Wednesday, 27 March 2013

Penegak Agenda Yahudi



[kredit]



Assalamualaikum..
Alhamdulilah miza dah habis baca sejarah kehidupan seorang diktaktor *betul ke miza eja ni
sapa lagi kalau bukan Mustafa Kamal Artaturk.. 

Dendam dia terhadap pemerintahan khalifah uthmaniyah nauzubillah dasyat sangat, dan tak terjangkau dek fikiran yang wujud juga insan seperti ini.. Bagi kaum yahudi Kamal Artaturk mungkin dianggap hebat, namun bagi umat islam dia adalah seorang pengkhianat agama kerana sanggup menggulingkan pemerintahan khalifah uthmaniyah yang hebat pada masa dulu.

Kamal Artaturk yang diragui siapa bapa kandungnya yang sebenar hidup dengan seorang ibu yang Islam dan sentiasa mahu Kamal Artaturk menjadi seorang hafiz, namun semua itu musnah kerana beliau sendiri wujud dengan benih haram pada malam pesta kambing yang sering diadakan oleh kaum yahudi.

Mereka menggunakan nama islam hanya untuk mengaburi mata orang islam sedangkan hati mereka masih kuat mempercayai agama nenek moyang mereka iaitu yahudi. Kamal Artaturk sendiri lahir dalam kaum yahudi dunamah dan dunamah sendiri membawa maksud orang orang munafik.

Ayat yang paling miza benci nak baca bila Kamal Artaturk menjadi Presiden pertama Turki ialah 'siapa yang berani menentang aku sama seperti dia menentang kerajaan Turki ' hanya kerana bimbang berlaku rusuhan dari orang yang masih berpegang teguh kepada agama islam.

Part yang paling miza suka dalam buku ni ialah bila Sultan Muhammad Al Fateh berjaya menakluk Kota Konstantinopel. Nabi Muhammad SAW ada berkata hanya pemerintah yang adil, tentera yang adil dan rakyat yang adil saja dapat menakluk negeri ini.. Maka semua sahabat Nabi berlumba lumba untuk merealisasikan hadis nabi sehingga ada seorang sahabat Nabi,  Abu  Ayub Al-Ansari yang sudah berusia 81 tahun ketiga itu juga mahu menyertai rombongan tentera yang dipimpin oleh Muawiyah.

Selepas Sultan Muhammad Al Fateh berjaya menakluk Kota tersebut [Istanbul] Sultan mencari kubur Abu Ayub Al-Ansari yang ditanam di tepi kota tersebut namun telah dipindahkan kedalam kota selepas Maharaja menyuruh tenteranya berbuat demikian. Abila dikorek semula kubur sahabat Nabi ni, Maha Suci Allah menjaga mayat Syuhadah kerana Tidak reput walaupun telah ditanam beratus ratus tahun. tentera dan mereka yang ada berebut rebut mencium kaki sahabat Nabi, namun apabila Sultan Muhammad Al-Fateh ingin mencium kaki sahabat Nabi mengelak kerana malu dengan Sultan yang berjaya menakluk Kota Konstantinopel.

Apa yang miza boleh kata cerita tentang Mustafa Kamal Artaturk ni memberi pengetahuan yang mendalam seta menceritakan serba sedikit tentang negara Turki dan zaman Khalifah Uthmaniyah yang hebat. dan sangat rugi bagi sesiapa yang belum pernah membaca cerita tentang Penegak Agenda Yahudi ini.

Akhirnya mayat Kamal Artaturk tidak diterima tanah di Turki, dan Ulama Turki mengatakan 'bukan tanah Turki sahaja tidak menerimanya malahan seluruh tanah dibumi ini tidak mahu menerima mayat beliau'.

