Wednesday, 18 December 2013

"HALLYU WAVES GIVEAWAY by Putry Mirah and Rifa Sparrowz"

hai jemput join uolls


NAK JOIN BOLEH TEKAN BANNER

Hai guys , Ini adalah Hallyu Waves GiveAway yang dianjurkan oleh Putry Mirah dan Rifa Sparrowz.
GiveAway yang berkonsepkan Korean Pop {{KPOP}} . Contohnya EXO dan lain-lain . 

GiveAway ni menawarkan hadiah-hadiah yang menarik . 

Top Referral : Baju KPOP {{ MISTERI }} *ikut nasib 

Tempat pertama : Beg KPOP { SUPER JUNIOR } dan Button { SNSD }
Tempat kedua : Poster { BIG BANG } dan Poster { EXO }
Tempat ketiga : Header KPOP (Pilihan pemenang) { seorang  pemenang } 
Tempat keempat : Cursor nama (Pilihan pemenang) { dua pemenang } 
Tempat kelima : Blog Review { lapan pemenang }
Tempat keenam : Bloglist { lapan pemenang } 

JOM JOIN RAMAI-RAMAI . JANGAN LEPASKAN PELUANG
AKAN TERBATAL JIKA KURANG DARI 30 PESERTA

Giveaway Peserta Bertuah



KLIK BANNER UNTUK JOIN

HADIAH:


Pemenang akan menerima sehelai blouse gojes menawan ni. Mungkinkah anda pemenang bertuah tersebut. Jengjengjeng… Jom! Sama-sama kita raikan GA simple ni.


TAMAT: 31 DISEMBER 2013

Nak Kawin vs.Tak Nak Kawin



[kredit]
Assalamualaikum..

dah lama rasanya tak update blog miza yang tersayang ni. Ceh mentang mentang entry pasal kawin terus sayang belognya, kalau idok dibiorkan aja belognya.

Sentap!!

Bukan apa yela hujung tahun ni biasalah orang kawin ni dah macam pesta, tapi side yang baiknya dapat makan free tak yah sesusah masak hehe.. Tapi bukan isu tu yang nak miza kongsi tapi, setengah orang takut bila isu kawin ni dibangkitkan lelagi bila usia tu dah lanjut, ada apa dengan usia yang penting amalan.

Gedebok jatuh kerusi.

Pada miza isu perkahwinan bukan perkara yang mudah, yela korang akan hidup dengan orang tu sampai akhir hayat korang, kalau bincang isu kawin tak pernah pun terlintas untuk bercerai pada akhirnya betul tak? Tapi isu dia sekarang kita akan hidup dengan dua kepala dengan pelbagai kehendak dan ragam, mampu ke korang nak tanggung semua tu?

Satu lagi yang miza rasa, pekahwinan bukan satu perlumbaan hantaran sapa paling banyak, majlis sapa paling meriah, yang penting dua belah pihak berpuas hati dengan apa yang ada dan sentiasa menyokong bukan menjatuhkan.

Sapa yang tak nak berkahwin ada pasangan bermanja bermesra, macam miza, miza macam tersepit bukan apa minda dan kehendak memang betul betul nak kawin, tapi bila dipikirkan balik badan dan cara hidup tu belum bersedia untuk berkahwin, yela nak kena kongsi katil, kongsi almari. Bukan benda senang, nak kena hadap keluarga yang korang tak pernah rapat atau pun bertegur, kan awkward rasa dia. 

Dorang tak pernah tahu cara hidup dan habit korang yang buruk, takkan korang nak sorok sampai mati, tak ke hipokrit. Penat oi hidup dalam suasana macam tu. Tu yang miza kata bukan senang nak kawin. Kawin ni macam kita kawin dengan satu keluarga, Cuba bayangkan kalau keluarga mertua tak berapa suka dengan korang tak kesedih. Yup memang korang boleh kata korang takkan duduk sebumbung dengan dorang selamanya, tapi ingat apa tindakan korang akan jadi perhatian.

hidup bukan untuk berdua selamanya.

Lepas berkahwin banyak benda lagi yang korang kena pikirkan. Yela hidup ni bukan untuk berdua selamanya, bila ada rezeki akan ada yang bertambah, anak bertambah, bebanan sedikit bertambah yela banyak perut kena jaga, dulu mungkin perut kita, lepas berkahwin perut berdua lepas tu bertiga dan seterusnya. Tapi ingat tujuan perkahwinan juga adalah dengan menambah bilangan ummat nabi.



