Thursday, 20 February 2014

Berkat dalam Hidup

[kredit]
                                               
Assalamualaikum..
Dah lama rasanya tak update blog ni, bukan apa takda idea nak share. So ilmu makin berkurangkah? Hehe. Bercerita pasal berkat ni bukan apa yela dalam hidup ni kalau berkat hilang susah hidup sebab dalam islam berkat tu penting.

Nak dijadikan cerita, semalam masa tengah makan kat rumah miza dengar satu ceramah tapi lebuh kepada bercerita tentang halal dan berkat halal itu sendiri. Kisahnya bermula bila ustad tu sendiri bertemu seorang tukang kebun yang hanya memperolehi pendapatan RM400 sebulan.

Cuba korang bayang, mampu ke hidup dengan jumlah pendapatan macam tu?

Tapi Alhamdulilah pak cik ni mampu sebab dia berpegang dengan 2 perkara dalam hidup dia iaitu mencari yang hala dengan bersyukur dengan yang halal. Alhamdulilah kalau kita mampu ke tak nak bersyukur dengan hanya empat ratus sebulan.

SubhanaAllah.

Oke sekarang kat opis miza berlaku konflik, bila orang dah tak nak tolong sebab kita tak bayar. So cuba uolss tolong sebenarnya membantu tanpa mengharapkan balasan tapi kalau orang dah nak bagi terima jela kan. Tpi bila tolong asik nak mintak upah apa maknanya?
Ada jugak orang macam ni.

Cuba pikir duit ni bukan isu mudah tau, bukan apa cuba korang pikir, kalau dapat duit korang nak beli yang penting kan. Like makanan so makanan tu jadi darah daging, kalau duit tu kita dapat dengan cara yang tak berkat so nanti efek pada badan kita, kat akhirat nanti nak jawap apa bila ditanya.

Ha situ kita boleh tengok, but people now a day prefer to get money not barakah. Semua orang tahu money cannot buy happiness but people give happiness to get money. So bila nak tolong buat cara nak tolong, kalau orang bayar Alhamdulilah tapi kalau tak nak bayar anggap je pertolongan tu nanti Allah yang bagi ganjaran.

So miza harap miza tak jumpa dah orang macam ni, bukan apa sedih la macam ni semua tahu halal haram, Becerita pasal islam pom pam pom pam tapi solat tak. Kalau non-muslim tengok pun korang rasa diaorang nak percaya apa yang ko cakap bila tengok cara hidup korang. Pikirlah.

Thursday, 2 January 2014

Tahun baru datang bersama azam lama?



Assalamulaikum..

Selamat tahun baru readers, wah uolls tahun dah baru azam, rupa semua nak baru, tapi hati berkarat bila nak bersih.#eh. Tahun baru datang bersama azam lama? Korang tahu kenapa tetiba boleh tercampak pulak idea ni keluar dari otak miza yang kecik ni bukan apa, cuba korang pikir every year uolss renew uolls punya azam but the end of the year tercapai ke semua azam korang?

Duduk termenung.

Azam miza tiap tiap tahun sama, nak jadi yang terbaik untuk semua orang, but end the of the year im still the same person and same attitude, nak berubah ada je halangan, biasalah nak buat baik ada je yang datang bisik, campur dengan hati yang kureng kuat ni mau bergegar ooi azam tahun baru. Hahaha *gelak jahat* So apa apa pun usaha dan pengorbanan sentiasa seiring yela nak pastikan azam tiap tiap tahun menjadi dan bukanlah azam yang hangat hangat taik ayam.

Asal bau taik?

Tula orang kata mengungkapkan lebih mudah dari merealisasikan. Ha amik kau melayu sejati ayat dia. Apap pun azam korang untuk tahun 2014 miza doakan yang terbaik dan tercapai. Peace yau.

[kredit]

Cita-Cita Ayah Saya

[kredit]
Assalamualaikum.

wah entry klasik sangat macam buat karangan masa primary school dulu. Rindu zaman kanak-kanak yang tak payah nak pikir masalah duit, cinta dan masalah kawan, yela kawan tikam belakang kawan tinggalkan korang masa dulu ada korang amik port, takda kan.