-miza zainal-

p/s Mustafa = Orang yang dipilih/terpilih
     Kamal = Sempurna
     Artaturk = gelaran bagi presiden diTurki

Semoga tiada lagi cerita tentang 'kebaikan' Kamal Artaturk seperti ni 

Wednesday, 13 March 2013

Cinta Manusia




Assalamualaikum..

hari dengan senang hati miza nak bercerita pasal cinta.. mungkin dalam bahasa yang mudahnya  berkongsi rasa yang Tuhan bagi pinjam ni.. mesti semua pernah rasa manisnya bercinta pada permulaan episode bercinta..

bila bercerita pasal cinta  ni, takkan lari jauh walaupun seinci dengan alam perkahwinan.. miza pernah rasa sebuah kehilangan yang amat dasyat dan hampir membuatkan miza sendiri berpendirian seperti mereka yang kurang iman akibat kehilangan cinta hati kononnya..  

namun sokongan dan semangat yang tak jemu jemu ditiup oleh kengkawan membuatkan miza bangkit dari episode sedih miza.. kisah hingga terjadinya keputusan yang gila yang miza ambil sekarang ialah, pada permulaan perkenalan yang hanya untuk bersahabat tidak sangka berlanjutan kepada alam pertunangan.. 

miza terlupa yang miza hanya boleh menyerahkan bulat bulat rasa cinta ini hanya kepada Pencipta.. bila miza alpa Allah sedarkan miza dengan mengambil kembali orang yang diberi pinjam untuk miza berkongsi rasa.. sakitnya masa tu SubhanaAllah hanya Allah yang mengetahuinya.. berkecai hati  ni bila apa yang miza rancang musnah dalam sekelip mata..

masa itu baru miza sedar dan ingat yang sehebat mana atau serapi mana pun perancangan kita, hanya perancangan Dia yang terbaik dan sentiasa memberi kebahagian bukan merugikan sesiapa yang percaya setiap apa yang terjadi memiliki hikmahnya yang tersendiri walaupun mengambil masa yang lama untuk menyedarinya..

setelah hampir menjejak tahun ketiga pemergian arwah, miza memilih untuk hidup didalam kenangan yang dicipta bersama dulu.. buat masa ni, itu perkara terbaik.. namun hati mana yang tak terusik bila melihat pasangan yang mesra dan gembira disamping pilihan hati masing masing..

tipu bila miza cakap tak cemburu.. menipu sangatkan.. namun apakan daya, kebahagiaan belum menjadi milik miza sepenuhnya, bila orang yang miza suka dan mahu untuk hidup bersama.. memilih untuk memiliki orang lain.. perkara yang terbaik miza rasakan dengan mengikhlaskan kepergian dia disamping yang tersayang.. 

namun terselit rasa bersyukur kerana tidak pernah walaupun sekali miza menyatakan hasrat hati ini kepadanya.. sekurang kurangnya dia tidak rasa bersalah untuk meninggalkan miza dan memilih pasangannya..

andai pegorbanan ini yang membuatkan dia bahagia miza akur.. dan kata yang sering miza ulang dan pasakkan dihati dan fikiran miza ialah Allah takkan menguji kita diluar kemampuan kita sendiri.. so miza yakin yang miza mampu dan kerana itu jugaklah ujian ini diberikan kepada miza untuk lebih mendekatkan diri dan sentiasa mengadu kepadaNya..

setiap manusia mempunyai kisah sedih masing masing mungkin sama atau mungkin tidak, namun cara penerimaan ujian itu yang membezakan kita dengan orang lain.. 

Ya Allah, when i lose hope, 
please help me to remember that your love is greater than my sorrow,
your plans are better than my dream.

Thursday, 28 February 2013

Kepergian Nenda Tercinta



Assalamualaikum..
sekarang miza ada dekat kelantan..semalam kami keluarga kalsom terkejut dengan berita pemergian beliau selepas batuk berdarah..dan ini jugaklah kali pertama miza nampak ma menangis sampai tersedu sedu sebab macam tak percaya..

siapa tak sedih bila nenek yang paling dikagumi meninggalkan kami semua pergi tanpa memberi sedikit pun petanda yang beliau akan pergi..tapi ayah cakap mok som untuk sebab dia meninggal senyum dan hampir kesemua anak dan cucu pulang untuk memberi penghormatan terakhir kepada beliau..

apa yang menyedihkan miza ialah dalam banyak cucu dia..kami bertiga yang paling banyak berlawan mulut dengan arwah..dan masa sesi mencium ammar sepupu miza lah paling sedih sebab banyak sangat dosa yang kami bersama lakukan kepada arwah..

