamat hari raya' sampai tekejut jurutol tu miza buat, maaf buat muka comel *:P comel ke perasan tahap dewa ni
ma sampai gelakkan miza *segan saya

apa2 pun selamat hari raya pembaca setia belog miza ni *ada orang baca ke kuikui

Sunday, 12 August 2012

Selamat Hari Lahir Diri Sendiri

Assalamualaikum semua
Alhamdulilah bersua lagi 12/08 kali ni..masuk yang ni dah cukup dah 20 tahun bagi peluang bernafas dibumi Nya, dngan rahmat yang tak pernah putus buat ku dan cik kembarku along chantik.

oke tahun ni pon rasanya tak dapat hadiah macam tahun2 sebelumnya jugak*sedihnya
tapi tak pela dah besar bukan hadiah yang diharapkan tapi doa dari sahabat, keluarga, kawan2 dan juga mereka yang dikenali *hehe
itu yang lebih penting betul tak hehe..semoga makin dah besar semakin bijak la ey*nampak ngat sebelum ni tak berapa bijak hehehe

masuk tahun rasanya dah 2 kali dah hari lahir jatuh pada bulan puasa..sekurang2nya ada rahmat yela bulan-bulan puasa ni..insyaAllah..tetiba cik kembar tanya 'angah tak dapat call free ke?' aku yang noob pon terfikir aah la tak dapat pon mesej hari jadi tu hehe*dah pakai bb celcom tak bagi dah hadiah tu

ha tetiba teringat adik2 ku kat rumah tu..call cik kembar tanya kitaorang suka apa..so miza curios sangat nak tahu apa la yang diaorang nak bagi hehe,,*tunggu angah balik ey

kepada yang wish bufday miza dan cik kembar..thanks sesangat doakan kami itu hadiah yang paling bermakna buat kami..kawan miza cakap hadiah ditelan zaman doa yang berkekalan
thanks semua dan yang paling penting thanks ma ayah sebab sudi jaga angah nan along sampai sekarang.

Sunday, 5 August 2012

2 Hari 2 Malam di Kuala Terengganu


Assalamualaikum semua..
bersua kembali kita *ayat BM la kunun


trip kali ni miza pergi dengan kawan baik a.k.a kakak miza..miza dah anggap dia macam akak miza sebab dia lagi tua dari miza, selalu ada masa miza memerlukan dia dan tu je kot..hehehe..*perasan orang tanya la tu

plan asalnya nak melawat mak kawan akak ni..yela orang sakit kita ziarah islam sendiri mengalakkan kita menjenguk orang sakit sebab buatkan kita ni mengingati mati*ada gaya ustazah tak
teruk jugak la sakit mak kawan akak ni..tapi nak stay kat rumah je tak mau menyusahkan anak2 dan suami tercinta mungkin.

dan nak dijadikan cerita miza walaupun kampung belah ma 
dekat terenggau jarang naik sampai ke kuala terengganu tu sendiri *sedih kan
so mula la terserlah kebatakkannya..heheh..dan dengan jasa baik tuan driver dia dah bawak kami ronda2 kuala terengganu sempat la pandang sekolah masa miza darjah 6..hehe..rindu nak jadi bebudak balik..

dan lepas je daerah besut kitaorang naik kat daerah setiu kebetulan jugak akak miza ni dulu pernah membesar kat sini untuk beberapa tahun..dan macam2 nama tempat miza nampak dari sungai tong, kampung tepuh, langkap, dan paling best nama tempat tu kampung telaga batin*koramg rasa kenapa kampung tu nama macam tu ey 

kenangan paling manis kami hari tu berjalan kat pasar payang yang dah nak tutup hehe..carik dataran syahbandar yang kebetulan Astro NJOI buat promotion nampak la khairul AF nan Mawi..beli makanan dan paling tak boleh lupa kitaorang berbuka dekat bazaar warisan ramai jugak la yang berbuka kat sana..

esoknya bergerak nak balik, dalam nak balik menyempat lagi menjejakkan kaki kat masjid kristal akak la nak sangat pergi so tuan driver bawak jela..hehehe..dan hari tu jugak kita orang berbuka kat perhentian bas kecil dekat area felcra baru dekat jugak la dengan felda bentara*tak salah la

masa nak balik tu banyak yang kitaorang borakkan yela nak teman tuan driver yang penat drive nak tidur tak sampai hati so berborak la dari satu topik ke topik yang lain*eleh macamla orang nak tahu 
dan akhirnya kami sampai ke kota bharu dalam area kol 10 malam lepas hantar akak dan miza tuan driver menghantar dirinya sendiri pulang hehehe*nak berjalan lagi nak ajak tuan driver lagi la

dan kenangan tu biar la kami simpan dan menjadi sejarah terbaik dalam hidup kami dalam menyusur hidup bersahabat..kerana dalam ramai sahabat mungkin hanya seorang yang menganggap kita seperti adik beradiknya sendiri walaupun berlainan ibu bapa dan keturunan..