Oke lama lama menngarut je lebih nanti, so miza habiskan kat sini je.
Boi Boi

Thursday, 21 November 2013

Stress

              


Assalamualaikum..

Semalam masa cari tudung untuk konvo, tapi terlupa antara biru or hijau turquoise. Nampak sangat careless nya kan, aigoo ngah. Last last tak jadi beli, sebab takut beli salah colour plak. Nak dijadikan cerita, miza bukak mulut pasal menteri kitalah yang akan mengharamkan kenderaan 12 tahun kat highway and jalan jalan tikus.

Bukan apa tak fikir ke kami golongan muda yang baru je habis belajar dan masih tercari cari pekerjaan, dengan syarat untuk loan yang semakin leceh dan rumit, apa dorang ingat rakyat kaya macama keturunan dia ke. Simpati sikit pada golongan kebanyakkan dan miskin, bukan makin membebankan ke.

Miza pun cakap dengan ma, 'kalau angah kawen dulu, angah nak ma punya avanza, itu pun kalau vios lulus. Ma 'kalau luluslah kan' sinis je bunyik dia. Along pun dengan selamba menyampuk, kalau aku kawen aku nak tambah bilik je kat depan, nak duduk ngan ma senang,  tak yah pikir pasal nak cari rumah. Habis gelak sakan.

Cubalah pikir, dulu masa nak mengundi konon rakyat didahulukan, ni dah menang, rakyat dibelakangkan. Tunggu jelah nanti kat sana, mengigil nak jawap. Aku ni sampai naik nak termuntah naik tren penuh dengan janji dan manifesto, last last semua tu ke longkang. Kurap je tinggal.

Dah ngah cool down.

Tadi baca pasal Ahmad Ammar : Syahid yang tertangguh. Untung mak dan ayah dia, satu satu nya anak mereka dijirankan dengan rumah sahabat Nabi, Abu Ayub. Miza kenal jugaklah sejarah Abu Ayub ni sebab pernah baca dalam buku Kamal Attartuk. Ammar meninggal diusia muda dengan penuh pengorbanan dan sumbangan yang diberikan. Kita ni dah jauh ketinggalan walaupun lebih dulu melihat dunia.

Ammar merupakan rakyat Malaysia pertama dikebumikan dikawasan pusara sahabat nabi dan para syuhadah, alangkah beruntungnya Ammar, didunia sudah dimuliakan.

Semoga Syahid mu memberi contoh terbaik untuk kami.
Al-fatihah.

Ahmad Ammar Dalam Kenangan

Monday, 11 November 2013

Dilemma





Assalamualaikum.
Sekarang boss masih lagi Business Trip ke London, maka aku disini berjoli kataklah buat kerjanya. hehe jangan marah boss. Tapi tu bukan apa yang nak miza kongsikan. Sekarang miza betul betul dalam dilemma. Korang tahu sebab apa? Opkos korang tak tahu sebab uolss not in my shoes right now.
[kredit]
Benda yang menganggu miza kebelakangan ni ialah sambung belajar. Bukan apa ma miza kalau boleh nak miza postpone study tu 2 tahun akan datang, sebab ayah nak beli kereta baru, kalau miza still kerja maknanya bolehlah membantu bab bab nak membayar kereta tu nanti. Tapi miza nak sangat sambung belajar dan dalam masa yang sama nak jugak tolong ayah yang nak beli kereta baru tu. So memang tersepit gila la gaya dia. Macam orang dedulo cakap, diluah mati mak, ditelan mati bapak. 

*nangis sambil makan biskut.

Korang jangan ingat tu je, ada lagi. Tetiba ma miza bangitkan isu motor dan insurance. Bukan apa kata ma miza "kalau ko sambung belajar sapa nak bayarkan motor dengan insurance ko?". Aigoo nampak tak memang betul apa yang ma miza bagitahu kerisauan dia, tapi miza sedikit tersinggung uolls bukan apa, caranya macam tak bagi miza sambung dalam masa terdekat ni.

Yang menambah perasa dalam masalah ni ialah bila ma miza cakap, anak jiran belakang tu, ada degree tapi gaji sikit je. Anak sulung dia ada degree jugak tapi jual burger je. Oke sentap seminit, tapi miza cakap rezeki angah tak sama dengan dorang, kalau sama senang hidup sebab kita dah tahu kalau kita belajar sama macam dia, apa yang dia dapat pun nanti sama dengan apa yang angah dapat.