apa yang terbaiknya tentang arwah dia seorang ibu yang baik serta nenek yang paling rajin walaupun kadang kala cara pemikirannya sedikit mundur, tapi sesuai dengan usianya..setiap cucu cucunya memiliki kenangan yang tersendiri bersama arwah..macam miza dulu masa kecik arwah buatkan bantal busuk untuk miza dan sanggup belikan apa saja yang miza dan kembar nak..baikkan

macam amalin sepupu yang boleh dikatakan membesar bersama arwah dan selalu tidur sekatil bersama arwah mungkin akan merasa kehilangan pada waktu malam kerana sudah tiada yang menemaninya belajar diwaktu malam..

adilah sepupu miza yang sekarang di jordan pula, masih teringatkan kata kata arwah doakan untuk mok dan menghadiahkan sebentuk cincin..dan wajah arwah sentiasa tergambar disetiap doa nya..

apa apa pun miza setiasa mendoakan yang terbaik untuk arwah dan semuga rohnya ditempatkan bersama sama dengan mereka yang beriman..amiin ya Rabbal Alamin..dan satu penghargaan buat miza kerana pernah mengurut arwah walaupun tidak mengurangkan sedikit pun sakit arwah.

mok kami semua selalu menyayangi dan akan sentiasa mendoakan kesejahteraan mok disana..

Friday, 15 February 2013


Assalamualaikum..
ha lama rasanya dah tak meniap kat belog ni..terasa rindu pun ada..
semalam cukup sebulan miza praktikal kat sini.
bila praktikal adatlah ada kerja tak de kerja tu semua normal tapi apa yang mengganggu miza dekat sini ialah cukup ke apa yang miza belajar kat sini dengan apa yang kolej nak?

tadi puan aznira datang just ask what i do under puan rosni..
miza jadi terdiam but still jawab pertanyaan puan aznira. 'saya buat masa ni keep in data je, lepas ni maybe adalah kerjanya' dan jawapan dari puan aznira buat miza jadi terpikir.
oh rugilah amik business buat tu je, sepatutnya duduk under puan aznira baru kena dengan kos yang awak amik.

after that i like whatttt, miza pujuk diri sendiri 'its okeh mesti ada sebab kenapa aku kena letak under puan rosni, mesti ada hikmah kenapa benda macam tu berlaku'.
tapi sayang mulut, pikiran tak selari dengan hati, hati ini tetap rasa aish kenapa macam tu.dengan hasutan alip 'puan rosni kedekut markah nanti kena repeat praktikal'

alip ni memang macam nak down kan miza, tapi miza cakap tak baik buruk sangka mesti ada sebab kenapa dia bagi markah sikit.mungkin pada perkiraan puan rosni apa yang seseorang tu buat layak dengan markah yang diberi.mungkin ada hikamh kenapa dan mengapa ianya terjadi.

dan tetiba miza teringat kata-kata boss kak wani, 'kalau saya bagi awak lulus dengan cemerlang masa praktikal tapi input yang awak dapat kat sini sikit pun tak guna jugak,bukan setakat rugi masa tapi rugi tenaga lagi.

so sepanjang hari ni miza asik terfikir kenapa ALLAH tebtukan semua ni terjadi mesti ada sebabkan.takda satu pun perancanganNya tu sia-sia mesti ada yang Dia nak kita belajar dengan apa yang dah terjadi.

sehebat hebat perancangan kita hebat lagi perancanganNya, so sebagai manusia biasa miza rasa tak layak nak mempertikaikan kenapa semua ni berlaku pada miza, miza akan anggap semua ni ujian bagi miza.haaaaaa, nak menagis pun ada jugak, tapi masih kena positifkan segala-galanya.

doakan miza boleh menghabiskan praktikal dengan baik dan cemerlang tanpa menyusahkan dan membebankan sesiapa kat sini..amiiinnnn.

Wednesday, 16 January 2013

Praktikal Time

Assalamualaikum..
Ya Allah lama rasanya tak update belog..sekarang miza praktikal dekat SSM 
atau lebih sedap lagi Suruhanjaya Syarikat Malaysia..

kat SSM miza dapat department HR..sungguh tak kena dengan jiwa business yang disemai selama 3 tahun ni..semua jadi serba tak kena..tapi kita kena terima betul tak?
sebab semua yang berlaku ada hikmahnya sendiri.

kawan kawan miza ada yang dapat kastam,perladangan dan majlis daerah..tapi semua duk runsing tak da kerja..biasalah memula memang tak de kerja nanti dah lama mau tak menang tangan nak buat kerja..hehehe
time tu baru rasa seronok tak da kerja betul tak..