Pergi lantak tak nak kawan, ada aku heran #eh

Tapi tu bukan cerita yang nak dikongsikan, tengok entry dah tahu cita cita tapi bukan saya, ayah saya Zainal Bin Othman. Dulu masa kecik kecik cikgu tanya besar nak jadi apa? Semua dengan bangga sebut cita cita yang tak tahan semua nak hebat. Tapi dalam cerita Upin Ipin tu bagusnya fizi yang nak kerja bahagia kutip kutip sampah, pekerjaan macam ni patutnya dapat pengiktirafan sebab sanggup kutip sampah korang yang Nauzubillah baunya.

Bersyukur Malaysia masih aman #eh

Oke dah melalut jauh, nak dijadikan cerita tengah makan, aih asik asik dapat cerita time makan, pastu bising gemuk, haila. Ma bukak mulut sebab bola malaysia kalah masa SEA games kat Myanmar. 'Dulu kalau arwah atuk tak marah ayah masa nak mintak belikan boot baru, mesti sekarang ayah dah jadi pemain bola Negeri Sembilan'. Wah kitorang adik beradik gelak, yela macam tak percaya dulu ayah pernah main untuk kelab negeri sembilan. Muna apa lagi yang gila bola tu " kalau arwah atuk bagi mesti kitorang jadi anak pemain bola" tapi semua tu kalau jela eh kalau.


Ma kata kalau ayah jadi pemain bola takda lah ma kawin ngan ayah, and ma takda korang semua sekarang. Deep oi deep. Oke sekarang baru aku tahu muna dapat mana perangai gila bola sampai aku naik menyampah. And now my dad already work as Driver. See masa dulu beria sebut cita cita depan cikgu and the end of the life kita sendiri tak pernah terpikir yang bila kita besar nanti ni pekerjaan aku.

Apa apa pun im proud be you daughter dad <3

Apa pun cita cita korang nanti terima jela dengan redha, bukan semua yang kita nak kita dapat.



Wednesday, 18 December 2013

"HALLYU WAVES GIVEAWAY by Putry Mirah and Rifa Sparrowz"

hai jemput join uolls


NAK JOIN BOLEH TEKAN BANNER

Hai guys , Ini adalah Hallyu Waves GiveAway yang dianjurkan oleh Putry Mirah dan Rifa Sparrowz.
GiveAway yang berkonsepkan Korean Pop {{KPOP}} . Contohnya EXO dan lain-lain . 

GiveAway ni menawarkan hadiah-hadiah yang menarik . 

Top Referral : Baju KPOP {{ MISTERI }} *ikut nasib 

Tempat pertama : Beg KPOP { SUPER JUNIOR } dan Button { SNSD }
Tempat kedua : Poster { BIG BANG } dan Poster { EXO }
Tempat ketiga : Header KPOP (Pilihan pemenang) { seorang  pemenang } 
Tempat keempat : Cursor nama (Pilihan pemenang) { dua pemenang } 
Tempat kelima : Blog Review { lapan pemenang }
Tempat keenam : Bloglist { lapan pemenang } 

JOM JOIN RAMAI-RAMAI . JANGAN LEPASKAN PELUANG
AKAN TERBATAL JIKA KURANG DARI 30 PESERTA

Giveaway Peserta Bertuah



KLIK BANNER UNTUK JOIN

HADIAH:


Pemenang akan menerima sehelai blouse gojes menawan ni. Mungkinkah anda pemenang bertuah tersebut. Jengjengjeng… Jom! Sama-sama kita raikan GA simple ni.


TAMAT: 31 DISEMBER 2013

Nak Kawin vs.Tak Nak Kawin



[kredit]
Assalamualaikum..

dah lama rasanya tak update blog miza yang tersayang ni. Ceh mentang mentang entry pasal kawin terus sayang belognya, kalau idok dibiorkan aja belognya.

Sentap!!

Bukan apa yela hujung tahun ni biasalah orang kawin ni dah macam pesta, tapi side yang baiknya dapat makan free tak yah sesusah masak hehe.. Tapi bukan isu tu yang nak miza kongsi tapi, setengah orang takut bila isu kawin ni dibangkitkan lelagi bila usia tu dah lanjut, ada apa dengan usia yang penting amalan.

Gedebok jatuh kerusi.

Pada miza isu perkahwinan bukan perkara yang mudah, yela korang akan hidup dengan orang tu sampai akhir hayat korang, kalau bincang isu kawin tak pernah pun terlintas untuk bercerai pada akhirnya betul tak? Tapi isu dia sekarang kita akan hidup dengan dua kepala dengan pelbagai kehendak dan ragam, mampu ke korang nak tanggung semua tu?