So satu je penyelesaian yang ada dalam kepala ni, Istiqarah, sebab Rasullulah pun pernah mengajar sahabat, andai ada perkara yang dilakukan dalam dilemma atau pun tidak pasti memilih antara dua, lakukan istiqarah.
[kredit]

Thursday, 31 October 2013

Ambang Konvo Kali ke 30

KPTM 

Assalamualaikum..

Sekarang dah nak masuk hujung tahun, bermakna ramai graduan yang nak konvo termasuklah den ni ha. Perasaan dia bila dah nak konvo berkecamuk, bukan apa yela tak nak pergi pun ada tapi rindu kawan kawan masa belajar kat Kelantan. Nak pergi tapi perasaan dia malas, sebab kena mintak cuti and one more thing jauh dan malas sangat.

Tapi orang kata peluang bukan selalu ada, peluang apa lagi kalau bukan peluang berjumpa kawan kawan and lecturer. 

#eleh padahal nak elak jumpa lect. Nangis bawah meja.

Macam tak caya Allah bagi peluang untuk habiskan Diploma selama 3 tahun. Alhamdulilah walaupun result tu tak la berapa banyak dan tak dapat peluang naik stage untuk Anugerah Dekan or what ever. Sorry ma ayah tak mampu lagi nak mencapai taraf pendidikan yang diingini.

Lepas habis Konvo apa lagi yang nak difikirkan selain dari sambung belajar or teruskan kerja. Ha cakap pasal sambung belajar, ma aku kalau boleh nak anak dia ni PJJ je, perasaan anak ma plak sekarang ni nak sambung study full time. Dilemma betul, tapi ada akak suggest apa salahnya try mintak penaja, so mesti ma tak berat hati nak lepaskan kalau dah tajaan.

Bercerita pasal tajaan pulak ni yang malu. Result sekangkang kucing meow meow je tapi harap lah dapat. So kepada semua yang bakal Konvo Tahniah dan tahniah diucapkan kerana anda telah melaksanakan amanah dalam menuntut ilmu dengan sempurna.

Friday, 4 October 2013

Ungkit Mengungkit

[kredit]
Assalamualaikum.
Wah dah sampai hari jumaat yang osemm!!
Dah baca Kahfi? kalau belum apa lagi berlumba lah pergi baca tunggu apa lagi. 

Sebenarnya ungkit mengungkit ni kadang kadang macam dah jadi darah daging, tapi tak semua orang dan tak semua benda kita mengungkit. Paling tak boleh tahan kalau mengungkit masa tengah marah, yang terkena ni sabar jela, yela orang tengah marah mana nak pikir yang dia pikir amarah dia jelah.

Kalau masa bercinta segunung intan sanggup ku beri, tapi bila dah putus ditengah jalan kenapa nak mengungkit, nampak sangat tak ikhlas masa nak bagi dulu. Bukan apa kalau kita ikhlas kita takkan ungkit hal tu dan takkan cerita dekat sapa-sapa sebab kita ikhlas.

Jatuh tersepak batu. #eh terkena diri sendiri.

Semalam masa makan makan dengan ma and adik beradik, tetiba je terbangkit isu ni, ingat bukan mengungkit tapi terbangkit. Eh apa kena mengena. Aku cerita dalam bentuk dialoglah senang sikit nak paham kot.

Aqilah: Ma belikan kita singlet baru, tengok singlet kita semua dah tercabut benang(sambil
              gunting benang).
Aku : Eleh singlet suruh ma beli, aku singlet semua beli sendiri tak da pun ma belikan. Ma 
           amik duit aku lagi adalah. Gelak besar.
Along: Ntah.. Hehehe
Ma    : Tak baik tau mengungkit dengan mak sendiri.
Aku : Bukan mengungkitlah gurau je.
Ma : Korang baca status deli (sepupu aku) kat fb. Ada dua benda je yang boleh diungkit, iaitu          pemberian ibu kepada anaknya dan ilmu yang diberikan oleh guru. So orang lain tak 
         boleh mengungkit. 

Oke dapat ilmu free sambil sambil makan ayam.

So harap korang paham, jangan mengungkit, tapi kenkadang terungkit jugak sebab hasutan syaitonirrajim. Tengok setan jugak salah, memang salah setan, kan dari syurga lagi syaitan berjanji akan menghasut anak adam agar ingkar dengan suruhan Allah.