sekarang ni tengah lunch time..miza rasa better rehat sensorang dari reramai..senang sebab wifi opis ada security baik mcd free..so korang paham paham jela sekarang miza kat mana hahaha..

niat dalam hati datang ni nak donload running man..tapi terlupa link dia..nanti lain kali lah lepas gian tengok kwang soo oppa..

sampai sini dulu kot..bai bai..assalamualaikum

Monday, 15 October 2012

Bulan terakhir di KPTM


Assalamualaikum Alhamdulilah masih bernyawa.
rasanya dah lama sangat miza tak hap date belog ni bukan apa busy sikit
yela dengan nak exam lagi dengan assignment berlambak berlumba nak siapkan
yela due date hari yang sama *padan muka

sekarang miza dah sem 5 kira dah sem akhir la kat KPTM KB ni.
kira senior *perasan dah besar
mula lah nak merindui zaman masa mula-mula datang belajar kat sini
yela dah la datang belajar sensorang semua sensorang .

pagi tadi ada budak junior Agro datang carik miza *belagak sikit
em dia cakap "angah lepas ni kalau ko tak da sapa lah aku nak carik bila susah"
miza jadi terdiam tak tahu nak cakap apa dengan dia
miza mampu cakap sabar je lah dik oi
mesti ada orang yang akan tolong ko bila aku tak da.
sedih miza bila ada budak cakap macam tu nan miza
miza habiskan masa sem 5 dengan lepak kat kolej,
tengok Running man dekat hall 1 dengan projector *nakal kan

bertegur dengan semua staff yang mana dulu pernah bertegur dengan miza
so tak heran la kalau ramai kata miza lagi sporting dari along *kembar miza
miza suka tegur dengan semua orang sampai kat tepi jalan abg driver muka ala-ala
apex *pemain bola tu cam miza belagak lagi

nanti bila dah belah dari KPTM ni mesti rindu yela sem 6 praktikal.
ha cakap pasal praktikal miza hairan sikit *mesti nak tahu kenapakan
yela miza bagitahu *bajet orang tanya
jawapan dari company yang miza mintak tu tak reply lagi
antara miza dapat atau tak praktikal kat tempat dorang
stressnya lah *mata ke atas tangan ke bahu

last sekali terima kasih kepada smua tenaga pengajar di KPTM dari miza sem 1sampai sem 5
sebab sudi mencurahkan ilmu walaupun kadang-kadang miza ni sedikit lupa diri
maaf andai pernah mengecewakan kalian *walaupun dorang tak baca
miza tetap selalu doakan mereka dalam doa miza
terima kasih atas ilmu kalian

Monday, 24 September 2012

Jangan Biarkan Cinta Membutakan Kita


Assalamualaikum semua, 
rasa lama dah tak update cerita baru kat belog ni..

tetiba teringat nak bercerita pasal cerita ni sebab beberapa hari lalukan
miza adalah nampak sorang lelaki ni muka boleh la belah kan
tapi bila tengok kuku tangan dengan kuku kaki dia SubhanaAllah
teruk sangat dengan panjangnya kotor lagi..

tetiba miza terfikir macam mana lah awek dia menghadap dia selalu kan, 
yela kalau dah pengotor mesti dah jadi habit sebab miza tengok dia macam selesa dengan kuku dia
 walaupun miza tengok dah geli gila tengok..

kalau ye pun sayang sangat janganlah buta kan je bila pakwe or awek tu pengotor 
tegur la biar la malu sikit dengan kita tapi 
jangan biar orang tak selesa nak pandang orang yang kita sayang,

dulu miza macam tak percaya orang kata bila bercinta kentut pun bau wangi
sekarang terbukti depan mata miza walaupun bukan kentut tapi kuku
please la jaga orang nampak nanti jatuh saham 
yela orang pandang manusia kita kan suka menilai kulit dari isinya..

kalau miza dapat pakwe or suami yang pengotor,
miza sanggup tolong potongkan asalkan nampak kemas dan bersih
biar kita ni selesa nak memandang 

so kepada kaum lelaki jangan masa nak mengorat awek jaga penampilan
bila dah dapat hilang dan penampilan masa bercinta tu
jaga kebersihan tu kan penting 
untuk diri sendiri jugak bukan untuk orang lain