Satu lagi yang miza rasa, pekahwinan bukan satu perlumbaan hantaran sapa paling banyak, majlis sapa paling meriah, yang penting dua belah pihak berpuas hati dengan apa yang ada dan sentiasa menyokong bukan menjatuhkan.

Sapa yang tak nak berkahwin ada pasangan bermanja bermesra, macam miza, miza macam tersepit bukan apa minda dan kehendak memang betul betul nak kawin, tapi bila dipikirkan balik badan dan cara hidup tu belum bersedia untuk berkahwin, yela nak kena kongsi katil, kongsi almari. Bukan benda senang, nak kena hadap keluarga yang korang tak pernah rapat atau pun bertegur, kan awkward rasa dia. 

Dorang tak pernah tahu cara hidup dan habit korang yang buruk, takkan korang nak sorok sampai mati, tak ke hipokrit. Penat oi hidup dalam suasana macam tu. Tu yang miza kata bukan senang nak kawin. Kawin ni macam kita kawin dengan satu keluarga, Cuba bayangkan kalau keluarga mertua tak berapa suka dengan korang tak kesedih. Yup memang korang boleh kata korang takkan duduk sebumbung dengan dorang selamanya, tapi ingat apa tindakan korang akan jadi perhatian.

hidup bukan untuk berdua selamanya.

Lepas berkahwin banyak benda lagi yang korang kena pikirkan. Yela hidup ni bukan untuk berdua selamanya, bila ada rezeki akan ada yang bertambah, anak bertambah, bebanan sedikit bertambah yela banyak perut kena jaga, dulu mungkin perut kita, lepas berkahwin perut berdua lepas tu bertiga dan seterusnya. Tapi ingat tujuan perkahwinan juga adalah dengan menambah bilangan ummat nabi.



Oke lama lama menngarut je lebih nanti, so miza habiskan kat sini je.
Boi Boi

Thursday, 21 November 2013

Stress

              


Assalamualaikum..

Semalam masa cari tudung untuk konvo, tapi terlupa antara biru or hijau turquoise. Nampak sangat careless nya kan, aigoo ngah. Last last tak jadi beli, sebab takut beli salah colour plak. Nak dijadikan cerita, miza bukak mulut pasal menteri kitalah yang akan mengharamkan kenderaan 12 tahun kat highway and jalan jalan tikus.

Bukan apa tak fikir ke kami golongan muda yang baru je habis belajar dan masih tercari cari pekerjaan, dengan syarat untuk loan yang semakin leceh dan rumit, apa dorang ingat rakyat kaya macama keturunan dia ke. Simpati sikit pada golongan kebanyakkan dan miskin, bukan makin membebankan ke.

Miza pun cakap dengan ma, 'kalau angah kawen dulu, angah nak ma punya avanza, itu pun kalau vios lulus. Ma 'kalau luluslah kan' sinis je bunyik dia. Along pun dengan selamba menyampuk, kalau aku kawen aku nak tambah bilik je kat depan, nak duduk ngan ma senang,  tak yah pikir pasal nak cari rumah. Habis gelak sakan.

Cubalah pikir, dulu masa nak mengundi konon rakyat didahulukan, ni dah menang, rakyat dibelakangkan. Tunggu jelah nanti kat sana, mengigil nak jawap. Aku ni sampai naik nak termuntah naik tren penuh dengan janji dan manifesto, last last semua tu ke longkang. Kurap je tinggal.

Dah ngah cool down.

Tadi baca pasal Ahmad Ammar : Syahid yang tertangguh. Untung mak dan ayah dia, satu satu nya anak mereka dijirankan dengan rumah sahabat Nabi, Abu Ayub. Miza kenal jugaklah sejarah Abu Ayub ni sebab pernah baca dalam buku Kamal Attartuk. Ammar meninggal diusia muda dengan penuh pengorbanan dan sumbangan yang diberikan. Kita ni dah jauh ketinggalan walaupun lebih dulu melihat dunia.

Ammar merupakan rakyat Malaysia pertama dikebumikan dikawasan pusara sahabat nabi dan para syuhadah, alangkah beruntungnya Ammar, didunia sudah dimuliakan.

Semoga Syahid mu memberi contoh terbaik untuk kami.
Al-fatihah.

Ahmad Ammar Dalam Kenangan