kak i love u because u always besides me when me.. *belagak nak cakap BI
kepada tuan driver nanti kalau kitaorang nak berjalan kitaorang akan panggil tuan 


Wednesday, 25 July 2012

Selamat Datang Ya Ramadhan

Assalamualaikum ualls..
Alhamdulilah rasanya belum terlambat lagi miza nak ucapkan selamat menyambut ramadhan
 al-mubarak kengkawan..

bila dengar pemegang mohor besar buat pengumuman kemain gembiranya *tapi dah tukar orang
dan tahun ni paling sedih sebab first ramadhan tak dapat sambut ngan family..
apa yang miza suka dengan ramadhan *selain makanan banyak
miza dapat solat isya' berjemaah kat masjid hehe..

first ramadhan tak pergi bazaar sebab tak sempat lagi pon bebaru lagi..hehe..makcik dari teganu datang sebab nak berbuka dengan mok*panggilan orang kelantan
terawih emm teringat masa kekecik dulu suka pergi terawih sebab apa sebab moreh la*eleh orang tak tanya la
sanggup ikot ayah naik motor g terawih..sekarang dah besar pergi jugak terawih cuma jalan kaki je tak pon naik kereta*perasan orang tanya lah tu

semalam la terawih paling menyedihkan miza*mesti korang tertanya2 kan
semalam hujan so pergi masjid jalan kaki dengan payung smurf*eleh tu pon nak cakap
nak dijadikan cerita lepas amik wudu' nak letak la payung tu dekat sikit yela takot kena rembat hehe..
miza tumpang la pijak satu selipar ni..masa miza nak pusing tetiba je terjatuh
mak ai sakitnya terjatuh kat tangga nasib baik time tu tak ramai orang..

along tanya ada luka2 tak..miza cakap la tak da rupanya masa solat baru rasa sakitnya
rasa macam nak nangis je..nak lari kat ayah pon ada sebab buku lali bengkak*ayahhhhhh

bila tengok balik la selipar jepun rupanya patutla jatuh mesti selipar tu marah miza pijak dia..hehehe

balik klang nanti nak suruh ayah urutkan la kaki ni..
malang sungguh dulu masa kena lenyek kereta pon kaki kanan
sebab jela ada hikmah la tu
lepas terjatuh miza terus terpikir apa salah yang miza buat hari tu dan apa hikmah yang
 Allah nak tunjukkan kat miza sebab terjatuh tangga masjid tu..
sebab ma selalu cakap ada sebab kena sesuatu terjadi..

sekali lagi selamat menyambut ramadhan al-mubarak
semoga ramadhan kali ini adalah ramadhan terbaik untuk kita semua
dan semoga kita berpeluang berjumpa di ramadhan akan datang

Tuesday, 3 July 2012

Hai New Sem

Assalamualaikum semua.
ha hari ni dah setat sem baru tapi miza malas nak pergi sebab kelasmate lain malas nak datang.
so teramat la boring kat rumah ni ada jugak la rasa nak main hentuk2 kepala kat dinding*nak tunjuk hadkor la tu.

haha.nampak tak tahap kebosanannya, tapi nanti kalau dah setat kelas nah hamik kau nak jenjalan pon tak sempat bizi benau. okeh result jangan tanya *eleh peresan orang nak tanya la tu
sangat la tak cantik pemalas lupakan la angan- angan nak ke oversea tu.
tula result tak over sangat.

sem ni sem last miza kat negri cik siti wan kembung eh kembang. so macam-macam nak buat sebelum balik ke selangor. tapi teransepot pulak macam menjadi halangan, tapi bukan macam dah memang ye sebab miza just ada motor je kereta tak da inikan pulak la lesen.

haha pemalaskan miza nak amik lesen kalau boleh nak ada driver sendiri bila dah kawen *ceh perasan tak sudah. so semoga sem baru membawa sinar baru, ilmu baru, pakwe baru tu macam lambat lagi je. ceh ayat bajet hotsetap je. haha

semalam kol tanya kelasmate nak datang tak hari ni

kak wani : miza ko nak g kolej ke hari ni
miza : kenapa kak? *muka belur
kak wani :ramai dah kelas kita malas masuk kelas sok.
miza : oke tak pela tak payah pergi lusa jela amik jadual.

nampak tak pemalasnya. so for junior dunt do this okeh.